Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 31, 2012

Nak Advertise kat Blog Sepet88?

Dulu aku agak rajin jugak nak buat iklan. Sekarang ni bukan tak rajin, tapi tak berapa nak ada masa untuk buat iklan ni. Ada yang antara korang yang baru-baru nak buat bisnes selalu tanya aku macam mana nak iklan kat blog aku. Tapi kebanyakkannya aku baca, masa baca tu aku takde depan pc. Jadi aku baca gitu je la. Bila balik rumah , bukak email, tak ingat langsung nak reply email korang tu. Sorry. Aku kalau boleh tak nak ini terjadi. Kalau boleh nak reply email semua orang. Ewah rasa 'undilah saya' kahkah!

Kalau korang macam first time masuk blog ni, lalu secara tetiba nak menge-test nak iklan kat blog ni. Takde masalah. Kalau korang nak baca dulu iklan-iklan yang aku pernah buat. Kalau korang tak suka cara aku sampaikan dalam blog, tidak mengapa. Sebab aku tulis memang suka hati aku je nak tulis. hehe!

Jadi kat bawah ni beberapa iklan yang aku pernah buat.

Celcom Watchuwant Pimp My Ride
Celcom Watchuwant : Hari Ini Sahaja
Celcom : Host Exclusive Baking Workshop
Celcom : Iphone 4S
Celcom : Gomobile
Celcom : Buat Panggilan Dan Menang
Celcom : Samsung Galaxy Tab
Celcom : Samsung Galaxy Note
Petronas Motorsports : Zamri Baba
Petronas Motorsports : AHM Profile Episode 8
Petronas Motorsports : Ben Spies
Petronas Motorsports : Ben Spies 2
Proton VIP Makeover
Proton VIP Makeover 2
Premium Beautiful By Rynn Eshak 1
Premium Beautiful By Rynn Eshak 2
Cikgu Lansing
Coway Water Spa 2
Coway Water Spa 1
Tune Talk : Concert Incubus
Lip ice Fruity
Follow Me
Kotex
Supplement Shaklee
Rx Lite
MNG : Mango Fall Winter
Sri Bridal Wedding Photgraphy
Shopping : Plus Size
Shopping : Carinna Boutique
Shopping : Rosales Couture
Shopping : FemmeFashion2u
Shopping : KainKapas By KottonKiut
Shopping : Classywardrobe
Shopping : Atiqah Homemade chocolate
Shopping : Adorable Muslimah
Shopping : Kain Chiffon Kain Lace
Shopping : Murah Saja Collection

Kalau ada yang aku tak up kan kat sini janganlah berkecil hati. Aku search sticky kat blog aku. Ini aje yang keluar. Kot ada advert lain aku tulis entry bergam ke. Mungkin la tak keluar.

Statistik blog ni boleh KLIK SINI

Ohye. Apa lagi. Segala pertanyaan tentang bayaran silalah email aku kat zack_uhana@yahoo.com ataupun sepetsshop@gmail.com

Kalau takde benda nak tanya, silalah jangan email. Hihihuhu..


Akhir kata dari saya, kalau pegi Wangsa Walk ataupun The Mines, jangan lupa singgah makan kat Little Wok Kitchen, lepas tu order Kari Kepala Ikan dia, plus Steamboat dia. Terangkat habaq hang.. Sila cari Little Wok Kitchen yang berdekatan. Jangan risau, ianya halal. Byeeeeee

5 comments:

sharifah rosidah said...

Dap nya.....dap nya nanti nak cari... Nak juga cuba kan.

-atiQah- said...

sepet ingat kite lg tak? kite penah iklan dgn sepet. dah lama xkomen, selalu jd SR skarang. :P

bg sesape yg nk iklan dgn sepet, dialu-alukan. sangattt memuaskan!

Izzati Asyraf said...

Terjah the mines sekarang jugakkkkkkkkk!! oh steamboat..

mi$$ Wh@teveR said...

Kite dah rasmi yg kat mines aritu masa dia bru buka. Best

sepet a.k.a zack_u said...

sharifah rosidah : Cuba la aunty. memang saya teringat2 kari kepala ikan dia. sedapppp sangat

-atiQah- : Atiqah, mesti la ingat sangat, comel-comel ni =P

Izzati Asyraf : Steamboat dia memang sedap, saing2 johny tauuu..

mi$$ Wh@teveR : Sedapkan..tak boleh tahan..huhu