Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 21, 2012

I love u ATM

Cea...padahal bukan minat bola pun. Tetiba sibuk nak cite pasal game semalam. Aku ni memang la tak minat bola. Tapi sejak kapel dengan Qery aku tau la sikit-sikit, pasal bola outside semua kan. Kalau tak, dulu first half pun tak tau berapa lama. Kekekeke!

Aku tak ada sokong mana-mana team. Tapi aku tau la team mana yang selalu menang. Macam Kelantan memaang aku tau dorang selalu menang. Dorang tendang bola pun cantik. Memang tak dinafikan memang team Kelantan kuat la. Lepas tu tau jugak Negeri Sembilan pun kuat. Tapi tak ada rezeki nak masuk final. 

Before ni sokong Selangor je la. Yela dah aku orang sini kan. Tapi semalam aku nak sokong ATM. Sajaa bagi sokongan lebih kat pasukan ATM. Tak sangka abanng tentera kita pandai main bola. Hew hew! Iye aku tau bukan semua tentera. Aku masih kenal lagi pemain bola. Yang femes la. Yang tak berapa nak femes tu tau la jugak sikit-sikit.

Dulu macam Idlan Talaha selalu datang spital dengan wife dia jumpa doktor. *cea sebut nama makyong (matyo) mentang2 makyong masukkan 2 gol semalam. keke*. Sebab tu aku kenal ramai pemain bola. Sebab dorang punya doktor kat situ. Kalau tak memang aku tak tau langsung la pemain dia. Kalau zaquan tau la ken..

Apa yang aku boleh ulas pasal semalam. 30 minit pertama agak kelam kabut sikit. Main sodok-sodok je. Nak kan gol sangat. Sampai depan pintu gol semua kelam kabut. Huhu! Tapi lepas tu semua dah okey sikit. 

Kelantan main memang good la. ATM pun tak kurang hebatnya. bagus untuk ATM untuk ada pengalaman pertama dalam game piala malaysia ni. First time kan masuk. Jadi aku rasa hebat jugak. Goyang jugak la Kelantan. 

Antara status facebook malam tadi. Jiwa muda kan..keke!

 

Sempat lagi ada yang team Kelantan komen aku, gomo kelate gomo. Amboii..haha! Mula-mula dorang tulis TRW, aku jenuh pikir apa benda la TRW ni, terengganu ke? Bukan terengganu kalah ke. hehe! Dah habis game baru aku boleh berfikir. Team Red Worrior ghupenya. Lembap jugak otak aku ni.


cea...macam la kena mengena dengan aku. Pedulik apa dorang aku boleh fokus ke tak kan. Hihi! Pengacara dia, aku bekhengg kang. Ingat comel la tu cakap2 malam tu. I tak fokus tauuu..huhu! Tahun depan jangan buat lagi =P


Apa-apa pun. Adat la ada menang ada kalah. Tahniah Kelantan. Aku takut jugak kalau ATM menang kan. Kot ada yang terbakar stadium tu. Ada yang pecah kereta orang. Huihh.. Sebab pernah terjadi tragedi ni. Tapi apa-apa pun, Kelantan memang layak menang.

Kepada penyokong ATM, jangan sedih ye. Aku pun sedih tau..Takpe, Kalah yang membuatkan kite kuat.
So jangan mengalah ye. Tahun depan cuba lagi. 

I love Malaysia =)

5 comments:

Hanif Redland said...

hehe..kelakar la baca entry sepet ni..suka2..

sharifah rosidah said...

Sama lah kita orang kat rumah pun sokong ATM..tapi dah rezeki kelantan kan.....tahniah lah buat mereka... lagipun ramai juga pemain kelantan main untuk Malaysia.

ZulaikhaZulkifli said...

Bkn Team Red Warrior la..The Red warrior..hehe

Mira Adzlia said...

hoho...mmg sengit kn plawanan smlm..huhu..syabas la pd yg menang..hihi..

*i luv kelantan..hahaha..tetibe jek

ayu said...

sepet, offside la..bukan outside..hahaha