nuffnang

Jul 30, 2018

PENANGAN SALE HAA TEPUK LAGI

Ada antara customer yang dm aku say TQ sebab bagi peluang kat dorang cuba produk dengan harga special. Aku memang kalau boleh nak semua orang cuba produk Seqy, sebab tu aku terfikir nak buat sample (tapi tak banyak sebab botol sample sangat limited kat opis ni). Aku dah buat survey produk apa yang korang nak sangat cuba tapi nak tengok dulu serasi ke tak, sesuai ke tak. 

Korang tengok ig story aku, aku memang akan update kat situ every day. Kalau aku dah siapkan beberapa sample pun aku akan letak kat situ. Malangnya sample hanya boleh di dapati dari HQ. Sebab stok tak banyak. Siapa nak dm aku, takpun contact HQ. Mana-mana pun boleh.

Sambung cerita pasal sales haa tepuk lagi. Aku ada dapat beberapa gambar dari stokis dan agen. Ramai yang tak sempat ambik gambar. Sebab aku mintak gambar pun hari Sabtu. Ada yang dah selamat pos Khamis Jumaat tu dah. 

 1st batch #haatepukkkk stokis KLIK SINI untuk order dengan Kak Ira

2nd batch Stokis Ira Noh 
 KLIK SINI untuk order dengan Kak Ira.

Milik Agen Gee (Shah Alam)
 Klik Sini untuk order dengan Kak Gee 

 Milik Kak Liza. KLIK SINI untuk order (stokis putrajaya)

 Milik KakSu (stokis Seremban)

 KLIK SINI untuk order dengan KakSu

Milik Stokis Mekchu (seremban) KLIK SINI untuk order dengan Mekchu.

Ok korang boleh order dengan mana-mana team Seqy. Tapi kalau nak sample, tengok ig atau fb aku ye. 

Contact HQ KLIK SINI.

Jul 27, 2018

#HAATEPUKLAGI

Maafin kakak sebab lambat update sini. Gelombang #haatepuklagi sebenarnya dah bermula semalam (Khamis 26.7.2018), tapi harini baru sempat nak update kat korang semua.

Jadinya korang yang mana BELUM PERNAH GUNA SEQY, tapi dah lama nak cuba. INILAH MASANYA. Aku bagi #hargatutupkedai kat korang.

Ada 4 produk yang terlibat untuk SALES kali ni.



1. BB CREAM HARGA #HAATEPUKLAGI RM40
(Normal Price RM55)

2. STICK BLUSHER HARGA #HAATEPUKLAGI RM48
(Normal Price RM59)

 3. SAKURA MASK  HARGA #HAATEPUKLAGI RM60
(Normal Price RM80)

4. SKINCARE  HARGA #HAATEPUKLAGI RM100
(Normal Price RM130)

Aku memang kena carut maki je la dengan semua agen dropship stokis, haha! Dah la buat mengejut, lepas tu turun harga cam onggila. Tapi disebabkan aku nak korang cubaaaaa jugak produk Seqy, baru korang rasa bestnya semua produk ni. Eceh. Hahaha! Ruginya tak beli dari 4 tahun lepas. Haaa gitu. Sebab tu aku nak korang pakaaiiiii jugak. 

Ramai customer Seqy yang cuba-cuba produk lain, sudahnya kembali beli produk Seqy semula. Lagi-lagi siapa yang beli BB Cream tu. Korang memang takkan boleh move on dengan Seqy. Konpiden je iolls, hahaha! Yes sebab aku pun takkan curang dengan BB Cream Seqy walau apa pun terjadi. 

Sebab aku pun macam korang, sebelum wujud Seqy, aku pun dah cuba maca-macam pondesen, bb cream, bedak kompek, bedak tabur, hahaha! Tak sama ye, tak samaa... End up memang BB Cream Seqy the best.

Blusher pulak memang sejenis creamy, so dia nampak lebih blend dan natural. Kalau sejenis tepung tu nampak sangat tepungnya kan. Yang ni memang mix syantekkkkk je dengan kulit korang. 

Sakura dengan Skincare aku takyah cerita panjang lebar, sebab yang tu memang produk kesayangan ramai. Aku cerita lelebih kang takut terus habis stok. Wahhhh gebang dia camtu skali. Hahaha! Tapi memang betul pun. Kakak sejenis bercakap jujur. Kekeke!

Ok uollsss.. Nak order, KLIK SINI.
Harini LAST DAY!!!

LAST DAY LAST DAY LAST DAY!! Sehingga jam 11.59malam 27.7.2018 Jumaat. Sekian 

Jul 23, 2018

HAA TEPUKKKK!!!

STICKY MOOD. ENTRY BARU DI BAWAH

UOLLSSSSSSS, harini aku kena carutan je sebab buat promo HAA TEPUKKKK pada hari Isnin. Hahahaha!

Kelam kabut semua dengan kerja banyak hari Isnin, lepas tu customer duk wasap-wasap nak beli. OMG maafkan saiyaaaaaaa... Tapi memang rugi kalau korang tak beli sebab dah DUA TAHUN kita tak bagi Skincare dengan harga RM100 ni. Harga normalnya RM130 okay. DUA TAHUN lepas kita bagi harga RM100 sebab nak buat clearance tukar kotak kecik sikit. Kali ni kita buat lagi sebab kita nak semua orang cuba betapa bestnya skincare Seqy ni. Untuk kulit yang bermasalah tu, silakan contack kakak atau team Seqy. Promosi HAA TEPUKKKK ni valid sampai malam ni sahaja..

Oh lagi satu kita ada satu produk yang TAK PERNAH TURUN SAMPAI GILA macam ni. Produk apaaaaa tu chuolllssssss...

SAKURA MASK kesayangan kak sheeepetttttt laaaa. Harga asalnya RM80. Kalau dulu kita bagi harga kasih sayang pun baru turun RM75. Tapi untuk HAA TEPUKKKK ni kita turunkan sampai harganya jadi RM60 kauuuuuuu... Gilo. Hahahaha!

Sebab korang kena cuba dua produk Seqy yang the best ni. Itu sebab aku bagi harga gila ni, tapi SEHARI je la. Lepas tu esok tak dapat dah. Maafkanlah saiya...

Siapa yang beli harini memang di antara golongan yang bertuah sebab harga ni dua tahun sekali je korang dapat. 

Terus wasap KLIK SINI. Order banyak-banyak terus, lagi la bijaksana dan syantek. 



Order NOW

Ratu Muzium.

Hahaha.. Aku ni rasa berapa kali dah pergi Muzium. Muzium kat KL tu memang tak terkira berapa kali pengulangannya.Tapi tetap best sebab bebudak ni bukan ingat pun dorang dah pergi banyak kali. Bila pergi je semua macam pertama kali tengok. Cer kalau bawak Legoland, dia punya ingat tu lain maciammm...

Sebenarnya tak plan nak gi memana pun Ahad lepas. Sejenis aku dengan Qery ni. Masuk kereta je terus cam, eh jom pegi sini jom pegi sinun. Ha terus la menuju. Dorang punya barang2 memang siap sedia dalam kereta. Keluar makan kedai mamak pun memang aku siapkan semua. Sebab bukan tentu makpak dorang ni. Tetiba nak ke tempat lain la apa la. So sediakan je terus. Nak berjalan pun senang. Huhu!

Qery cakap nak gi Port Dickson jalan-jalan pantai. Okay la jom je. Tetiba dah setengah perjalanan kata nak singgah Muzium Tentera dulu. Ehhh lagi la aku suka. Sebab kitorang dah berapa kali nak pergi tapi tiap kali tu parking penuh. So kita cuba lagi kali ni. 

Sampai sana tengok ramai orang, tapi still boleh bawak bincang. Huhu! Kitorang sampai-sampai, ada orang keluar parking. Syukur alhamdulillah....

Bebudak ni excited la sebab kat parking dia kan ada dua biji kapal terbang besar. Menjerit-jerit memasing. Ada satu kereta ni parking sebelah kereta kitorang. Pakcik tu keluar, si Runako pergi cakap ngan pakcik tu. Atok Atok, tengok tu kapal terbang. Tepuk dahi maknya dapat anak peramah nau. Hahaha! Atok tu melayan je la bebudak kan.

Dan korang tengok gambar je lah dulu..

 Dulu cita-cita memang nak jadi askar. tapi abah tak bagi. Hihi!


 Cuaca panehhhh, tapi still boleh di maafkan.


 Haha, mami dia penakut tinggalkan Yurika kat situ. Risau dia jatuh.





 Gembira sangat ni.


 Tudung kakak dah hiruk pikuk dah, haha!





 Pukul 4 camtu baru ke Pantai Teluk Kemang. Cuaca just nice la.

Gambar mandi lupa mintak kat Qery. So nanti lah kalau ada baru tepek sini.

p/s : Promosi HAA TEPUKKKK hari ini sahaja.

Skincare RM100
Sakura Mask RM60

sehingga jam 11.59 mlm.

Order : KLIK SINI

Jul 19, 2018

Untuk Kucing Jalanan.

Semalam adalah sejarah hidup yang aku takkan lupa sampai bila-bila.

Kisah aku dengan kucing ni tak banyak. Dulu masa kecik memang bff iolls adalah kucing. Makan sebelah kucing, tidur peluk kucing. Sampaikan terkena asma (lelah). Bila bernafas pun dah bunyi macam kucing. Hahaha!

Kalau mak marah, berlari menangis ngadu kat kucing. Kucing tu pun redho je la dengar walaupun masa aku ngadu tu dia tutup tutup kan lagi mata dia. Semua keturunan kucing aku panggil nama dia Moneng (morning). Family aku kata nama morning ni dapat sebab diberanakkan waktu pagi. Gicuuu...

Tapi Moneng tu yang paling asli adalah nenek dia. Nenek dia beranak, anak dia aku panggil Moneng gak, haha! Anak dia beranak, anak-anak dia pun aku panggil Moneng. Sungguhlah tak boleh move on. Sampai lah Moneng last tu tak melahirkan anak, lalu mati kena langgar. Hoi nangis cam onggila srot sret masa ni. Lepas tu mak aku tak bagi dah bela kucing.

Dan rumah aku pun wangi dah. Kalau tak bau kucing je. Sejak tu memang takde hubungan dah dengan kucing. Tak nak menjalinkan apa-apa hubungan sebab taknak la nangis teruk nau. Musnah kebahagiaan aku masa tu. Hahaha!

Kapel pulak dengan Qery yang si penggeli kucing. Stress hakak. Kalau kat kedai makan tu. Ada kucing lalu bawah meja, nak terbalik meja tu dia punya terkejut. Serius la kucing comel kot. Takyah terkejut camtu sekali. Kucing je pun bukan lipas. Kan uolls kan kan kan. Hahaha!

Tapi takpe la, sebab Qery cakap dulu suatu ketika kucing pernah cakar dia kat tempat yang perlu dia rahsiakan (hahaha). so ok la aku terima la dia punya seram kat kucing tu.

Semalam, masa aku nak keluar pergi kerja. Terkejut beruk tengok ada dua ekor anak kucing yang masih bayi kat rak kasut rumah. OMG. Masih ada uri tak putus lagi dengan darah menitik-nitik. Aku assume mak dia pergi dukung anak dia yang lain kat tempat yang lagi helok, then nanti mak dia ambik lagi anak-anak yang lain. So aku pun biarkan je la dulu. Yela kucing kan selalunya macam tu...

Pastu tetiba semalam dalam pukul 2 lebih teringat nak singgah rumah mak kat ceras baru. Aku dah tahap derhaka ni, tak melawat mak berapa punya lama dah aku rasa. Padahal rumah dekat. Huhu! So aku decide nak pergi rumah mak petang tu jugak.

Terus balik rumah jap singgah nak ambik susu anak, sebab jap lagi kang aku nak jemput anak rumah mertua, bawak semua pergi rumah mak kat Ceras. Sampai je rumah, tengok kucing tadi masihhhhhhhhhhhh di situ. Sekor dah mati. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Aku pun ambil kotak, ambik napkin anak buh dalam kotak. Nak angkat yang masih hidup tu. Tapi melekat dengan uri. Uri tu melekat pulak kat simen rumah aku. Aku goncang-goncang bahu kucing yang dah mati suh bangun. Tapi sejuk je. Duhai terus rasa cam aku ke yang bunuh beliau. Mana mak diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Sukati je beranak pastu buang anak. Hish!!

Lepas tu terus aku kol Kaklang, sebab dia ada bela kucing. Tanya cemana nak buat ni. Huhu! Kaklang cakap kucing memang hanya minum susu mak dia je. Acane tu. Nak perah susu badan ni nak bagi ke kucing tu ke. Serabut terus aku. Hahaha! Cucu iolls ni, walaupun datangnya tak diundang, tapi tetap saiyangggg... Gitu naluri dia. huhu!

Pastu aku masuk balik rumah cuci tangan. Sebab kang nak dukung Yurika pulak. Baru nak gerak, ternampak lagi sekor kucing kat kereta Alza. Terus menangis hati ini. Duhai kucing jalanan, 3 anak awak tu. Susah nak lahirkan anak. Kenapa awak tinggalkan. Kenapaaaaa...

Aku pun terus la ke rumah Ceras Baru. Lepas tu kol Qery mengadu cucu kita 3 ekor kat rumah tu. Nak buat cemana. Qery lagi la apa pun tak boleh. Huhu! Balik rumah lebih kurang jam 6.30 petang. Nampak kucing jalanan yang lain lalu rumah. Paksa dia bagi susu. Hahaha! Tapi aku rasa tu kucing jantan kot. Sia-sia usahanya pun nanti.

Last-last, bibik datang rumah yang setelkan. Aku cakap kat bibik. Bibik buatlah yang terbaik. Saya tak mampu nak pandang mata kucing tu.........

Kesudahan yang pahit, tapi perlu ditelan jua.

Maafkan Nenek kucinggku saiyannngggg..... Sobss..

p/s : Black Make Up Seqy RM29.90 =)


KLIK SINI untuk order.

Jul 16, 2018

FREE KABUKI, FREE MEASUREMENT TAPE, FREE PANTIES

Next week minggu last untuk korang dapatkan Kabuki, Measurement Tape dan Panties Munafie secara FREE..

Macam mana nak dapatkan??

Beli 1 BB Cream + 1 Lip Matte berharga RM80, korang dah layak dapatkan Kabuki secara Free of charge.

Harga Kabuki ni kita jual RM19.90 tau. Kita nak bagi FOC je dengan syarat korang dapatkan BB Cream dan Lip matte Seqy.

Lepas tu kita nak bagi lagi Measurement Tape comel tu, boleh buat key-chain jugak. 

Beli XXS Lotion berharga RM45, terus boleh dapat measurement tape. 
Beli 2 XXS Lotion, korang bukan je dapat Measurement Tape, tapi korang layak dapat Panties Munafie lagi. Best uolls...

SEHINGGA 24 JULAI NI SAHAJA. Kalau tak dapat bayangkan apa mende la Sepet bebel ni, meh la tunjuk gambar sikit. So korang boleh bayangkan betapa bestnya hadiah yang korang bakal dapat ni. 

 Gigih kakak tunjuk 7 hari lagi.

 Belah kiri tu promo XXS Lotion, yang kanan tu promo free kabuki.


Siapa nak lagi cepat-cepat wasap KLIK SINI.

7 hari je lagi tauuuu...

Jul 5, 2018

Terpaksa Update

Minggu ni iolls masuk ofis setiap hari, ekceli dah dua minggu rasanya aku masuk ofis. Sebab banyak benda nak buat. So setiap pagi memang struggle jugak la. Bangun pagi tu terus buatkan susu untuk Qaiser dengan Runako.

Bebudak ni pukul 6.30 - 7.30 pagi dah bangun. Sorang bangun semua pun bangun. Konsep dia camtu. Aku suka je dorang ni bangun awal, senang nak mandikan terus. Lepas minum susu, bagi dorang tengok kartun kejap. Lepas tu kita mandikan semua.

Yurika memang sejak dah duduk, mandi air sejuk je. Izz Qaiser dah pandai mandi sendiri, tinggal aku nak beruskan gigi lagi sekali je. Mandikan bebudak memang sekejap takyah lama sebab air sejuk kan, gigil-gigil. Huhu!

Lepas dorang dah habis mandi, semua makan biskut duk depan TV. Kadang tu dorang main mainan dulu, takpun Qaiser macam biasalah mewarna tak habis-habis. Yurika aku letak dalam baby walker. Aku naik atas mandi siap-siap. Mekap sekejap je.

Kalau sempat sidai baju, Sebab pukul 8.30 dah keluar rumah. Nak menghantar anak-anak rumah mak mertua (Qaiser dengan Runako). Yurika memang kena bawak sebab dia Bos.

Nak catch up balik kerja setelah bermalas-malasan masuk ofis. Sejak minggu lepas raya ritu, after kemas ofis semangat nak masuk kerja balik tu dah datang, hahaha! Seronok tengok ofis dah kemas, walaupun tak 100%, tapi okay la nampak ada ruang-ruang nak termenung, berkembang jugak lah otak aku ni. Kotak banyak sangat, sempit tempat rasa otak aku pun sempit gak jadinya, hahaha!



Bawak Yurika masuk kerja sebenarnya memang tak dapat nak buat apa pun. Aku tak dapat nak go thru banyak benda. Sebab Yurika sejenis nak berkepit. Aku dukung dia, tapi tudung aku cam tertutup muka aku sikit pun dia punya tangan tepuk-tepuk tudung aku, marah dia sebab tutup muka mak dia. Nak pandang mak dia je doplohpatjam. Hahaha!

Tapi nak buat macam mana, terpaksa bawak jugak. Nasib lah kerja sendiri takde sapa nak marah. Kalau kerja dengan orang tak tau la camne.

Sekarang ada promotion beli XXS Lotion dapat Free Measurement Tape tau. Kalau beli 2 XXS Lotion, tambah lagi free panties munafie. Jap aku bagi gambar.



Musim Open House ni, jangan kata korang, aku pun buncit. Tak kan la pergi rumah orang, tak makan pulak. Masak sedap-sedap pulak tu. Rugi la kalau tengok je. Huhu! Nyesal makan belakang cerita. Kita sapu je losyen hari-hari pagi petang siang malam. Helok Insyaallah perut tak buncit.

Kalau korang nak beli boleh KLIK SINI.

Ok tu je la, dah malam sangat ni esok nak kerja, nak bangun awal pagi. Cepat siap kerja, nak balik cepat nak tidur. Hahaha! Berapa hari dah tak cukup tidur. Bye