Lahirnya Luth Runako Bin Khairi Fizairi =)

Assalamualaikum, Hallu korang!!

Excitednya nak cerita pasal nak bersalin anak kedua ni. Tapi tak tau nak mula dari mana. huhu! Ekceli, due date untuk second pregnancy ni memang jatuh pada tarikh 15.4.2016. Korang bayangkan, 2 bulan terakhir nak sampai ke tarikh tu macam-macam aku buat. Setel urusan sana sini, bukak booth, setiap minggu ada je hal yang nak kena setel. Urusan kat rumah langsung tak boleh nak buat. 

Boleh je la buat sebenarnya, tapi disebabkan balik rumah pun dah penat gila kan. Sakit pinggang la, rasa nak baring je pun. Beza sangat dengan pregnant Izz Qaiser dulu. Masa pregnant Qaiser, 4 bulan ke atas aku sihat macam tak mengandung langsung. Tak mabuk, pinggang ok, solat pun memang tak ada apa2 rasa. Rilek je bangun rukuk duduk tak mengah. Cuma masalah aku masa tu tak boleh tidur sebab rasa senak and sesak nafas. Itu je lah. 

Tapi masa anak kedua, mengahhhhh gila ye. Padahal berat tak ada lah over mana pun. Sakit pinggang rasa nak nangis dalam hati je. Mabuk sampai ke sudah, tapi tak teruk boleh kawal la. Maybe letih sebab ada anak kecik kot. Tapi tak kisahlah kan. Hihi!

Aku risau sangat kalau kena induce. Time Izz Qaiser dah due date, tapi tak rasa sakit langsung, doktor cek and kata kat aku. Izz Qaiser belum turun. Kalau nak tunggu dia turun, anggaran aku kena mengandung dalam 44minggu. Oih pening kepala aku. Haha! Then kali ni, aku risau lah jugak, memang orang kata anak kedua mungkin cepat sikit beranak. Tapi risau jugak la kan. 

39w 6hari. pagi tu bangun aku rasa cam basah-basah. Tapi bermalas-malasan lagi. Qaiser dah bangun baru aku gi cek, pastu terkejut OMG ada darah. Krik krikk krikk.. Dah nak beranak ke ni? Hahaha! Tengok fon and wasap adik beradik tanya. Dorang yang cam mencemaskan aku. Aku macam... Iyeeeee ke nak beranak? Sakit sikit-sikit je ni. Macam senggugut. Sikit sangat lah. Anje-anje.

Aku tengok jam kekerapan sakit dia tu, ada lah 5 minit sekali. Tengah hari gitu aku wasap Qery bagitau. Terus Qery balik. Aku bagitau Qery nanti la baru pegi spital sebab tak sakit sangat pun. Doktor kata kalau dah tak tahan sakit tu baru gi spital. Sebab aku ada baca gak pengalaman orang, keluar darah then esoknya baru beranak. Taknak la aku duduk spital lama-lama. Boring kot. Huhu!

So haritu misi mengemas rumah. Kemas dapur, kemas depan. Siapkan barang2 nak gi spital semua. Qery asik tanya nak gi spital tak. Stress aku. Haha! Pastu bagitau dia lepas maghrib la pegi. Pastu cam fikir-fikir lagi, eh lepas Isya lah. Boleh solat dulu. Banyak nak kena doa ni, kekeke!

Aku siap dah plan, lepas Isya hantar anak rumah mertua. Then kita makan KFC dulu. Ini kalau adik beradik aku dengar KFC mesti dorang gelak sambil kembang2 hidung. Family iolls je tau, haha! So lepas makan KFC tu baru gi spital cek dah boleh beranak ke belum. Kalau spital kata boleh balik dulu, kita ambik Qaiser rumah mertua. Then sakit sangat kita gi spital balik. Camtu lah plan aku.

Sebelum keluar selfie seketui.

So Khamis,  pukul 8.40 camtu, keluar gi rumah mertua. Hantar anak, aku pesan kat mertua, kalau doktor bagi balik nanti aku ambik Izz Qaiser. Then berdesup gi KFC. Oh nikmat gila ye makan KFC. Kenyang tahap apa tak tau lah. 

Dah habis, pukul 9 lebih camtu gerak gi Hospital Pantai Cheras. Bagitau nurse nak cek dah boleh beranak ke belum. Soalan dia cam bodoh sikit kan, hahaha! 

Nurse : Kenapa datang sini, ada rasa sakit-sakit ke?
Aku : Pagi tadi keluar darah, pastu sakit macam senggugut sikit2 je setiap 5 minit.
Nurse : Hypno ke?
Aku : Tak, beranak biasa je. Tapi tak tau la dah boleh beranak ke belum. Hihi!
Nurse : Takpe2, kita cek dulu.

Masa ni pukul 9.30 malam. 

Nurse : Dah bukak 3cm
Aku : Boleh balik dulu kan.
Nurse : Tak, hahaha! Doktor suruh admit terus. Kita bagi tolong beranak cepat sikit.
Aku : Kenapaaaaa?? Hahaha!

Doktor suruh pecahkan air ketuban, then tengok sejam bukak berapa. Kalau tak ada bukaan then masuk drip.

Huwaaaa nangisssss!! Ya Allah, aku paling ngeri masuk drip. Pecah ketuban sakit boleh tahan. Tapi bila masuk drip, sakit dia sejuta kali ganda. Huhu! Then ok lah. dah pecah air ketuban, pukul 10.30 still sama 3cm. Terus senyum tengok nurse bawak drip. Huhu!

Masa ni aku duk selawat je lah. Tak tau nak buat muka camne dah. Teringat masa Izz dulu, lamanya nak keluarkan dia. Korang bayangkan aku admit Khamis pukul 7 pagi, beranak kan dia hari Jumaat pukul 2 pagi. Lamaaaaa sakitnya. So kali ni aku terus tanya nurse agak2 bila aku boleh beranak.

Aku : Nurse, agak2 pukul berapa saya beranak. 

Haha! Soalan orang dah sakit memang berbaur bengong dan tidak berpelajaran sikit.

Nurse : Saya tak tau, tapi rasanya esok boleh beranak.
Aku : Erm agak2 tu pukul berapa. Saya nak bersedia berapa jam nak kena tahan sakit ni, huhu!
Nurse : Rasanya pukul 5 pagi kot.

Qery bizi berwasap bagitau semua orang aku dah masuk labour room.
Tarik nafas dalam2. Hoih lamanya 5 pagi, hahaha! Sekarang baru 10.30. 6 jam lebih. Ok takpe. Tarik nafas panjang2. Sekali Dr Tan Ee Ping masuk bilik aku. Oh lupa bagitau. First pregnant aku beranak dengan Doktor Tan, untuk second sepatutnya dengan Doktor Tan jugak, tapi  Doktor Tan tak dapat sambut sebab dia baru lepas operation kaki. Aku beranak dengan Doktor Suriati. Kebetulan Doktor Tan datang spital, then dia singgah jenguk iolls.

Dr Tan : This time u nampak kuat sikit.
Aku : Yeke Doktor. Belum sakit yang teruk tu kot.
Dr Tan : Eh takla, i perasan kali ni u relax sikit. 

Kembang hidung aku, haha! Then borak2 sikit. dapatlah melupakan sikit sakit aku tu. Dah sejam nurse cek lagi, dah bukak 5cm. Ok senyum. Hihi!

Lepas tu sakit dia bertambah tambah tambah tambah. Terbaik sangat, haha! sejam bukak 2cm. Sampailah pukul 1.30 pagi. Doktor tak suruh push. Tapi dia kata kalau rasa nak berak tu teran je. Qery kata aku teran 3 kali je terus keluar. Eh tak kose la aku nak kira berapa kali teran. Sakit gila kot masa tu, hahaha!

Alhamdulillah, memang tepat 40w bersalinkan Luth Runako. Hari Jumaat sama macam Izz Qaiser dulu. Tarikh pun lebih kurang je. 

Izz Qaiser 15.8.2014 (Jumaat 2.18pagi), 3.2kg, 51cm
Luth Runako 15.4.2016 (Jumaat 1.30pagi), 3.3kg, 52cm
 
 Syukur sangat lah tak beranak pukul 5 pagi. Kekeke! Lepas beranak terus tidur. Mengantuk dia tak boleh tunggu dah. Suruh Qery balik jaga Izz Qaiser. Qaiser dia tetiap malam akan bangun mintak aku susu. Then dia nak berkepit celah ketiak. Tu yang aku risau tu. Qery balik rumah mak dia, dia cakap memang Qaiser malam tu tak boleh tidur, dia terjaga cari mami daddy. Hihi!

Aku tak tau la malam tu terjaga berapa kali, sebab bunyi air aircond menitik2. Dah tak ada feeling takut kot kot ada hantu dah. Aku mengantuk gila, kalau ada hantu pun lantak kau sana, aku nak tido, hahaha! Subuh camtu bangun sebab nurse nak cek and hantar baby untuk menyusu. 

Aku tak ingat pukul berapa, tapi sarapan sampai lambat. Dalam pukul 9 macam tu aku gi bilik air sorang-sorang. Disebabkan penat sangat, aku nak keluar bilik air nak berjalan ke katil, terus rasa dunia berpusing. Rasa nak pitam. Dah tak nampak apa dah gelap gelita. Nasib baiklah aku sempat capai katil. Terus duduk tutup mata rapat-rapat. Sekurang-kurangnya kalau pengsan pun tak de la aku jatuh kat lantai kan. Hehe!

Lama gak, tarik nafas dalam-dalam. Nasib baik lah tak ada apa. Terus wasap Qery suruh datang awal sikit. Tapi takde awal pun, dekat pukul 11 gak baru dia datang. Huhu! So sementara menunggu, sempatla aku selfie dengan baby.




Bukak-bukak fon, ramainya yang wish. Terharu sangat. Huhu! Ramai yang teka aku beranak anak perempuan. Sebab masa pregnant asik nak make up je. Haha! Ada yang kata muka berseri-seri lah. Bukan ye. Masa 14 minggu memang dah tau baby boy. Tapi disebabkan first pregnancy aku cam selekeh gila, so kali ni taknak selekeh dah. Nak cecantik je. Memang akan tepek BB Cream, Skincare. lipstick. Eh orang mengandung pun boleh cantik2 tau. Nak dengan taknak je la. Ngandung anak lelaki pun boleh je feeling berseri2 gitu. haha!

Tengah rehat-rehat, dengar suara mak mertua dengan suara Izz Qaiser. Haaaa sampai dah. Terus belek cucu kedua. Hihi!

Mak mertua aku pun memula tu fikir anak perempuan. Sebab dia tengok kali ni aku pregnant cam lain dari yang first. Tak mabuk teruk, then nak cantik-cantik je. Sampai perut aku dah besar dalam 6 ke 7 bulan pun dia cam eh yeke anak lelaki. Hahaha! Takpe lah, nanti anak Syah and Fieya kita doa dorang dapat anak perempuan pulak. =P

Tengah hari tu doktor datang, aku terus request nak balik petang tu jugak. Hahaha!

Doktor : Awak tak nak rehat dulu ke. Balik la Sabtu
Aku : Ala doktor, boring la sini. Kalau balik harini tak boleh ke?
Doktor : Boleh, tapi jangan la balik tengah hari, petang-petang sikit. Awak baru je beranak ni.
Aku : Petang pun boleh.
Doktor : Ok macam tu, kena tunggu baby berak dengan kencing. Pastu kita process discharge awak ye.

Berbunga hati iolls, hahaha! Family mertua pun terkejut kenapa aku nak balik awal sangat. Ya ampun, bosan kot. Rehat kat rumah je lah. Tapi bila fikir-fikir balik, Jumaat pagi beranak, Jumaat petang balik. Hahaha! kau dah kenapa kelam kabut sangat nak balik rumah. huhu!

Ekceli aku kesian kat Izz, masa dia datang tengok aku kat spital. Dia nak duduk celah aku je. Asik memi memi memi memi. Haha! Dia panggil aku memi tau. Sebut dia may mee. Haa gitu. Jadi, takpelah. Rehat kat rumah, senang hati aku tengok dedua anak depan mata. 


Dah sampai rumah, Sabtu tu semua adik beradik aku datang. 
 







Ramai kata ikut muka Qery, sebijik cam abang Izz dia. Aku tengok memang nampak muka Izz, tapi takde la sebijik. Entah la aku memang fail bab tengok ikut muka sapa ni, haha! yang penting tak ikut muka aku 100%. 50% pun tak, hahaha! Biadap sangat tau, mami ngandung 9 bulan awak semua lek lek ikut muka daddy. 

Isnin ke spital, cek kuning baby.


 Alhamdulillah, anak-anak aku memang tak ada masalah kuning yang teruk. Kuning tu ada la, tapi doktor kata sikit je. Boleh monitor dari rumah cam biasa. Tak ada tips ye, maybe sebab jenis darah aku dengan Qery serasi kot. 

 Sayang sangat kat adik.

 Dedua nak tidur dengan mami.






Dua dah anak ku, baru dua je. Hihi! Qery kata nak ramai boleh buat team bola. Cenggitu kena beranak anak lelaki semua ke apa ni, hahaha! Aku tak kisah pun dapat anak lelaki semua. Tapi masih berdoa semoga lepas ni Allah bagi anak perempuan pulak. Biar Qery tauuuuu susah senang nak besarkan anak perempuan ni. Aku dulu membesar pun degil dia no 1. Mak aku borak dengan Qery personal. Dia kata aku ni anak yang paling degil dalam adik beradik, kahkahkah! Lepas tu malu tak bertempat, degil lain macam.

Krikk krikkkkk

Anak-anak mami takmo degil okay. biar mami je yang degil. Hihi!

Nanti aku share pengalaman macam mana menjaga dua orang bayi ni ok. Byeeee.
Tq baca . Muah!

Comments

izzie izzam said…
tahniah lagi sekali kak sepet, seronok baca pengalaman org bersalin ni, mcm senang je kan.. hehe kite dag nebes ni sebab 1st pregnant. now dah 6bulan. moga dliver senang mcm kak sepet hehehe aamiin..
mamaiman said…
Tahniah.. seronok besalin hari due kan.. huhu.. 1 soalan berlegar2 d minda.. sepet x jahit ke? Lek lek je duk besila.. impian akak tu takyah jahit tu.. adoi.. seksa sket klo jahit..
Unknown said…
Kite dlu induce by drip.. Ya Allah sakit dia berjuta kali... G spital pagi sbb kuar darah tp x sakit..ptg pkul 4.30 bru bersalin tu pun pas induce....
Irfa said…
Tahniah sepet. Seronok bca. Baby comel kn branak ramai2 eh. Haha
Syamimi Saad said…
Alhamdulillah.. Nampak mcm mudah kali ni awk lahirkan bby. :)
Tp kita seriau tgk awk dduk cmtu. Hihi
Alhamdulillah.. tahniah Sepet. Akk tengok mmg mcm muka Izz.. terutama tang mata dia.. hihi
Cik Renex said…
Alhamdulillah. Tahniah sepet
Comel sangatttt
Super Nia Hana said…
mata luth macam sepet la

runako tu dlm bahasa japan ke dik.apa maksudnya.
hohoho akk pun ada plan letak nama yg ala gitu..tggu baby boy gak

blom rejki lg//mohon pass aura pls
kedinkyst said…
Tahniah sepet. bagi tips laa sikit.
aku ni anak no dua da 6 bln letih dia lain macam..
dua dua boleh komplot berak sama-sama.
nak susu sama-sama.. amboihh emo aku ahahaha
adarnadzmie said…
tahniah dik sepet...selamat berpantang....
Nisa said…
Sy smpai anak setahun lebih pun duduk bersimpuh lagi..ngeri!hehehh..
Suria Amanda said…
seronoknya dah ada 2 anak..tahniah Sepet..
Shima Shafii said…
tahniah sepet...selamat dah ye..
saya dulu anak sulung kena drip juga, tp alhmdllh tak rasa sakit sgt..
makin rmai anaknya baru makin sakit..hihi..

selamat berpantang ye...
take care :-)
omey nye baby..hehehe
Unknown said…
Tahniah sepet, comel sgt baby..tu la pasan gak sepet cam rilex je, kal btol takde kena jahit, share la petua or tips plsss sbb ms sy bersalin dulu kena jait byk huhu..kot2 sepet ade tips pemakanan or anything, share la kat nx entry pls
Cici said…
tahniah. senangnya awak beranak. T_T