nuffnang

May 30, 2018

CSR SEQY 2018

Alhamdulillah, selesai misi kami yang berjalan dengan sangat lancar semalam. 

Kali ni, kitorang dapat cari keluarga yang betul-betul susah. Pagi Selasa pukul 9.30 pagi kitorang bergerak dari Cheras ke Klang. 30 minit perjalanan, kami jumpa Tok Jalil (ketua kampung) kat Dewan Al Munirah, Kg Johan Setia.

Dan bermulalah misi kami. Tok kata kat sini memang ada ramai yang susah, tapi dia tunjuk kat kami orang yang betul-betul berhak dapat. Tapi terpulanglah kat kami nak bagi berapa. Contoh keluarga besar bagi lebih sikit ke, gitulah. Ikut kesesuaian. Biar semua dapat seimbang gitu.

Kitorang bagitau tok, nak dalam 10 buah rumah dulu. Tapi Tok kata ada 8 buah rumah yang bagi feedback ada di rumah. Maybe yang lain takde kat rumah la kot. Takpe, mana yang ada kita bagi jalan dulu.

Rumah pertama yang kami pergi, keluarga En Abdul Aziz.
Beliau terlantar tak boleh bergerak. Slip disc, puncanya masa naik gunung tiba-tiba tulang meletup. Terus tak boleh bergerak. Anak tak silap 5 orang. Isteri tak bekerja sebab jaga anak-anak ada yang masih kecil. Just mengharap duit bantuan dan ihsan anak-anak. (ada anak yang dah kerja tinggal sekali untuk jaga mak ayah)

Rumah dorang ni pun pusat zakat yang dirikan. Ok korang boleh tengok gambar.







 Sesi menyerahkan amanah (sumbangan) dari penderma semua.

Rumah kedua, keluarga Norazimah. Ada 8 orang anak, salah sorangnya kurang upaya. Selalunya kalau bukan bulan puasa, dia buat kuih tumpang letak kat kedai hujung kampung. Bulan puasa tak letak lah.  Gambar kat bawah.








Rumah ketiga bersama keluarga En Azahari, ada 7 orang anak. Rumah dia dirobohkan sebab pusat zakat nak dirikan yang baru. Jadi sekarang dorang menumpang rumah adik beradik. Duduk satu bilik yang kecik, semua sekali 9 orang tidur satu bilik. 

Suami dah dapat kerja, tapi belum di panggil masuk, isteri baru dapat kerja Cleaner. Jadi kitorang tak masuk rumah lah, cuma bagi kat luar, yela kita pun paham keadaan dorang ni. Mana yang selesa bagi dorang, then selesa jugak bagi kami. 
 

 Nampak tak rumah yang hujung tu, situ lah dorang tinggal sekarang.


 Sesi bagi baju kurung and tudung raya.





Rumah keempat, suami isteri OKU sejak lahir. Suami kerja repair kereta, isteri menjahit. Ada lima orang anak tak silap. Nama lupa tanya sebab sibuk interview anak-anak. huhu!








Rumah ke lima, Keluarga Husnani, suaminya takde rumah bekerja sebagai sekuriti. Ada dua anak kecik, dan mengandung 3 bulan. Jadi aku bagi baju baby kat kakak ni moga ringan beban takyah beli baju baby dah.







Rumah ke-enam, Keluarga En Azhar, 7 beranak. Suami kerja bawak lori. Isteri tak kerja selepas kemalangan. Accident orang langgar masa ambik anak balik dari sekolah. Kakak ni kata, terus cacat kekal. Kaki sebelah tu pendek sebelah  tak tanya lebih sebab dah sedih dah. Huhu!
 





Keluarga ke tujuh, Keluarga Noraini. seorang balu atau ibu tunggal. Rasanya ada tujuh orang anak.
 












Rumah terakhir (rumah ke lapan), Keluarga En Jalil. 7 orang anak + 1 dalam perut. Sorang anak down syndrome. Sekarang di ICU isteri jaga. Isteri tak balik dah seminggu. Tinggal di tanah kerajaan sebab takde tanah sendiri, nak menyewa tak mampu. Ada orang yang cuba dirikan rumah untuk keluarga ni, tapi lepas tu kerajaan robohkan (atas alasan tanah kerajaan), dan ini lah rumah 8 beranak ni tinggal sekarang. Abang ni kerja bawak lori. Isteri tak kerja. Dua lagi anak lelaki ada orang sponsor ke Sabah belajar di pusat tahfiz.  




Gambar family ni tak ambik banyak, sebab sibuk borak dengan abang ni, borak dengan anak-anak beliau. Huhu! kalau korang nak tengok video yang lebih jelas keadaan keluarga ni, boleh cek kat Instagram, atau nanti kita up entry semua video-video keluarga ni okay.


Terima Kasih semua. Tak dapat apa yang dapat aku balas. Cuma mampu ucap terima kasih dan doakan semoga Allah sayang dan hadiahkan syurga untuk kita semua. Aminnn

p/s : Setiap Rm1 dari pembelian set skincare akan didermkan kepada badan amal (amak lebajikan). Beli di Website SEQY KLIK SINI, atau terus wasap. KLIK SINI.