nuffnang

May 22, 2018

Sepet Jalan-Jalan : Cameron Highland Part 1

 Cerita ni adalah tahun lepas 2017 bulan Dec. Masa tu Qery cuti sekolahkan, jadinya marilah kita bawak anak jalan-jalan sebelum mami dia meroyan, haha!

Seperti biasa, aku dah plan 2 3 hari sebelum pergi, nak jalan mana semua. Sebab excited nak bawak Yurika jalan-jalan #konon, padahal mak dia lebih. Yurika baru habis pantang, mak ko pun tak nyempat nak bawak anak jalan-jalan, hahaha!

Kitorang bertolak dari KL awal pagi, tapi boleh pulak Qery silap jalan. Aku rasa nak amaroh sangat, hahaha! tapi cam takleh marah-marah nanti dosa. ­čśť

Jadi kita redho je apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Gichu. Mula tu fikir nak singgah ladang teh, tapi sebab sampai pun dah tengah hari, tak jadi la singgah. Nanti plan tertunda, so kita ubah sikit, masa balik baru singgah ladang teh. Lagipun sekali jalan.

Terus ke tempat makan area Kampung Sedia. Sini ada banyak kedai makan, aku tak ingat pulak nama kedai ni. Kalau nak makan lauk-lauk tengah hari sedap boleh singgah sini. Qery order ikan patin masak lemak. Sedap gila katanya.


  Tudung aku dah tak macam orang dah masa tu, hahaha! Sebab Qaiser muntoh pulak masa naik. Sorang tarik tudung, sorang nak tukar pampers. Sorang muntah, dedua kena tukar baju. Gitu lah seorang emak. Nak nampak baju sama jugak. Gigih la ko di situ. Huhu!

Lepas makan, kita ke Big Red Stoberi. Hampa sebab takde stoberi. Yela cuti sekolah semua orang sibuk nak petik. Jadi kita ambik gambar je la.







 Bebudak ni kalau bergambar takyah ajar dah. Pening mak ko layan, huhu!


 Wow, tembamnya saya, tapi cantik. Mihmihmih!


 
 
 ya ampun..

 Ya Tohannnnn.. Sama je anak bapak.

 Kalau korang datang sini, WAJIB beli salad dia. Sedap rangup murah.






Lepas bergambar, kitorang terus ke Ladang Kaktus. Sebelum ko sampai Tempat stoberi tadi, ko akan sampai ladang kaktus ni dulu. Tapi untuk yang ada baby and anak kecik cam aku, tak suggest masuk sini sebab dia bertangga. Lenguh dan risau bebudak hilang kawalan, haha!

 Bergambar dengan truck dulu.

 Cactus Valley ni masuk kena bayar. Tapi memang puas hati sebab cantik dan pelbagai jenis kau boleh tengok. Ada tu dah macam gergasi pun ye jugak. Best kalau nak ambik gambar sebab memang cantik sangat tempat ni. 

Untuk pengetahuan korang, tempat cactus yang besar ada dua. Satu lagi kat tanah yang rata. So situ kalau bawak budak Ok. pilih yang satu lagi jangan datang sini ok. Tapi kalau korang yang dah bebesar tu, tolong singgah sini sebab cantik nau.















Habis bergambar, kitorang terus check in hotel. Kami duduk kat The Smurf. 
 
 


Tukar baju, mandikan anak, bagi minum susu. Terus sambung jalan. Tapi ke shopping mall pulak. 


 Nama mall tak ingat, haha! Korang cer google Cameran Highland mall gitu la. Mesti keluar sebab satu mall je ada kalau tak silap.

 Rezeki jumpa Spiderman. haha! 


Sebelah mall ada funfair, so bebudak boleh la main.
 









Habis main, moh la kita balik hotel. Kitorang dinner kat dalam hotel je, tapi makanan dia sedap gilesss. Memang sedap sangat, tak terkata. Haha! Lupa ambik gambar, sibuk makan. 
 

Malam semua tidur lena, esok kita jalan lagi.

Kita sambung next entry ye. Kelam kabut je update ni sebab banyak kerja harini. Siapa ada anak tu jangan lupa bawak anak jalan-jalan =)

p/s : Promo Seqy sehingga 14 Jun 2018. Cepat sebelum terlambat. KLIK SINI untuk order.

1 comment:

SHUHADAH RAZALI said...

Boleh tak bagi tips macam mana kak jenjalan dengan anak-anak terutamanya baby. Macamana akak handle 2 boys and sorang baby waktu holiday. please bagi tips..