nuffnang

May 6, 2018

Anak korang makan apa?

Aku memang masalah betul bab makanan ni. Jujur tau, aku jarang sangat masak. Bukan salah aku. #memangsukasalahkanoranglain hahaha!

Qery tak bagi aku masak. Bila aku masak, dia kena jaga anak. Hahaha! Lepas tu, dia tak suka kalau lantai minyak-minyak. Sebab mak mertua aku rajin. Mak mertua aku tiap subuh dah masak. Dapur lepas masak tu memang bersih, hari-hari mop lantai.

Tahap kebersihan mak mertua iolls bukan calang-calang ye, haha! Memang kontra sangat la dengan menantunya ni. Aku nak masak lepas Subuh tu tak tau la tahun bila baru dapat hidayahnya. Selalu lepas Subuh memang merangkak cari katil. Syaiton sangat. Haha!

Lepas masak, dah penat la kan. Kadang tu bebudak ni terus sangkut kat kaki sorang, sorang lagi memekik panggil mami mami, sorang lagi kang nangis nak dukung. Walaupun kadang-kadang anak helok je tak panggil aku. Tetaplah aku tak kuasa nak terus lap minyak segala. Aku akan terus pergi hall dan tarik napas panjang sebab rumah terabur.

Iye lah. Aku bergembira masak kat dapur, anak aku bergembira kat hall sepahkan mainan. Hidup kami memang gembira sangat. Huhu! 

Lepas anak-anak kena sedas dua, ataupun kalau aku tak kuasa nak bebel. Selalunya memang aku tak bebel, sebab simpan energy kang petang nak bebel lagi. Jadi baik lah aku kemas je. Tapi biasanya memang Qaiser and Runako akan kemas sama-sama sebab aku pegang rotan. Duh..

Ko ingat aku bebel je dorang patuh serta merta. Tidak ye sahabat sekalian. Memang kena pegang hanger kat sebelah. Berdesup memasing kemas. 

Sebab tu jugak la aku selalu lupa nak mop lantai dapur. Tak biasa pun mop mop ni. Masa anak dara dulu mereput dalam bilik. Pemalas tahap aku sampai lupa makan, sehingga mak hantarkan makanan dalam bilik. Puteri beradu ke apa tak tau lah. Moga anak aku tak perangai camni lah ye. Hahaha! Seram mak..

Tapi hakikatnya takde la berminyak pun. Cuma dapur tu tak lap terus, Qery kata takyah la masak. Nanti aku banyak kerja. Jadi sebelum dia balik, dia akan belikan aku makanan, ataupun bawak aku makan kat luar. 

Cuma kebelakangan ni, anak-anak dah suka makan. Dah besar sikit kan memasing. Jadi perut tu cepat lapar. Pagi sarapan dalam pukul 9 - 10, kang pukul 12 - 1 tengah hari makan lagi, petang pukul 4 makan, malam pun makan lagi. 

Aku bukanlah mak yang tak bagi anaknya makan gula-gula. Tiber. hahaha! Aku bagi makan semua, tapi berpada-pada lah. Eh gaduh kat pesbuk gais mak budak ni marah buat goodies bag letak gegula. Yang mak lain pulak tak kisah anak makan gegula. 

Kerja korang ni bergaduh aje. Hahaha! Lantok sana lah ko nak bagi then bagi, ko taknak bagi sudah. Kau nak buang dalam jamban ke, atau kau nak campak dalam tong sampah ke, atau kau nak bakar kan gegula tu sukatilah. Semua benda nak gaduh, lahai lahai lahai senang sangat emosi pun. Hahaha!

Mungkin mak mak spesis ni masa kekecik dulu lupa kita pernah belajar, wajib bersyukur dengan pemberian orang lain. Orang tu nak pahala menggembirakan hati anak kecil, orang nak buat pahala tak kisah bagi apa. Terima je awak. Taknak makan sudoh.. Kalau lupa cara syukur, selak buku agama anak jap.. Ekekeke!

Aku beli je makanan sejuk beku cam nuggets hotdog, beli je makanan segera, beli je roti, as long as berpada-pada. Makanan elok dan tak elok ni sebenarnya menjana antibodi anak jugak. Anak aktif, anak sihat, cukup la. Minum air cukup. Kita ni tak suka pun kena berpada-pada, suka pun berpada-pada. Okay uolls..... Raikan perbezaan. Toksah gaduh. Dunia semua ni, haha!

Sekarang aku cam takde idea nak bagi anak makan apa. Benda yang sama setiap hari.

 Kadang tahap pemalas melampau, aku bagi roti je. Makan lah sambil tengok kartun.

 Acah rajin, masakkan cekodok.

 Rajin tahap mak impikan syurga, masak lebih sikit. Roti telur cicah kaya. Hotdog. Pastu aku yang makan. Haha!


 Runako uiiii.


 Rajin sikit masak ayam grill.

 Atau pancake



 Mak gedik sikit, buat pancake kekecik.


Makan tengah hari selalu tak snap sebab mak makan sekali. Hahaha! Paling pemalas goreng telur. Malas tahap sederhana masak ikan salmon. Malas tahap acah-acah rajin masak sup ayam. Malas tahap dewa call Dominos. Hahaha!


Yang penting, dah kenyang tidur nyenyak.

Korang share la selalu masak apa untuk anak. Kalau yang mudah tu okay la. Anak aku tak makan spageti ni tau. Sebab mak dia tak makan. Kahkah! Nantilah aku ajar, biar semua makan. Senang hidup aku. Toksah memilih makanan. Apa mak kau masak, telan je. 

Lepas ni kena google resepi la pulak. OMG so not me.

No comments: