nuffnang

Followers

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 3, 2018

Selamat Ulang Tahun ke - 30 tahun Zuhana Noh

Alhamdulillah, syukur dipanjangkan umur. Seronok bila umur dah cecah 30 tahun. Terasa wow saya dah besar okay, kekeke! Cepat betul masa berlalu. Mula tulis blog umur aku baru 20 tahun. Sekarang dah 10 tahun masa berlalu. Zaman bujang, sampai dah beranak 3. 

Tahun ni aku punya befday jatuh hari Khamis. Seperti biasa aku takde la harap apa-apa sebab waktu Qery sekolah, mana boleh ambik cuti. Nak celebrate pun kat rumah je la. Paling jauh pun makan kat mana-mana kedai area rumah. Itupun kakak dah syukur ye. tolong percaya kakak syukur. Hahaha!

So Rabu malam, Qery cakap kita sambut malam ni makan kek kat rumah dengan bebudak. Kebetulan aku teringin nak makan nasi lemak dengan charkuewtiaw kawasan Bandar Permaisuri tu. Situ sedap betul even dua menu tu je pun. Kek pulak aku cakap dengan Qery beli je kat Tesco, takyah nak secret secret sangat, hahaha! Sebab takde sapa pun nak habiskan nanti tu. Kek kat tesco tu kecik je, buat cukup syarat.

 Otak-otak dia sedap ya ampun, eh semua sedap lah. Sampai gemok la perut aku malam tu. 


Dah ada 3 orang anak, kau jangan lah harapkan bulan dan bintang sangat. Laki kau ada kat rumah pun dah syukur banyak. Laki kau ingat befday pun syukur jugak. Aku rasa Qery fikir, lebih baik dia ingat befday, kalau tak ingat nanti kena pujuk beli 10 hadiah pulak. Hahaha!

Esok bangun pagi, biasalah baca ayat-ayat cinta kat wasap. Hello, dah kawin pun nak ucap ayat cinta kat fon. Talk to my face lah. Talk to my face , talk to my faceeee... (baca dari tone rendah sehingga tinggi melangit) hahahaha!

Pastu nampak ada hadiah atas sofa. Dengan pesanan malam nanti pakai, sebab nak makan tempat special. 

Ecehh.. Aku ni takde la nak percaya sangat dengan Qery ni. Sebab dia suka main-main. Aku cakap kalau makan dalam negeri je takde la special pun. Sambil libas shawl. Hahaha! Nasib tak kena panah petir.

So malam tu bersiap lah 5 beranak, aku duk tanya makan mana, nak gi mana. Yang Qery tersengih-sengih. Sabo je la. Huhu!

Sekali sampai hotel Silka area KL. Masuk parking then Qery cakap kena pergi Loby dulu sebab nak jumpa orang. Okay la fine. Sampai je Loby ada bunyi lagi Happy Birthday siap ada nama iolls kat TV. 


 Kenapa gemok. Hahaha! Tak kisah la, tapi memang terkejut jugak la sebab takde la expect sampai macam tu sekali. Kebetulan masa tu ramai foreigner tengah nak check in. Adui semua pun tengok sambil bergambar dengan iolls. Hahaha! Terpaksa feeling artis jap.

Lepas tu staff hotel bawak kami pergi tingkat berapa entah, tak ingat. Yang penting suasana masa tu tepi kolam. Siap ada chef masak kat situ. OMG, So jakun la aku pun, hahaha! Nak ambik gambar dengan chef malu. Dapat sipi-sipi pun jadiklah.

Jadi korang tengok lah gambar ye.














 Gambar kenangan dengan Chef dan Manager Silka.


 Makanan dia memang sedap sangat. Lagi sedap sebab setiap suapan Qery yang suap. Auw. hahaha!









 Hahaha! Jenuh Qery kena suap bini dia. Sampai habis daging pulak tu.

 

Bercandle light dinner lah kami 5 beranak dengan gembiranya. Hihi! 

Special thanks to En Nizar dan Puan Emma and team lah. Katanya sejak hotel beroperasi, kamilah orang pertama yang buat dinner bertemakan sebelah kolam kat situ. Hahaha! Masa kitorang makan, staff sana siap ambik gambar tunggu sampai habis, and bagi gambar kat kami lagi. Tq staff Hotel Silka, semuanya friendly. i love you.

And tq Qery sebab still acah-acah romantik. Hahaha! Tahun depan mungkin kita bolh celebrate luar negara. Pfttt...

Selamat hari lahir untuk diriku. Moga sentiasa happy di samping keluarga tercinta. Muah!