Sepet Jalan-Jalan : Penang Part 3

Sambungan kisah jalan-jalan Penang, lepas kitorang makan. Ingatkan nak pergi pasar ala tak ingat apa namanya, yang tempat wajib bergambar tepi dinding dorang lukis cantik-cantik tu. Tapi tak jadi sebab masa tu keadaan tak mengizinkan. Ramai gila orang bersesak kat situ, parking pulak jenuh. 

Jadi takpe lah. Tak kose lah mak nak berebut dengan Yurika pun tadi dia dah ngamuk sebab kedai makan tu kan haba berwap. So dia cam tak selesa. Ini pun kat luar dengan panas apa, tapi panas yang macam nak hujan tu la. Kitorang tak berani duk outdoor lelama, kang hujan dah satu hal. 

Menuju lah terus ke Wonderfood Museum.

Riview saya, wajib pergi ye uolls. Seronok sangat sebab bebudak ni kan memang suka la tengok benda pelik pelik ni.
 
 Elok je lepas bergambar depan ni, hujan pun turun. Hahaha! Cecepat masuk dalam. Korang tengok gambar je k.

 Nasib takde kopok kat tangan Runako, kalau tak dia dah cecah dengan kuning telur tu, haha!







 Makanan berkulat. Euwww

 Makanan warna warni.

 Ya Allah, puasaaaaaa ni tengok pulak kuih. Menduga betul.

 Jenuh nak abis seulas, haha!

 Makanan black and white.

 Makanan kuasa terapung.

 Sedapppnyaaaaaa



 Roti canai kuah kari satuuuu kongsi lapan belas orang.



 Bestnya kalau ada gerai camni, haha!



 Sapa hiner kita, kita cilikan mulut dia.








Memang korang kena datang sini. Wajib tau. Huhu!

Lepas tu, kitorang balik homestay sebab anak-anak dah tak larat. Dorang nak mandi sebab badan dah berlengas. Okay lah.. So balik rumah rehat jap. Malam keluar balik.

Disebabkan esok nak makan kat kedai mamak, jadi kitorang takmo la makan kedai nasi kandaq lagi. 

Aku suruh Qery terus ke Nasi 7 Benua.

Yang ni aku suggest, korang datang makan tengah hari atau sebelum malam lah. Sebab kitorang datang ni dah malam, lauk banyak dah habis. Huhu!



 Qery memang lapau sangat malam tu, haha! Aku pulak tak lalu makan. Hashtag konon. Qaiser dah terbaring mengantuk, penat dia seharian berjalan. Runako tu pun mata dah tak boleh bukak. Jadi kitorang makan cepat-cepat.


 Ni pun korang boleh singgah sebab makanannya unik.

Lepas makan terus cau, bebudak memang dah tak boleh bla mengantuk masuk kereta tido. hahaha!  Nak jalan kena jaga mood bebudak. Bagi rehat cukup, minum makan cukup, bawak tempat dorang boleh enjoy, Insyaallah dorang ok je.

So hari kedua, kami 5 beranak berjaya ke.

1. Roti Canai Transfer Road.
2. Rumah P Ramlee.
3. Padang Kota.
4. Penang Time Tunnel (singgah ambik gambau je, haha)
5. Made in Penang Attractive Museum.
6. Restoren Sup Hameed.
7. Wonderfood Museum.
8. Nasi 7 Benua.

Hari ke tiga kita bukak entry lain eh..

P/S : Kalau nak beli produk Seqy dengan harga PROMO, KLIK SINI. Bagitau je nak produk apa. Kita nak bagi diskaun kasih sayang sempena puasa ni.

Comments