nuffnang

Followers

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

May 7, 2018

Teman Bebudak Belajar

Aku ni bukan la rajin setiap hari teman bebudak buat aktiviti. Benonya malas sangat. Tapi sebab kesian jugak bebudak ni takde apa nak buat kalau hari biasa.

Anak-anak sekarang bukan macam anak-anak dulu. Dulu kita merayap area kampung lek lek je. Sekarang nak bagi main dalam pagar rumah pun risau. Mesti kena tengok tak boleh tinggal. Jadi anak-anak ni dalam tak sedar dorang punya perkembangan terhad.

Jadi, aku sebagai mak yang prihatin.. haha! Dan dan ngaku prihatin. Nak tak nak, aku kena lah bantu anak-anak ni buat aktiviti yang boleh menjana minda dorang.

Qaiser ni, bulan 8 ni masuk 4 tahun. Runako pulak baru-baru ni je baru masuk 2 tahun. Pemerhatian aku setakat ni. Qaiser dia cermat, fokus, cepat belajar, kreatif. Wah gitu skali puji anak sendiri, haha! Runako pulak terlalu awal untuk aku rungkaikan. OMG RUNGKAI.

Tapi Runako kalau dari apa yang aku nampak, dia lebih advance dari Qaiser. Cuma bab-bab kreatif tu belum masanya lagi. Dan Runako memang kurang fokus, dia cepat bosan, tapi memang cepat belajar. Buat masa ni lah. Kang kalau bertukar aku bagitau balik, kekeke!

Qaiser perangai dia, selagi tak pandai. Dia akan try sampai boleh. Sampai puas hati. Gitu. Contohnya sekarang ni, setiap hari dia mewarna. Aku pulak setiap hari kena warna dengan dia. Aduii stress betul. Dah la aku tak suka mewarna, tapi demi anak, kuturutkan juga. Haha!

Meh tengok pencapaian Qaiser.


Runako sibuk betul, dia pun nak bergambar. 


Masa memula mewarna, satu warna je dia pakai. Pokok warna blue, rambut blue, baju blue,muka blue, semua blue. Huhu!

Sekarang dah pandai main warna.

Ini pun Qery yang ajar, ikut warna kartun sebelah. So aku pun bijak sikit dah. Kalau beli buku warna, beli sekali yang ada contoh. Senang anak nak ikut.

Kalau siapa follow aku kat instagram, korang mesti perasan yang Qery selalu buat aktiviti menampal dengan anak-anak. Qery dia kretif dan rajin sikit la banding dengan aku. 

Aku malas, tapi aku buat jugak ye. Cuma cara aku sangat mudah, hahaha!

Pakai lah mekap expired ni buat warna-warna, mami tak kose nak bancuh water color. Kahkah!


Abaikan lukisan mami yang sendu tu, lukisan tu dari darjah-darjah tak berubah. Itu je la yang mami mampu nak. Haha!


Menangis dalam hati tengok Runako cucuk-cucuk camtu.



Cantik sangat dah tu ye. Tercabut terus tutup mekap mak ko.


Jari tu nak mengundi ke Bang Qaiser.



Iyelah Runako oiii... huhu!

Sekarang ni, setiap pagi bangun cari buku warna.




Ok la tu kan.

Ini yang paling latest aku tunjuk kat Instagram. Ada yang lagi latest nanti aku update lain. Belum transfer laptop.

Sekarang dah pandai main warna, walaupun ada contoh gambar, tapi dia tak ikut. Dia ikut cara dia je.


Runako punya, hahahaha! Dulu Qaiser pun camni jugak.

Yang penting muka kena konfiden.

Ini mami warna. Rambut stylo okay, saing omputeh ala farid kamil. Kah!

Aktiviti lain selain mewarna aku share lain. Kbyeeee