nuffnang

Jun 27, 2019

RAYA 2019 KCB - WAJIB TIAP KALI RAYA

Tahun ni dan tahun lepas, sebenarnya ada macam-macam jadi kat family aku. Ada suka duka semua tu dugaan hidup. Paling ketara nampak perubahan kat mak la. Mak kesian, dah la suami tak ada nak sembang cerita suka duka, lepas tu anak ramai jarang balik (aku la tu, haha). Mak ni kan aku cakap sangat soft spoken (abang, ayie ikut la), yang lain depan orang je soft spoken, depan adik beradik petir kilat guruh semua. hahaha!

Aku sebelum kawin memang cakap lembut wei. Sampaikan kawan2 mak aku mesti tegur suara anak kau lembut je. Korang baca jangan muntah ye, haha! Mak sampai balik rumah tu cakap sorang-sorang, elehhh mak dulu pun muda2 suara lembut sambil jeling kat aku. Siyes laaa mak hahaha. Tapi sekarang, kalau Qery baca ni, dia akan lempang diri sendiri. 

Mana taknya, aku ngikut perangai Qery la suka jerit2. hashtag done salahkan suami. hahaha! Aku rasa jiran pun tau aku suka menjerit. Anak satu sampai sekarang, berapa tahun dah tu. Lantok. 

Beberapa tahun ni, kitorang adik beradik cuba menggembirakan mak je la. Macam ritu bawak mak pergi hitea, adik beradik lain selalu je bawak mak jenjalan. Pastu kitorang decide belikan something untuk mak supaya mak gembira sikit. Gitu2 je la mampu. Mak pun sekarang kerap pi masjid sebab nak jumpa kawan2. tapi baru2 ni tak pergi sebab abang tak sihat, pastu mak pun tak sihat gastrik. Baru ni mak masuk spital sebab gastrik teruk. Itulah sekarang ni masih duduk rumah Ceera sebab mak memang suka duk rumah Ceera, Ceera masak sedap, rumah dia sejuk, rumah dia meriah. Ha gitu. hehe!

Mak dan Abang

Mak dan Akak

Mak dan Kaklang

Mak dan Kakcik

Ode takde ambik gambar dengan mak, sebab manaaaa entah dia pergi masa tu.

Mak dan Andak

Mak dan Atam

Mak dan Ayie

 Mak dan Aku

Aku rasa setiap anak nampak je kesusahan makpak memasing, cuma kita sendiri kena sedar atau ada rasa tanggungjawab untuk tidak lagi menyusahkan makpak kita. Patut anak dah besar-besar, tanggungjawab kita menyenangkan makpak pulak. Itu masing2 punya kesedaran lah. Macam aku pun banyak kurangnya. 

Untuk diri sendiri jugak lah. Aku kalau ada masalah ke, takkan cerita dengan mak sebab taknak mak risau. Aku cukup marah kalau Qery bagi mak dia risau. Pantang aku tu menyusahkan hati makpak. Haha! Tapi tu la, lelaki dengan perempuan ni sifatnya tak sama. Lelaki ni nak ambik perhatian lebih, kita ni selalunya lebih memahami perempuan, taknak bagi makpak risau. Betul tak uolls.. huhu!

So apa yang wajib tu??

Wajib bergambar kat jalan raya, hahahah! Lorong bukit ni memang kenangan mengusik jiwa la. Tempat aku duduk ni, dah berpuluh tahun, lebih 50 tahun. Dari jalan raya tanah je, dari air pun takde kat rumah, letrik takde. Sampailah sekarang ni semua ada. Tapi area rumah aku ni masih mengekalkan kampung. Ko boleh jalan kaki pergi kedai runcit. Banyak kedai, ada pasar malam, sekolah pun jalan kaki. Camtu la kiranya Cheras Baru ni memang kalau orang kampung datang bandar, kalau masuk Cheras Baru takkan rasa nak balik kampung sebab sini memang suasana kampung, tinggal takde sawah bendang je. haha!

 Lorong ni la semua adik beradik duk bermain.

 Aku rasa adik beradik aku je selalu main kat luar sampai besar, kalau balik rumah mak, mesti nak berjalan kat lorong ni. Dulu kitorang main badminton kat sini, riuh.

 Bila aku balik, nampak je lorong ni pun dah gembira, haha!



 So memang wajib bergambar kat sini.





 Tergedik-gedik mak orang ni, haha!

Namjahatnam.

Seronok tak ada adik beradik ramai?? 

Mestilah, hahahaha! Jadi, beranak la ramai2 kalau nak riuh camni.. Aku 3 je, bila nak tambah lagi tak tau lah, haha!

No comments: