Di belakang tabir Interview - Utusan

Wah tajuk pun dah ala-ala rancangan kat TV3. Memang bajet sangat ni. Haha! Jadi marilah aku cerita sedikit sebanyak kejadian pada hari itu.

Aku berjanji dengan Kak Lin nak jumpa pukul 11 pagi. Pukul 10 baru siap-siap. Apakah ini? Haha! Sebab tempat nak jumpa tu dekat sangat dengan rumah. Rasanya tak payah la aku nak bersungguh awal-awal nak siap. Pulak tu haritu adalah semacam gila malas nak mekap. *cea nak cover line muka hodoh dalam gambar, macam la orang tak tau, haha*

Aku pesan dengan Qery ambik aku kat rumah 10.30pagi, 10.40 baru sampai. Alasan jem. Alasan lama dan akan digunakan sampai bila-bila. Kompom. *jeling Qery*

Masa tengah tunggu Qery tu, tiba-tiba perasan mesej Kak Lin.

Kak Lin : Awak bawak barang feveret awak sekali ye
Aku : *Telan air liur, barang feveret? Ada ke? Jem kepala hotak, sekali nampak teddy bear* Teddy Bear boleh?
Kak Lin : Boleh

Lantakkan. Hahahaha! Kesian Minnie Mouse aku yang tidak bersalah itu. Secara tiba-tiba menjadi barang feveret. Padahal kalau anak buah datang, aku campakkan je Minnie Mouse tu bagi dorang main. Sorry la. iolls terdesak.

Qery sedikit pelik bila aku masuk kereta bawak teddy bear.

Q : Weh apsal bawak teddy bear?
S : Orang lelaki apa tau, ini barang feveret kita laaaa..
Q : Sejak?
S : Tadi.

Fioneeeee....hahaha!

Sampai sana, pukul 10.55 gitu. Kak Lin pun dah sampai awal. Oh bagus sangat. Aku suka orang yang menepati masa. Kitorang pun lepak. Siap pesan dengan Kak Lin, kalau soalan tu susah. Balik nanti Kak Lin fikirla sendiri jawapan dia. boleh? huhu! Langsung tak prepare. Sangat la biadap perangai aku ni.

Bila Kak Lin tanya...

'Awak ada apa-apa tak benda yang awak suka buat, tapi awak tak pernah cerita dalam blog'

Aku terdiam. Benda aku suka buat??? Benda aku suka buat?? Apa ye?? Macam takde. Aku kalau boleh memang tak suka buat apa-apa. Haha! Aku pandang Qery, bagi hint supaya dia boleh fikirkan sekali. Tapi Qery macam buat-buat tak nampak. Pandang Kak Lin balik sambil senyum-senyum. Homagad...apa ni??? Soalan paling susah sepanjang tahun 2012. Kalau masuk exam kompom fail dan repeat subject next semester dengan pasrah.

Ekceli, aku suka berangan. Berjoget dalam bilik gantikan senaman keluarkan peluh. Dengar lagu guna ear phone kuat-kuat.  Tapi takkan la aku nak cite kat Kak Lin perangai buruk ittew kan. Kecualilah kalau aku suka menanam pokok bunga ke, melukis ke kan. Jadi jawapan aku..

'Next question'

Amboi..artis ke ko nak jawab macam ken. hahaha! Tak pasal-pasal kena lempang. Kak Lin tau aku macam tak dapat jawab dia pun tukar soalan lain. Hihuhihu.. Terima Kasih la kerana memahami..

Borak dengan Kak Lin best. Dia peramah. Kalau orang macam aku ni memang sesuai la berkawan dengan orang peramah. Sebab aku ni tak banyak cakap sangat *pitam kawan-kawan lama baca* haha! lepas tu fotographer kita fairuz namanya. Dia yang snap gambar aku.

Kesian betul Fairuz sebab kena snap gambar aku banyak kali. Aku ni kekok posing tanpa Qery. Qery selalu kalau aku posing hodoh. Dia sound je.
'Buruk' 'Hodoh' 'Tak boleh bla' 'Boleh tak kempiskan hidung'

Sentap. Kempiskan hidung. Aku tak pernah kembangkan hidung. memang hidung aku kembang. Sob sob sob. Dulu kan family aku suka ejek muka aku macam Aizat AF tu. hidung kembang. Huwaaaaa!! Aku telan je walaupun pahit. Hehe!

Lepas setel semua. Kak Lin kata Sabtu konfem keluar paper. Dan inilah dia..

Klik untuk baca
Baju from Pretty Chase

Ko nampak teddy bear tu?

Feveret sangat. Hehe!

TQ Kak Lin sebab bagi peluang kat saya masuk paper.

Aku sendiri tak bagitau mak abah aku masuk paper. Aku memang gitu. Tak biasa bercerita kat dorang. Kalau bagitau ni habislahhhh abah aku belanja satu kampung paper Utusan. Parah. haha! 

Hari Sabtu lepas. Qery menganjing aku.

Aku masuk-masuk kereta terus dia bagi pen kertas.


Q : Nak signnnnn... Pelisss....
 S : Sign kat mana? Kertas ni. Meh pen.. *mata ke atas*


Q : Eh kat sini la....

Der?


Heheeee...

Sign je la. Takut nanti kecik hati. Kuar pulak kat Oh Bulan dengan tajuk

'Sepet baru masuk Utusan dah sombong'

Okbai

Comments

Syamimi Saad said…
best nya klau dapat ikut jejak lngkah awk..jd blogger terkenal..tp sy xterkenal pn..ahaha..pasan je lebih!.. ;)

amboi cik abg dia..bukan kemain minta sign kat situ ye..hihihi..suweet tau korang.. :)
nalsweet said…
hahaha..sepet LAWAK!!!kelakar la awak dik..dan comel!hihihi
Shahada Fauzi said…
hahahaha..comel jek perangai korang berdua ni..sabau je la..pagi2 dah bg iolls gelak kat opis ni..:P

tahniah zuhana..masuk paper tuhhhhhh..glemer uolsss..nak signnnnnnnnnnnn..:P
cydayf said…
fewh.. dah baca dah dlm utusan minggu lps, terkejut gak sbb sepet xde mention ape2 pun kt blog, hehehe :D

tahniah!
Anonymous said…
hehe..sweetnye...
hahaha!! kelakar la sepet....bf pun sama gak...btw, congrats!!...:)
awek_utara said…
hahahahahhhh..sumpah kelakar..bajet retis sgt kn ko sepet? hahaha OH BULAN pn xde msa la nk jage hl ko..hahahahah
cikji said…
qery dh start gedik dah,haha..sepet,nk sign jugakkkk


anna hashim said…
hahahahaaa...sepet, nanti kamu FRAME kan besor2 eh..ahhaahaaaaa....
kamu letak depan pintu, tiap kali org datang or lalu depan rumah da boleh nampak " oh, budak ni masuk PAPER......" ahahahahaaaa
sepettt.......

nak saiiinnn juga hahaha
meera said…
Congrats ana.. Moga terus maju dan berkembang..oopps hehhee. Itu bukan teddybear la na.. Minniemouse tu.. Beruang dgn tikus jauh benor bezanya.
syamimihaziqah said…
Akakkkkkk nak sign jugak! Hihihi :p
ibh_sue said…
Hahahaha..lawak sweet ja..Akk nak sain juga buleh?.. :D
Sepet said…
Mimie Najib : jadi blogger terkenal sangat tu tak best. Tapi jadi blogger suam-suam kuku best macam saya best. sebab boleh over-over. =P Qery memang gitu. Poyo..hehe!

nea : Napeee nangissss...sapa buat?? Huhu!

nalsweet : Akak. Qery tu yang start dulu. Saya cool je. Haha!

Shahada Fauzi : Hahaha! Meh la. Nak sign kat mana?? Kakaka!

Cik Cyida : Ada mention, tapi takde la hari2 mention.macam over pulak kalau hari2 mention kan. hihi!

Sue Echan : Sweet? Qery nganjing mana ada sweet. hihi!

Zurina Hj.Zainal : Tq!! Hehe! Qery tu yang over. Saya rilex je. =P

awek_utara : haha! Memang bajet ohsem gila masa ni. Perasaan seperti artis menang award turun naik stage 80 kali. Hahaha~ Oh bulan pun tak kuasa nak layan. keke!
Sepet said…
Cikji : Qery hri2 gedik kot Meh la nak sign kat mana *pitam*

anna hashim : Baru merncang nak buat macam tu. hhah!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr : Mehla, jgn malu2..kekeke!

Meera : sebab dah terbiasa semua ank patung panggil teddy bear. hahaha!

syamimihaziqah : beratur dulu, ramai nak sign ni..wakakaka

hasyimahshe : hahaha!

ibh_sue : Boleh kak. dakwat pen saya banyak lagi *mata ke atas*
Unknown said…
handsomenye qery. hahhahaha
Kat Roti Kaya pulak keluar sepet sign autograph kat dada Qery, hihihi.
Azira Y said…
nk sign kat dada jugak mcm qeryyy hahah. comel je... ;p
Sepet said…
Nuratikah Abd Rahim : Erk? Apakah? Hehe!

sharifah rosidah : haha! Aunty ni adaa je..

lily lotus : Pewiit balik =P

Jazica Albek : Kalau dada perempuan macammmmmmmm susah sikit. =P
mush said…
hoho dan² minnie mouse jdik brg kesayangan, heheheh..cOmel je qery..

feeling² spa*d*rumah