Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 21, 2012

Musim kuat makan.

Dulu, iolls kuat malam okey. Ceera tau. Kalau ko tanya dia, kompom dia angguk laju-laju. Makan tak pernah sepinggan pulak tu. Nasi ambik tu macam gunung. Aku suka nasi. Tak kisah la lauk sikit takpe. Asalkan nasi banyak. Memang gemuk tahap apa tak tau la. Tapi masa tu tak sedar diri pun. Gemuk pun pedulik apa. Gi sekolah kan pakai baju kurung, mana nak nampak gemuknya kan.

Aku start kurang makan masa masuk teknik. Sebab dalam teknik nak makan nasi kena beratur. Sorang-sorang cedok nasi. Aku cedok ambik pun malu-malu. Lagipun pepaham la makanan asrama tahap dia macam mana kan. Ekekeke. Asalkan makan sudah.

Disebabkan dah terbiasa makan kat asrama tak boleh nak tambah nasi. Bila balik rumah pun sama. Aku tak tambah. Bila dah makan satu round aku terus basuh pinggan. Ahli keluarga seperti tidak percaya. hahaha! Kong ajo. Bila aku bangun semua macam 'eh?? Dah ke Na? Pelik!!' Aku jeling sikit je kat dorang. Mencik!

Nasib aku memang dilahirkan menjadi seorang penyabar. Ecehhh...

Tapi sekarang ni ada musim. Musim nak makan, dengan musim MALAS nak makan. Haha! Makan tu nak je la. tapi malas nak makan tu yg membuatkan aku tak nak makan. Tak paham sudah.

Minggu lepas adalah musim nak makan sesaja. Benda yang aku jarang nak makan, secara tetiba aku nak seperti.

-aiskrim
-kek
-durian? OMG!!??!!
-biskut

Tapi durian tak makan lagi la. Kekeke! Petang semalam motor ais krim mat kool lalu, aku hampir keluar rumah nak tahan motor tu, tapi bila fikir tekak sakit, terus tak jadi. Huhu!

Haritu gi SR, Qery order kek. Dia memang suka makanan yang aku tak suka. Tapi aku balun separuh. Nasib la bang. Sapa suruh order. Hikhik!
 

Kalau kat SR, aku suka order dua benda ni je.
 

Nasi thai, dengan sup tomyam dia. Perghhh...Terbaik!!


Pastu suruh Qery beli asikrim. Hehe! Aku tak suka ais krim ada susu. Sangatla tak feel. Ada coklat pun tak suka. Aku suka yang perisa buah-buah tu je.
 

Tapi dah Qery beli, aku bedal aje.
 

Si gemuk saya sedang gayut dengan perempuan lain. *sambil nangis*

Qery ni kan, dia jenis banyak berurusan dengan orang yang dia tak pernah jumpa pun. Kiranya dalam fon je la. Ada sorang tu makcik. Dia panggil Kak Nana. Haritu dia buat loudspeaker.

Kak Nana : Kak Nana tak pernah jumpa awak, tapi kenal dah bertahun-tahun.
Qery : Kak Nana jangan risau. saya hensem

OMG?? Apakah ini??

Kak Nana : Dah kawin ke?
Qery : Belum Kak Nana, saya ramai sangat awek kat sini. susah nak pilih.

Kak Nana tu orang Kelantan..

Kak Nana : Iyelah tu. Nanti nak kawin jemput lah Kak Nana, teringin jumpa awak.
Qery : Kak Nana pernah tengok Aaron Aziz kan. takde beza pun Kak Nana.

*pitammmmm*

Qery : Ok la Kak Nana, jangan lupa pos baju saya esok. Janji tau.
Kak Nana : Iye Kak Nana janji...

Euw..geli iolss..

S : Lepas ni tak payah buat loudspeaker please...
Q : Kenapa??
S : Tak ada apa....

Pelissssss laaa woiiii.....tanya lagi kenapa..meluat tahu?? huhu!

Nangis Aaron Aziz baca ni.

 p/s : tracking ni cek SINI

7 comments:

Vanessa Leah said...

Hahaha, cute je post ni. :)

♥nurul♥ said...

HAHAHA part saya hensem dgn aaron aziz tu xthn

Meg-ct said...

Qery silap bagi perumpamaan tuh... Patutnya Qery cakap "Kak Nana pernah tengok Hans Isac kan? Takde beza pun Kak Nana."

Hihihihihi....

Izzati Asyraf said...

lawak la qery..aaron aziz ke??SANGAT!! hahaha

DIEANA FIRDAUS said...

Cikgu qery mmg suke galas bag ek...
tgok sume gamba mesti xmiss galas bag...hehehe...but cute...

sharifah rosidah said...

Makan ni memang macam tu....aunty pun ada masa nak makan je....ada masa langsung tak ada selera....sila jangan pitam ya....konon tak selera kan tapi badan tetap gak tembun....mencik tau..

qery memang handsome....tapi langsung tak sama dengan aaron aziz ya....cakap dengan dia....

cik zu....ok lah kalau dia suka kawan dengan ahkak ahkak cer kalau dia suka kawan dengan gadis gadis.....hah caner tuh!

NenetPenne (NP) said...

lawak pulak si qery ni... selamba dia je kan..