Nov 24, 2012

Tiket wayang satu RM5 je?

 Weolls gi tengok wayang kat Taman Shamelin lagi tauuuu...Even aku menggelabah kata diri ini terlalu bizi sampai takde masa nak buat benda lain. Tapi tengok wayang adalah perlu. Sebab bagi aku tengok wayang ni ko boleh duduk dan relax. Masa ni lah nak rehat pun. Nanti balik rumah dah tak boleh rehat. Mesti nak kerja je jadinya. Ini pun lepas pos barang-barang customer. 

Haritu masa tengah buat-buat kerja dalam bilik. Mak aku masuk. Aku kan kalau kat rumah memang terperap je dalam bilik. Kalau boleh buat jeruk, dah lama mak aku jualkan. kekeke! Kebetulan aku tak kunci pintu, mak aku masuk la dengan perasaan pelik tengok bilik anak dara lantai bersepah dengan barang, wakakaka! Aku buat tak tau sambung buat kerja.

Dia tengok free gift untuk korang tu, kejap kang dia tanya.

'Ni apa Na?'
'Ni pulak untuk apa?'

Kalau aku macam tecari-cari barang, maklumlah bersepah kata tadi kan. 

'Cari apa? Cakap la mak boleh cari sekali'

Muahahahahaha!

Kalau tengah gunting, tetiba gunting terjatuh kat bawah kelam kabut mak amikkan balik.

Aku ni jenis kalau jual samting takde la sibuk nak cerita kat mak aku. Mak aku jarang tau aktiviti aku. Yang dia tau aku buat kerja dalam bilik sampai ke subuh.

Tiba-tiba dia nampak losyen Felinna berkotak-kotak. Lalu selamber je dia mengajukan soalan yang berbaur seperti ada niat......dot dot dot

'Na, kalau mak curi satu, ko perasan tak?'

(___________________________)

Itulaaaaaahhh tujuaaaaannnnnn maaaaaak dariii tadiii....muahahahaha!

Takde la..mak aku dah dapat losyen tu minggu lepas. Dia saja nak test sifat pemurah aku tahap mana lettew. Huhu!

  Eh tadi nak cite pasal lain kan. Heeee suka la lari dari topik sebenar. Kat One Shamelin kan tadi. Huhu! 

Ok sambung cerita. Dah alang-alang cite pontianak orang putih tu dah keluar, marilah kita tengok.
Aku naik tingkat 5 macam biasa. masa beli tiket, terkejut sebab tiket harga satu RM5 je.

Terfikir pulak harini hari apa kan. Rabu ke? Sekali supervisor yang comel tu belanja bagi tiket murah. Love sangat okey!! Semoga Aileeza ku sayang dimurahkan rezeki, dinaikkan pangkat, disayangai semua staff, disenangi semua orang. Aminnnnn... =)

TQ Aileeza. 

 Gambar kabur sebab Qery hanto MMS. saiz dia kecik pulak. Tak ngape.

 Qery dah macam pakai bra. Wakakakaka!

Motif snap dari atas, nak tunjuk hidung tak mancung ke apa ni????

Cite pontianak tu, seperti biasa. Aku suka Jacob. Bukan Edward tu. Sebab Jacob tu gelap. Me liokeeeeee sangat. Manisssss gittew. Tapi suka masa dia jadi manusia la. Masa jadi serigala i is seram sampi gigil-gigil.

Lelaki gelap memang menawan sangat!!
Erghhh tension!

Tension la okey, sekarang ni dah la ramai pulak pelakon omputih lelaki tak berapa putih. Tergugat Qery. *mata ke atas* Tapi kalau diberi pilihan antara Qery dengan Jacob. Aku rasa...aku akan buat solat istikharah jugak penyudahnya...

Okbye!

5 comments:

Shahada Fauzi said...

tiket wayang ke tiket sayang? :P

cik nur said...

hahahah btol tuh nur pun suka lelaki gelap menawan hehehe and ofcz suka gla kat jacob hensem aum aum hahaha

sharifah rosidah said...

Wah kemain hari ni sedondon je dengan qery.....cantiiik shawl yang dipakai.

Qery cer ko tengok gf ko tu....kemain sampai nak sembahyang istiKharah...tak pe Qery penyudah nya ko yang dapat..

cikji said...

ohooii mcm pakai bra? sentap qery kang hahahaha

Diari Maya said...

Entri ni buat akak tersenyum taw, terhibur baca.