Nov 13, 2012

Kisah : Aku sebuah buku nota

Aku dilahirkan di kilang, suatu hari, aku ditempatkan di sebuah kedai buku POPULAR. Setelah seminggu aku di situ, seorang pembeli yang comel, baik hati, menawan, persis artis *huhu* telah membeliku. Dia amat menyayangi ku sehingga membawa ku ke Hong Kong Disneyland.

 

Di sana, dia menggunakan aku untuk menulis aktiviti hariannya. Tulisannya amat cantik sekali. *pftttt* Sehinggalah suatu hari, apabila pulang ke Malaysia, Tuan ku menyimpan aku di dalam laci sehinggalah beberapa hari ini. Tuan aku menggunakan aku semula. 


Kali ini lebih banyak nombor yang diconteng di badanku. Beberapa hari selepas itu. Aku di simpan semula di dalam laci. Kerana??? Boifren tuan aku yang tak fun itu telah menghadiahkan tuan ku sebuah buku nota yang lebih gojes, menarik dan kedababom. Aku seperti tidak wujud lagi. Begitula cerita ku.

Amboi. baca sampai habis nampak. kahkahkahkah!!

Camni la, dipendekkan cerita. Aku beli buku tu semata-mata nak bawak gi HK sebab takde buku kecik nak tulis. Aku kan pelupa kalau berjalan. Jadinya aku beli note kecik senang masuk dalam poket. Setiap kali pergi mana-mana aku tulis dalam tu. Tapi tulisan iolls tidak la cantik seperti yang digembar gemburkan oleh buku nota itu *apakah??* haha!

Buku tu ada lebih kurang 50 helai muka surat. Aku guna masa gi HK tak lebih 10 helai. Jadi ada lebih banyaaakkk helai kan. Jangan lah kita membazir. 

Customer order kita tulis dalam ini saja. Lgipun aku suka buat kerja bila kertas tu lipat-lipat. Paham tak? Kan kalau buku baru dia macam takde lipat cantikkk je kan. Buku lama kan kalau ko selak pat ratus kali dia macam lipat2 sikit. Ha aku suka buku macam tu. Nampak la bizi sikit. Lepas tu senang nak selak. wakakakaaka!!


Kerana Qery tak sanggup tengok buku tu, dia telah diam-diam beli buku lain untuk aku.


Comel!!! Terus buku lama dicampak ke bawah kaki. amboi over sangat sampai bawah kaki ken.. hehe! Campak masuk beg je. Takde dalam laci seperti yang dicerita oleh buku tadi. lalalala~~

Selain itu, Qery juga membelikan aku....

A. kereta
B. rumah
C. tiket pergi balik istanbul 8 hr 7 mlm
D. casing phone

Fioneeee....


Nampak sangatkan jawapan dia D. Huhu!
 

Suka sangat kerana jarang aku beli barang warna purple. Jadi bila sesekali ada rasa syiok.

Lagi, kerana aku asik membebel takde bateri takde bateri. Fon abis bateri. Qery telah membeli ini.
 

Pakai time terdesak. Haritu keluar dari pagi smpai ke malam. Aku asik mesej customer sampai takde bateri. Nasib la ada charger ni. 


Tiba-tiba gambar yang di upload seperti takde kene mengena.
 

Sebab macam dah lama pulak iolls tak letak gambar syok sendiri ni. padahal tiap2 minggu ko letak kan. Kekeke~

Okeylah. Di saat ko membaca entry ini. Sekali lagi aku belum bangun. Pukul 10 jap lagi bangun la daku untuk meng-reply mesej-mesej korang ye.

Note!! *cea note ada 1 2 3, mcm la penting sangat*

1. Stok Felinna Inchloss habis sudah. Siapa yang bayar semalam kompom akan di pos Rabu. Sapa yang bayar harini, ada 2 botol sahaja lagi. Ikut la sapa yang bank in dulu aku pos rabu jugak. Sapa yang tak bernasib baik tu, aku pos Jumaat. Sebab stok Felinna Inchloss tu aku restock hari Khamis. 

2. Siapa beli 2 botol Felinna ke atas, start Khamis, akan dapat free gift dari aku. free gift tu rahsia ye. Beli dulu baru dapat. Wakakaka! Dan sekarang ni sapa beli Felinna Inchloss adalah FREE POSTAGE. Korang boleh order seperti biasa. Stok sampai Khamis. Insyaallah takde halangan kau pos Jumaat. Kalau ada halangan pos Sabtu la ye.

3. Siapa nak order Kyra Skirt boleh refer sini

4. BE + SNE + Tea masih lagi dijual.

5. Cukup la takde lagi pesanan.

3 comments:

natrah ismail said...

kte pun suka tulis aktiviti or planning kte dlm buku..rs mcm sistematik sikt..hihi

sharifah rosidah said...

Aunty walaupun ipad sentiasa ada dalam beg kalau pergi mana mana tapi tetap juga simpan buku nota kecik dalam beg...senang kalau pergi shopping atau kepasar senang nak catit berapa banyak aunty dah belanja...aunty ada buku nota sebelum ada internet sampai lah sekarang...dah terbisa kot.

Irfa said...

lawa pulak note merah ada smiley tu
boleh buat diary tahun depan
akak mmg penulis diary tegar