Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 5, 2012

Jasa guru memang dikenang sampai bila-bila kan =)

 Sorry la kalau aku asik cite pasal Qery je eh. Memang itu yang berlaku sejak azali blog ini ditubuhkan kan?? huhu!

Tadi aku belek fon Qery, tengok gambar. aku nak sentap sebab fon dia 90% gambar anak-anak murid dia.

Whatthefish??

Takpelah...Pasrah je. Huhu! Balik tu nak delete-delete gambar dia. *sambil nangis*

 

Gambar paling latest. Dia cakap dia sengaja ambik budak yag berisi baru nampak seakan-akan Psy.. Kecik hati sangat


Pastu aku nampak gambar ni

S : Ni kenapa??
Q : Haritu kita ajar seni, suruh budak-budak ni lukis gambar hantu yang comel.
S : Hehe! Memang comel.

 Aku harap anak murid dia bersabar la melayan cikgu dorang ni.

Dan macam biasa Qery dia ajar budak bola. Jadi pagi tadi dia terkejut dapat surat dari budak.


Bersungguh okey. Haha! Lawak pulak aku rasa. Bagus dapat captain macam ni.

S : Budak ni dapat main tak tadi?
Q : Dapat. Dah menang pun.
S : Bangga la dorang
Q : Bangga lagi cikgu dia.

See?? Haha!

Tadi aku bukak facebook Qery? Well..i memang tak fun suka bukak facebook boifren. Dah la terus cek kat mesej pulak tu. Dasar nak cari gaduh. Tapi hampa sebab yang mesej dia semua budak-budak bola. 





Sayang cikgu. Euw..huhu!


Komfom Qery bangga gila kan.

Haritu, dah lama dah cite ni. Akhir tahun lepas. Dia dapat mesej dari student dia. Apa lagi budak bola la.

Lepas dia baca terus air mata bergenang. Aku try baca mesej tu. Rupanya budak tu ucap terima kasih kat dia sebab pernah ajar dia main bola, ajar dia sampai pandai semua la ayat-ayat yang terharu gitu. Air mata bergenang? Sentimental jugak Qery ni. Iolls selalu buat Qery menangis di dalam hati je. Auw! Haha!

Semalam. Dapat mesej dari ex-student dia yang amik SPM. Beberapa jugak la student dia mesej. Mintak maafkan dorang, salah silap dorang, doakan dorang berjaya semua.

Dalam hati aku. Berapa tahun dah cikgu Kay tinggalkan korang. 5 tahun ada. Korang masih mintak maaf kat dia eh. Bagus betul murid macam ni.

Kepada adik-adik yang ambil SPM. Buatlah bersungguh-sungguh k. Kalau boleh mintak maaf kat semua cikgu yang pernah ajar korang. Mintak halalkan semua ilmu yang pernah dorang ajar. Banyakkan berdoa. Mintak parent doakan sekali. Aku dah 7 tahun tinggalkan SPM. Aku dah lepas. Hahaha!

Korang tu buat betul-betul ye. Apa-apa pun aku doakan korang semua berjaya!!
Amiiiiinnnnn....

8 comments:

Anne mahli said...

waaaa...bagusnya budak2 ni,tak mlupakan jasa gitu..kalau kita jadi qery pun msti bangga n tharu gila kan..hehehe

the-nnnana said...

Terharunya ada cikgu mcm ini... Mak ngan ayah org pun ckgu... All out utk murid2... Ayah and mak kata, kita all out untuk anak org, insyaAllah, cikgu lain all out utk anak kita plak... And dapat bantuan Allah... InsyaAllah, next generation Gbgn DNA korang ber2 msti berjaya jugak... Hehehe!

Cik Ija Ahmad said...

dah 7 tahun yek tinggalkan SPM. huu.. dlm sedor tak sedor tu..

anna hashim said...

qery kamu ni memang betul2 menjalankan amanah dia dia dengan sebaiknya..kamu patut bangga dengan qery ...hehhee iolls terharu baca bergenang2 airmata....
*tgn didada mata keatas sgt2...
hahahahahhaaaa...

Nur Liyana said...

sob sob sob... saya pon bergenang baca post ni.. besar jasa para pendidik ni.. huhuhu

Irfa said...

akak pulak yg terharu
mmg Qery ni cikgu yg baik sbb tu murid2 igt dia

sharifah rosidah said...

Beruntung anak2 murid qery...cikgu macam ni sekarang susah nak jumpa...memang qery sangat perihatin sebab tu anak2 murid sayang kan dia....alhamdulillah masih ada guru yang memang betul menjaga anak murid seperti anak sendiri.....sebagai menantu bekas guru aunty sangat berbangga dengan qery.

rahayu said...

Selamat menempuhi menjadi isteri seorang cikgu bola...dr balik sek sampai ke malam cerita pasal budak bola dia, masalah bola dia..bola,bola ,,..itulah yg akak rasa..tapi lama2 pikir nasib baik husband suka bola...kalau suka benda lain lagi susah...