Semalam update satu entry je. Nampak tak aku macam buat-buat bizi..nampak tak? huhu!
Ini cerita minggu lepas. baru blutut gambar dari Qery, jadinya baru boleh cerita.
Minggu lepas adalah kempen makan. Tak tau kenapa *padahal memang ko kejenye makan je*. Tapi aku bukan jenis yang nak makan berat-berat macam nasi ke apa. Aku tetiba je nak aiskrim la, nak auntie anne punya roti la, nak stick hot dog yang jual kat wayang tu la.
Padahal aku baru lepas makan KFC. Bela jin mungkin. Kat Jusco tu kan, KFC dengan Mekdi sebelah-sebelah. Lalu kat Mekdi nampak pulak kaunter kecik kat luar tu jual aiskrim. Nampak pulak gambar aiskirm yang ada milo bulat-bulat kat atas dia. Nak salahkan siapa ni? hihi...
Terus beratur. Qery jalan tak pandang belakang kan. Tau-tau aku takde. Tercari-cari dia. Lepas tu nampak aku tengah beratur beli aiskrim sambil geleng-geleng kepala. Nasiblah bang.
kasut baru kasut baru..huhu! |
Baju dari FemmeFashion2u
Beratur dengan penuh kesabaran di dada. Belakang aku ada anak orang ni, perempuan la. Sikit-sikit nak terlanggar aku. Kalau nak sign cakap je la kan. Perlu ke buat-buat terlanggar. *pitam* hahaha!
Bersiap sedia. Keluarkan duit dulu. Aku ni kelam kabut. Kalau time nak bayar baru nak keluarkan duit. Terabur duit aku. Aku tak boleh orang tunggu aku. Orang tunggu aku nak keluarkan duit pun aku dah kelam kabut. Rasa nak terbang-terbang duit tu. Pfftttt
Motif Qery ambik gambar ni, siap blutut sekali? Walaupun aku tau jawapannya. tapi baiklah aku simpan saja di dalam kolbu..
Kasut jalan yang Qery ada. Itu je la. Asik-asik pakai tu. Hehe! Kesian kasut kena curi ye bang. Nanti kerajaan dapat bonus kan. Harap dia beli kasut dia sendiri, dan kasut aku sekali. *tetiba* =P
Dapat je beli, pusing belakang kedai roti auntie anne pulak. Macam manaa ni??? huhu!
Sambung beratur kat situ pulak. Qery kali ni alert. Dia geleng kepala buat kali ke dua. Aku seperti biasa buat-buat takde perasaan.
Sambil makan aiskrim. Hew hew hew!
Kat auntie anne ni aku suka cinamon sugar dia. Panas-panas. Terbaik Hebat Terbaik!!
Eh selingan Felinna Inchloss boleh?? =P
Alah sikittttt je yeahhhh...
Semalam ambik stok lagi. Harap cukup la stok sampai harini. Tapi apakan daya....
Yang belakang tu je yang free stok. Ada dalam 12 gitu la. Jadi sapa yang belum bank in tu. Di minta berbuat demikian sementara stok masih ada. Hehe! Stok baru aku amik lagi hari Jumaat. Tapi pos Isnin la yeah. Aku adalah tak larat pulak nak pos hari-hari. Sakit pinggang daku..
Jadi siapa-siapa yang sanggup aku pos hari Isnin tu, boleh la order seperti biasa. Kalau korang mesej aku waktu pagi dah aku tak reply, maknanya aku tengah tidur. Nanti dah bangun terus balas mesej korang *dengan tak mandinya* kerana di saat korang membaca blog ini. Aku adalah masih tidur. Pepaham la tidur selepas subuh kan. Aku harap aku bangun paling awal adalah pukul 10. Paling lambat pukul 12. Wakakaka! Selamber cite bangun pukul 12. Nasib mak mertua tak de internet kat rumah. lalala~~
Korang jangan print pulak entry aku ni lalu menghantar surat layang ke rumah Qery. Memang ketidakadilan.
Soalan feveret korang kat aku..aku jawab kat sini, mana tau kot-kot ada orang nak tanya soalan sama kan.
1. Buatan mana?
Malaysia
2. Halal?
Ofkosss
3. Bahan-bahan selamat ke tidok?
Selamat dan mendapat lulusan KKM.
Ini belakang botol Felinna Inchloss yeah. Boleh la belek-belek kalau nak.
Seperti biasa sapa nak order, boleh berbuat demikian. Nak cuti panjang ni. Kalau ada yang balik kampung, boleh la belikan untuk mak abah. Hehe!
Harga seperti di atas
tambah rm5 untuk postage yeah.
Email : zack_uhana@yahoo.com / sepetsshop@gmail.com
wassap/mesej : 012 2678 134
Entry full Felinna Inchloss KLIK SINI
Kbye
5 comments:
uish macam tergoda pulak akak nak membelinya. nanti akak nak order jugak la. hihihihihihi
kamus hari ini.
blutut :)
igt kan kamu sampai berlulut depan qery sebab nak gambar2 tu semua..hahha
wow banyaknya.... good luck...
ada perasa milo plak ke??selalu makan mcflurry oreo je..nampak sangat dah lama tak melantak mcd ni..huhu..
aunty nak tanya rumah awak dengan rumah Qery dekat ke Cik Zu? Bukan apa aunty pelik juga sebab selalu keluar jalan2 dan makan2 bersama macam duduk sebelah menyebelah je rumah kamu.
Post a Comment