Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 11, 2012

Siapa makan cili, memang akan terasa pedasnya =P

Ekceli, apa sahaja entry kat dalam blog aku ni, aku tau ada yang copy paste, ada yang letak kat blog dia, then edit sikit. Aku tak kisah sangat. Kalau dah tak mampu nak fikir ayat untuk update blog sendiri. Mungkin itu sahaja alternative yang dia ada..

1. Copy
2. Edit
3. Publish

Its okey. Memang ada beberapa readers aku ada email bagitau pasal ni. Tapi aku jenis lantak kau lah.

Tapi lebih manis, kalau nak copy tu, nak edit sekalipun. Mintak la izin dulu ke. Iolls bukannya kedekuit sangat. Mana yang korang rasa nak share kat dalam blog engko.. ambik la aku tak suruh ko bayar pun.

Tapi agak melampau jugak, kalau copy satu-satu. Publish macam itu ko punya entry kan. Kalau berat sangat rasa nak nak mintak izin, malu sebab tak kenal ke apa ke. Atlease creditkan ke blog aku ke, sedap la sikit hati ni.

Nak update blog, nak orang baca blog ko, tapi takde inisiatif. Aku update blog bukan sekelip mata pandang laptop, terus terpampang 10 entry. Aku pun berfikir jugak. Dah kalau tak reti nak buat entry sendiri, tapi nak buat jugak blog, rajinkan la diri mintak izin.

Takkan la setiap kali entry aku nak tulis kat bawah tu, please no copy. Terus aku rasa malas nak update macam ni.

Nak dimarahkan, kang kata tak sayang. Dah besar, dah boleh fikir.

Takpe aku tulis sekali lagi pasal benda ni kot ada yang dah lupa.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di sepet's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada sepet's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAAN MULTIMEDIA 1998.

=)

Peringatan sahaja. Belum berniat nak saman menyaman sebab belum feeling diva *lantik sendiri* =P

Ops, benda ni pun terjadi kat Kak Di. Tapi Kak Di lagi ramai copy entry dan gambar dia sebab dia popular macam artis dah. hehe!

9 comments:

Khalilah MNor said...

Sabar ye sepet... Kebanyakan yg copy paste ni sbb diorang bukak blog tak tau nak tulis apa... Ikut trend blog semata, minat tak ada. Tak faham kesalahan pun ye jugak.

#peringatan mcm ni mmg selalu kena buat... setiap hari ada je yang baru menjinak diri dlm blogging. Perkembangan dunia blog yg sihat, tp aktiviti kureng sihat.

cikji said...

macam tu pun ada jugak. tak paham sungguh aku jenis yg suka copy entry orang nih.

Shahada Fauzi said...

betul cakap khalilh tu..kite sokong! semua yg jenis copy paste tu sekadar nak ikut trend berblogging je..tapi bukan reti ape pun..tah pape..sabar je la ye sepet..

sharifah rosidah said...

Apa punya orang la buat macam ni....keji betul perangai...tak malu agak nya...kalau tak pandai menulis jadi lah macam aunty ni...baca je..tak payah sibuk2 nak menulis...sebenar nya banyak benda yang aunty boleh cerita kalau ada blog....tapi mak pemalas you.

fiqkbe said...

baik la puan... :P

Vee Lea said...

Its annoying indeed. Kekadang ada jugak jumpa entry yg sama smpai tak tau sapa penulis original. Kesian kat penulis ori kalau kena bomb sbb men kopi dan pasta sedangkan dia punya entry yg dibuat kopi dan dimasak jadi pasta. Huahuahua.

mama chinta said...

sabar la sepet yer..tu dugaan sowang blogger... isk.. tak paham betoi spesies cenggini..lengkali nak buat blog sendiri pun pikir la apa jenis blog nak buat..cheta la psl diri sndiri ker *gasak la orang nak kata syok sendiri kan*..haha.. daripada dok cut n paste orang punya.. cam ntah hape-hape jer.. tu la maybe sy pun bkn jenis blogwalking tu yang tak penah jumpa lagi blog yang penciplak ni...hihi..sabar banyak k!

Zurina Hj.Zainal said...

laaa...ada gak yg buat cenggitu.....mmg diaorg ni fail la subject karangan...huh!

anna hashim said...

hahahahaha...sepet i boleh jadi lawyer kamu utk saman menyaman...