Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 1, 2012

Buang segala masalah dan terus menjadi happy

Aku sering mendapat email dari anon readers yang aku tak berapa nak kenal (tapi bila reply email dorang dan berborak macam dah sepuluh tahun tak jumpa. *geleng-geleng kepala dengan perangai sendiri*) bertanyakan soalan...

'sepet, saya tengok awak happy je, awak ni tak ada masalah ke?'
'macam mana nak jadi happy macam awak?'

Oh janganla memuji diriku ini *tetiba takde kene mengena*

Mana mungkin manusia tak punya masalah kan. Kalau nak bagitau satu dua tiga empat dan seterusnya masalah kat dalam blog. Aku yakin korang juga akan sama tambah sama =bersama-sama temankan aku berpeningan. Maafkan bahasa ittew.

Sangatla terang lagi bersuluh tipunya kalau aku kata aku tak ada masalah. Aku memang dirembeskan dari dunia untuk bahagia selamanya bersama anak kucing bernama moning dan bun sambil baring dan berlari di taman. Oh mana mungkin , cinderalla pun banyak masalah tau. *apakah*

Tapi jangan khuatir, aku bukan seorang yang kedekut *diri sendiri juga konfius dengan statement itu*. Jadi aku akan memberikan beberapa perangai yang aku sendiri tak akan duga itulah perangai aku ketika mempunyai masalah. Seperti kakak-kakak tiri cuba memakai kasut cinderella yang comel itu. *heeeee*

Perkara pertama yang kerap dilakukan *seperti kerap mempunyai masalah* adalah dengan snap muka sendiri secara dekat dan kalau boleh nampakkan juga liang pori-pori sekali. Lalu MMS kepada boifren. Perkara ini kerap berlaku. Jadi kerana ianya kerap berlaku, teman lelaki kerap juga menutup mobile data lalu MMS memang tidak dibenarkan masuk sama sekali. Sampainya hati

gambar ihsan dari google. *tolongla percaya*




Jangan risau jika tak mempunyai teman lelaki. Mari saya pinjamkan kamu. *ok tak klaka*. Selain boleh hantar MMS ke teman lelaki. Boleh juga dihantar ke mana-mana rakan taulan, mahupun ahli keluarga. Cuma pastikan mereka tidak aktif facebook mahupun blog. mahupun twitter mahupun myspace dan juga friendster. Rangkain lain tidak mengapa kerana tidak begitu popular. Jika mereka aktif, mungkin makin bertambah masalah yang akan anda hadapi selepas itu.


Selain itu, jika aku mempuyai masalah. Aku akan membuka lagu Nsync berjudul cry me a river. Tak tau mengapa ini terjadi. Bagi mereka yang tidak meminati Justin, aku sarankan mendengar lagu dari Shila Hamzah. *support artis Malaysia secara tak sengaja*

Kadang2 mula sedar kelakuan itu tiada faedahnya.

Jadi, jika ditimpa masalah dan rasa bersalah ingin melakukan tugasan di atas *macam assignment pulak* Jangan malu-malu untuk memasak. Kalau masakan tidak beberapa kena dengan tekak masterchef. Boleh sedekah kepada kucing aku si moning. Ataupun kalau tekak moning juga tak dapat menerimanya,jangan berkecil hati. marilah beri kepada aku, kerana tekak aku tiada bezanya dengan tong sampah.

Selalunya, cara-cara di atas memang tidak berkesan untuk menyelesaikan masalah aku.Tips di atas memang tiada gunanya. Kerana masalah tetap masalah.

Dengan memasak sambal goreng paling sedap didunia sekalipun tidak mungkin boleh menyelesaikan masalah. Melainkan masalah lapar.

Jadi, kalau ada masalah. Jangan sebarkan di dalam facebook. Mahupun twitter. Mahupun blog, mahupun myspace, mahupun freindster. Jika di rangkaian lain tidak mengapa. Tau kan sebabnya. hihihi...

Bila korang habis baca blog ni pun belum tentu boleh menyelesaikan masalah.

Ok. Sekarang semua orang boleh bersurai.

5 comments:

Rina Ellisa said...

yup betul tu kak.. kalo ade msalah, jgn sebarkan kt fb,twtr,blog ke.. Lain jdi nye nti.. huhuhu :P

cikji said...

happy go luckly :)

sharifah rosidah said...

Setuju..tak payah lah nak tulis segala mala masalah kat FB...bukan orang nak tolong menyelesai kan pun...kalau baca tu sebab nak busy body hal orang je...masalah nya kita kena selesai kan sendiri juga.

sepet a.k.a zack_u said...

Rina Ellisa : Tu la kan. Kalau sebarkan boleh hilang masalah tu takpe la jugak. hihi!

cikji : happy tu iye, lucky tu tak berapa sangat. huhu!

sharifah rosidah : kann..setuju cakap aunty 200%

Krisz Hanna said...

betul2 setuju sesangat. kalu dilayan masalah tu, buat sakit kepala je kan.kalu post problem kat fb pun, org akan like cm la benda tu best je kan. hehehe xsettle juga rite...

sepet nak promote jap hehehe
http://kriszhanna.blogspot.com/