Maaflah harini banyak pulak entry, mungkin excited sebab first time pakai eye liner tu. *terimalah alasan ini*
Balik dari rumah Ceera, Qery hantar aku balik rumah kejap. Sebab aku tak tahan nak membuang. Sedih.
Lagipun Qery ada hal kejap. Kejap jeeeee. 7.40 ambik aku balik. Hehe! Sebab aku nak makan. Ngade. Masak je la engko ni.
Takpe kita upah je tukang masak kat restoren bidor ni masakkan nasi lemak rendang ayam untuk aku. Dasar...
Aku suka makan kat sini sebab dia ada air pop pop pop tu. Meletup-letup dalam mulut. Qery kata dia ngilu minum air yang ada pop pop.
Tapi dia order air yang ada pop jugak. Apakah aku perlu percaya kata-kata dia selepas ini??
Heaven sangat la air ni. Sampai sekarang teringat-ingat lagi.
Aku syak, Qery kan minat K-pop. Dia tak kisah apa sahaja yang ada bunyi seperti k-pop dia akan suka. Walaupun ngilu. harap teori reka sendiri ni benar la. Huhu!
Nasi lemak. Selalu orang makan pagi je nasi lemak. Tapi aku bangun pun tengah hari. Jadi malam je la kita makan nasi lemak. Aku sekarang kuat makan tau. Qery tengok aku makan nasi sambil bertanya soalan..
Q : Petang tadi tak makan nasi lagi eh?
S : Dah makan, sekarang ni memang kuat makan la
Q : Sejak bila?
S : Sejak kamu bizi.
Q : *senyum tak kata apa2* Terima Kasih laa...
*itu je alasan yang aku boleh fikirkan tatkala itu*
Suka makan kuah laksa jeeeeee perangai apakah?
Dah makan, semua RM25. Jom la kita balik ke rumah. Aku je balik. Qery pegi sekolah siapkan assignment dengan kawan dia. Kesiann..huhu!
Okey habislah cerita untuk hari semalam.
Goodnyte!!
9 comments:
kite terliur tengok laksa qery kamu makan tu..*hantu laksa* :P
tu macam pop pop yg topping kat tutti frutti tu ke??
Air pop pop...masa minum air tu meletup letup ke apa...cer citer sikit....perasa apa?
Elok lah kuat makan....awak bukan nya gemuk...kerempeng je aunty tengok....biar lah berisi sikit...sikit je tau.
Shahada Fauzi : Laksa dia memang sedappp sangaaaattt... kuah dia..amboi...terasa2 lagi kat lidah ni...
::cik asha:: Haah, tapi bila masuk dalam air ni, lagi heaven rasanya. Terbaik sangat!
sharifah rosidah : Aunty, pop tu yang bulat2 tu, bila aunty gigit dia, dia meletup dalam mulut tau. Try la, kat tutti fruity ada. Aunty ajak anak aunty gi sana. Besttttttt!!
sis!! kat mana tmpt ni? cam best je
dapnya air pop pop pop warna warniiii..hehehe cantik je kedai tu,deco ala rumah kmpg.. :)
ArsheedA : Dekat dengan bukit cheras. tak ingat la kena tanya Qery
Anne mahli : haah. cantik. Pernah masuk jalan2 cari makan. =)
Ok kat bukit tinggi ada tutti fruiti....nak ajak anak aunty gi situ....terima kasih sebab bagitahu aunty.
untong la...ada abang kpop yang suka bawak pegi makan... :P
Post a Comment