nuffnang

Jan 17, 2018

Sepet Jalan-Jalan : Penang Part 1 (Homestay Nuhayra)

Bercuti ke Penang ni sebenarnya memang secara tiba-tiba. Tak plan apa pun sebab minggu tu Qery cakap sekolah dia ada merentas desa. Tetiba 3 hari sebelum jalan tu dia wasap bagitau merentas desa tukar tarikh buat Jumaat depan. Pastu ajak jalan-jalan pergi Penang. 

Aku kan tak pernah gi Penang, so excited lebih la kan. Kebetulan memang kenal kawan (kawan kat blog) ada homestay area Bertam. Terus contact beliau tanya masih kosong lagi ke tak. Huhu! Orang kata dah rejekiiii nak jejak Penang tu tak kemana. Ewah, hahaha! Ada pulak kosongnya. Punyalah happy sebab tengok kat instagram memang cantik nau nau rumahnya.

Aku bertolak dari KL lepas solat Jumaat. Itupun pukul 4 baru dapat keluar dari area rumah. Qery time tu la dia nak singgah ambik baju kat dobi pun. Mak urut dada je mengenangkan. Hahaha!

Kebetulan hari Jumaat tu, seharian hujan dari KL sampai Penang. Memang tak boleh bawak laju la. Dengan bebudak ni pepahamlah dalam kereta macam-macam perangai pun. Huhu! Kitorang benti-benti jugak la. Benti buang air, pastu benti Qery mengantuk sangat, dia lelap 10minit sebab ngantuk sangat drive dalam hujan. Huhu!

Kitorang sampai Penang pukul 9.30 malam. Memang tak kemana la malam tu. Keluar pun area rumah je sebab nak makan. Lepas tu balik rumah tidur.

Sampai homestay, aku ada ambik instastory. Eh kemain ramai lagi dm tanya kat mana sebab cantik sangat. Okay la, entry kali ni kita tunjuk kat korang homestay yang aku tinggal selama 3H2M ni ye. Memang cantik weiii tak tipu. Qery jarang dia puji rumah orang, hahaha! Dia cakap puas hati la homestay cantik, rumah bersih, lantai licin, complete. 

Meh aku tunjuk kat korang ye. 

Sebelum tu tunjuk gambar kami dulu, haha!


Ruang tamu.

Cantik sangat kot. 



Ha yang kat atas ni area hall. Memang bersih dan cantik sangat.

Then nak bagitau korang, bilik ada 3. Semua size queen tau. Then setiap bilik ada aircond. Setiap bilik ada telekung dan alQuran, setiap bilik ada bilik air, cuma bilik ke tiga, bilik air dia kat luar. Ala ko bukak pintu bilik terus pintu bilik air, sebelah-sebelah je. Huhu! Towel pulak setiap bilik ada dua helai.

 Bilik utama. Besar biliknya, bawah tu nak tidur 3 4 orang pun masih boleh. Huhu!

Bilik ke-2. 

Bilik ketiga.

Bilik air.

Okay, dapur dia memang complete ever. Hahaha! Aku nak mencari bekas besar sikit nk mandikan Yurika. Bukak kabinet dia OMG complete semua ada. 





Best kannnn... Okaylah aku tulis sini terus kalau korang nak tau details homestay.
 
landed house (semi-D)
3 bed rooms (queen bed + fully aircond)
3 bath rooms
kitchen for cooking
microwave
water heater
freezer
iron
tv complete with unifi
telekung, sejadah & quran (every bed room)
towels (every bed room)
free coffee, tea & sugar
.
What more exciting??
📣 2 mins to laudry bars, 7e, mosque, bank & atm machines
📣 3 mins to tesco, kfc and pizza hut .
📣 5 mins mcd, secret resepi, old town, dominos pizza & others restaurant

Nuhayra Place
No 14, Lintang Bertam Indah 11
Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
 SMS@Whatapp : Baha-0193668905; Shikin-0192668905
Klik : Facebook
Klik : Instagram

Ini bukan entry berbayar tau. Kalau benda best memang kena share. Hihi!

Lagi sekali gambar kenangan dengan owner homestay Shikin n Suami.

 Habis dah cerita pasal homestay.

Next kita cerita jalan-jalan pulau lima beranak pulak ye.