Followers

nuffnang

Jan 31, 2012

Last Day Promotion :)



Yang merah tu dah sold :) boleh pilih warna lain..



Jangan lupa singgah Sepet Shop :)

P/S: Adorable Muslimah pun ada buat contest, harini last untuk join, hadiah tersangatlah menarik..beg ori okey...kalau kau mampu tak pe lah, kalau tak mampu macam aku boleh la join..hehe! K bye!

Saya Paling Suke Kak Lya Mekapkan... :)

Semua orang ada masing-masing punye feveret mekap arits kan, macam muka aku...sebenarnye muka aku ni susah sangat nak mekap...kerana,

1 - Muka aku jenis tak makan mekap, maksudnye..sekejap kalau aku mekapm 5 minit je tahan..lepas tu macam hantu kak limah, tak boleh feeling diva lama-lama.. 5 minit je..hehe!

2 - Kening tak berapa nak tersusun *berterabur* , bukan sebab masalah period ye, memang kalau tak period pun kening aku berterabur, lepas tu jenis tak tebal sangat..

3 - Mata aku sepet, dah la sepet, tak ada kelopak, pulak tu bulu mata tak melentik, memang payah sangat... kalau salah calit..memang nampak macam cina bukit + opera cina, tsk

4 - hidung kemek, kawan-kawan aku kata hidung aku ni kecik macam buah cermai...sentap sangat, huhu!

5 - bibir tak lawa sangat, tak mugil..bibir kalau halus tu baru la nampak vas kan..

6 - pipi tembam..ini memang tak boleh tolong dah..

Tapi paling-paling banyak yang paling susah memang kat mata...aku pulak jenis tak suka orang mekap terlalu tebal, kalau nampak tebal sangat, muka aku yang ayu-ayu ni (hehe) boleh bertukar jadi maknyah okey..

Tapi selalunye mekap yang paling tak mengecewakan adalah mekap dari Kak Lya..Kejap aku upload gambar yang pernah Kak Lya mekapkan :)

Kepada model-model di bawah, kalau tak suka gambar korang di publish, email saya, saya removekan :)


Gambar bawah ni sebelum..

 

 Dan bawah ni Selepas..


Cantikkan, suka sangat tengok dia, sangat lembut je muka..bawah ni pun sebelum dan selepas..



Cantik sangat..nampak ayu je...sebab bagi aku kalau kita jadi pengantin, mesti kita nak nampak ayu kan..takkan nak nampak garang..garang tak sesuai..



Ni memang terus boleh feeling artis...hehe! Sukeeee :)



Yang ni pulak terus feeling acha septriasa..hahaha!



Memang umphhh sangat...



Comelkan...sejuk mata suami memandang..hikhik!



Aku harap kalau aku kawen nanti dapat lah aku secantik ni.. *ada hati*

Muka-muka aku yang telah disolek oleh Kak Lya, cewah nak jugak...


Walaupun muka aku tak secantik korang, tapi aku rasa ini pun dah paling cantik..nak harap aku mekap sendiri, dulu2 aku pernah kena mekap masa dinner kat kolej, sebijik maknyah, pulak tu nampak aku gemok (ke dulu memang gemok tapi tak boleh terime kenyataan) haha! entahlah..


Kalau korang rasa berkenan dengan mekap Kak Lya, boleh la pegi add dia kat facebook :)

Atau boleh datang ke blog dia --> http://ltouch.blogspot.com/

P/S : Promosi Sepet Shop tinggal harini je..sapa yang bank in esok harga sudah lain.. :) Okey bye!

Jan 30, 2012

Nak delete kawan kat facebook pun nak bagitau..

Kelakarkan, aku sebenarnye tak paham sangat dengan jenis orang yang nak delete-delete kawan kat facebook ni, bukan apa....siap nak announce bagai..kalau ko tak kenal lepas tu ko nak delete tu boleh tahan lagi la, paham la aku ko nak privacy ke apa kan..tapi paling aku tak tahan ayat sorang ni..ayat dia lebih kurang macam ni lah..


'saya tak sombong, walaupun korang kawan saya time sekolah rendah, add saya tapi tak tegur buat apa kan? baik saya delete je, saya dah delete pun, and i'm welcoming my new friend'

like wat the?

Diva ke ko kalau setiap kali orang add dan kena tegur kau? Artis ke? bagi aku, tak kisah la kalau dia nak add kau sebab dia anggap ko kawan dia, kalau ko rasa tak nak kawan dia dulu buat apa ko approve? gatal nak ramaikan friends lepas tu bajet ohsem bila delete kawan dan announce kat semua orang, bajet sangatlah..

paling tak tahan macam semua yang add ko wajib kena tegur ko..eh? gila ke? cuba la ko bayangkan, ko add artis, lepass tu ko tak tegur dia sebab ko just nak tau perkembangan dia atau suka tengok muka dia ke watever lah, lepas tu artis tu keluarkan statement nak delete orang-orang yang tak tegur dia..apa perasan ko? kalau artis tak pela sebab dia memang artis, memang feeling artis nak cakap macam tu..habis ko?

Orang macam ni aku rasa dia kurang matang je, macam anak buah aku...kejap nak kawan kejap tak nak kawan.. kalau nak delete orang tu, delete je senyap-senyap tak payah nak announce sangatlah, bangga sangat eh delete orang..

eh tiba2 aku yang emosi kan..hahaha! Bukan apa noks, aku tak suka la sikit-sikit sikit delete, tak nak tegur delete, kalau rasa tak nak kawan... dari dulu tak payah approve la, saja la tu nak propa kat facebook, nak orang tanye 'kenape kenape, siape siape'. kecuali lah kalau orang tu cari pasal dengan kau.. itu memang la kau wajib delete.. tapi delete sebab dia tak tegur kau...itu aku rasa macam 'apa la budak ni meroyan sendiri nihhh'

Okey lah, aku pun macam dah meroyan jugak ni...haha! Okey lah bai!

Jan 29, 2012

I'm Getting Fat, Seriously!

Dah habis tengok AJL? Ha camne keputusan dia? Puas hati ke tidok? Aku minat  Awie dengan Jamal je yang mula-mula persembahan tu, lepas tu Hazama, Black dengan lagi sorang tu tak ingat nama noks, sorry..Lan eh? huhu! Yang lain so so je la.. Paling hebat pun Beribu Sesalan..tapi telinga kita lain-lain kan..kat telinga aku sedap kat telinga kau tak sedap..lantak lah..

Aku sekarang ni rasa down gila sebab berat badan dah naik, kau tahu aku timbang selalunye 46 47 macam tu lah, baru2 ni timbang naik sampai 49, shit! terus stress, 2 hari makan sup...2 hari je la..haha! Benci, ni semua salah hormon, tiba2 nak makan nasi je..tak suka langsung..


Ada jugak la aku rasa perut dah naik, belakang pun dah naik sikit, mana-mana pun ada rasa naik jugak la..aku amik gambar untuk Sepet Shop pun dah kelaut, dah tak vas vas (macam la before ni kau vas sangat)


Aku ni haritu kata nak amik model untuk Sepet Shop kan, aku dah pilih dah sebenarnye, bila call-call tak dapat, mesej tak jawab..ha cane tu? Lepas tu takkan nak main sebat je sapa-sapa kan.. Pulak tu ada yang email aku kalau aku tak jadi model Sepet Shop dorang tak nak bukak blog aku dah...sentap mak nak..jangan la macam tu kan..huhu!


Dorang kata kalau bukak blog Sepet Shop nampak orang lain, eh kan dah tak Sepet lagi..sukee tau buat i nerves...kalau macam tu terpaksa la pulak aku cari perempuan sepet jugak, ada tak yang korang kenal yang muka macam aku, Zahnita? Siti Nurhaliza? Ops Ops..haha! Perasan sungguh!


Kalau korang tengok gambar aku kat Sepet Shop semua fat-fat belaka, serius aku tak de mood..tapi aku takde la edit ke apa, kalau yang nampak gemok tu aku redha je..haha!


Kalau nak tengok banyak beg lagi boleh ke Sepet Shop... :)

Kenapa blog c33ram00n tak boleh bukak?

Sebagai adik yang prihatin, ewah...haha! Dan2 tu prihatin, sangatlah menipu... sebenarnye Ceera tengah makeup blog dia, jadi buat masa ni korang tak boleh la tengok blog dia, sikit jam nanti dah siap baru boleh ehhh...sekarang tengok blog aku je la...walaupun...hahaha!

Bukan sebab dia nak private ke apa, pompuan tu nak private? aku yang pengsan dulu.. tak mungkin hokey, dia tu blogger tegar *sikit lagi nak dapat gelaran diva,kahkahkah!* tak mungkin itu akan berlaku..
Korang takyah risau-risau k, atau korang sebenarnye kepochi kan..haha! macam aku jugak semua pun nak tahu..lalalalala~~

Macam mana aku boleh tau? Sebab Ceera ada kat rumah aku ni haaa...tengah gosip-gosip..biaselahhh..
artis kate ko...hahaha!

Jangan lupa singgah blog baru Qery *url je baru, propa lebih*
(dia bayar aku suruh promote, ko ingat sebab dia boifren dia dapat free? kem salam..toilet pun bayar 20sen, toilet mak aku je tak..)
Satu lagi singgah Sepet Shop, tinggal 3 hari je harga promosi.. :)

Bila Ceera nak bukak balik blog dia? ko cube la pat ratus kali..kalau boleh tu alhamdulillah la, kalau tak boleh silalah cuba lagi...kbai!

Jan 28, 2012

Aku sebenarnye malas..

Sejak dah berumahtangga selalu balik lewat ni, aku malas gila nak update, mood malas ni biase je datang, tak heran sangat dah, tapi Qery bising macam makcik2 suruh aku update jugak.. membebel je keje orang tua tu.. tak tahan telinga aku mendengarnye..

Ha Qery dah tukar URL blog dia,*itu pun suruh akuuuuu jugak yang buat...hoih*

----> http://k-rukawa.blogspot.com

mula-mula dia nak buat kaederukawa sama macam kat facebook dia, tapi tak boleh sebab dah ada orang buat kot. dia kata tak syiok la letak nama sebenar, bajet ohsem sangat la tu nak identiti dirahsiakan.. pui..lepas tu mintak tolong aku announce kat blog, bernas betul idea dia.. #TDDMKA

Dah la kat blog dia asik kutuk aku je, cakap aku memanje sangat lah, hello? takkan lah korang nak percaya aku ni manja kan? *mata ke atas* .

Tadi dah la cederakan aku.. aku ni kalau dengar radio mesti la dengar kuat-kuat kan, dia jenis yang tak nak dengar kuat sangat, volume tu 3 pun dia dah okey, asalkan dengar sikit2 jadilah.. lepas tu dah gaduh kejap aku kuatkan kejap dia pelankan.. stress..masa aku nak kuatkan tu dia tepis-tepis tangan aku, dah la pakai jam belah kiri, jam besi pulak, terkena aku punye lengan yang mulus ni, habis calar, sikit lagi nak darah *drama*..

Hishhhhhhhhh!! Ko tak tekanan ke? dah la dah cederakan aku, buat muka tak bersalah, lepas tu siap cakap aku ni kasar...eh? siapa yang tercalar sekarang, ewah tercalar..haha! tak kisah lah kan.. pastu dia yang merajuk, cakap aku dah berubah dah tak sayang...perghhhhhhh!!! terbaiklah punyeeee lakonan..akuuuuu jugak yang kena pujuk...hew hew hew, nasib la dapat awek yang gagah perkasa ni.. silap aribulan kang penampar ini makannye...

Bosankan..gaduh pun sebab yang entah pape, sebab nak dengar radio je.. dah takde modal..boring boring..


memang selalu je pun gaduh, tapi 5 minit je lah...pastu 5 minit baik, sambung gaduh lagi..hew hew hew


tapi kan, cakap dengan dia tu..kadang2 memang macam cakap sorang-sorang, aku membebel dengan bersemangat, langsung takde respon.. last-last haku jugak yang tekanan...

Okey bebeh, lets cry! haha!

p/s: Eh lupa nak bgtau, kalau nak join contest dan menang *hadiah dia best woo tak tipu punye, boleh KLIK SINI! ---> Adorable Muslimah

Jan 25, 2012

Buat masa ni ayam bukan makanan kegemaran..

Disebabkan Selasa aku tak oncall, maka aku telah merancang untuk dating kerana setelah sekian lamanya tak dating, idea yang sangat bernas bukan? dating bagi aku adalah keluar rumah dengan mekap..hew hew hew... Sebab selama ni memang pemalas lipas nak pakai mekap, jadi Qery adalah sedikit sebanyak komplain kata muka aku suram....

Q : Kamu dah berapa lama tak pakai mekap?
S : Erm, nanti kita pakai lipstik eh...
Q : Tak maksud kita mekap, lipstik, yang warna-warna kat mata, pemerah pipi..
S : Oh, pemerah pipi tak payah sebab muka kita akan merah kalau kena panas, pedas dengan malu. (muka konfiden sebab bajet gila lepas pakai TABITA hahaha)
Q : (tangan didada mata keatas)

Jadi semalam aku pakai mekap, itu pun pakai foundation, eye brow, maskara, lipstik, okey lah tu... Lepas tu masuk-masuk kereta Qery tengok muka aku, dia nak cakap cantik lah tu..tapi dia senyum-senyum je, macam la aku tak tau kan.. kahkahkah! Bila dia tak cakap aku cantik, mulalah aku tak puas hati..biasa lah..perempuannn....

S : Muka kita macam makcik-makcik kan (ceaaaa..ayat pancing)
Q : Tak lah, cantik je... (akhirnyaaa...haha)
S : Yela la..kita tau la cantik, maksud kita macam makcik2 yang cantik...kan?
Q : Iyek.....

Sukeeee, walaupun dia cakap macam keadaan terpaksa...tapi aku tak kisah...huhu! Kitorang keluar dalam pukul 11 lebih macam tu, terus plan pegi Mid, mak aku lagi best..sebelum nak keluar rumah tu aku kiss pipi dia dulu kan, dia buat muka pelik sambil cakap..

Mak : Eh, semalam kata nak benti kerja...harini nak kerja lagi?
Aku : Tak la, semalam kata nak benti..harini nak keluar dating... *mak nak ikut ke?* (cakap dalam hati je..huahuahua)

Sampai-sampai mid nak cari parking memang puaka sangat, padahal aku rasa KL ni lengang je...tapi kan, kalau nak tau berapa ramai je orang KL ni sebenarnye adalah time raya, erghh...kalau ada pun yang tinggal adalah mat bangla jual karpet, mamak teo o onne,negro kat konot, indon lorong haji taib..erk..huhu! Nak cari parking memang macam bercinta, nasib baik mood dating ada mari (sebab pakai mekap).

Perut pulak ngam-ngam lapar je bila masuk Mid, cari-cari tempat makan, aku tak kisah sangat sebab aku semua pun boleh masuk, tolak kayu dengan batu dengan besi dengan timun masin (aku tak suka) hehe! Pastu Qery tiba-tiba mengidam Nando's, aku tak suka sangat, tapi layankan je. Aku ni kurang sikit la makan benda-benda macam ni, KFC, MacD, Burger King, Carl Junior (ni ke ejaan dia), aku tak minat sangat, aku lagi suka makan kat food court sebab ada macam-macam pilihan, tapi Qery dia bajet artis tak suka makan tempat yang pek. Terpaksa la aku pun feeling artis sekali..makan kat tempat yang tak berapa nak ramai..kebetulan time tu Nandos tak ramai orang, so boleh la..


Erm, biase je makanan kat sini, alah sebab dia ayam je, rasa ayam kan sama je, kau masak ayam kat rumah pun macam tu jugak rasa dia, sedap lagi kentang yang aku goreng (pernah ke masak, haha) salad tu beli je kat pasaraya, sos dia pun beli je, sos KFC tu lagi sedap. Tekak aku tak boleh sangat la peri-peri ni, pedas dia tak ikut selera aku, maklumla aku orang kampung, pedas sambal belacan aku boleh la telan..


Paling sedap adalah air dia..


Korang takyah tengok aku mekap, karang korang kutuk sentap mak nak, sebenarnya tak cantik mana pun, aku kan suka up diri sendiri, suka cakap diri sendiri cantik la apa lah..haha! Alah Qery kata cantik tu dah cukup la tu kan..


Tak habis-habis dengan camera dia tu..last2 aku jugak yang snap gambar pakai camera cokia aku ni...


Telefon ni memang yang paling aku sayang sampai bila2, telefon pertama yang Qery belikan..pernah fon ni tertinggal dalam taxi, korang tau aku kejar taxi tu...hahaha! Lucky taxi tu stop sebab lampu merah... Kalau tak nangis tak berlagu la aku...


Yang pink tu fon aku, pengsan kan sebab warna pink..haha! Qery lah..aku cakap kat dia belikan warna kuning sebab aku selalu kalut cari fon dalam beg, yela selalu casing aku mesti warna hitam, dalam beg dah la gelap, selalu cari mesti tak jumpa, lepas tu gabra..Dia kata ada warna merah dengan pink je. Mula-mula Qery kata dia nak warna pink, tapi dia cakap nanti kawan-kawan dia nganjing dia, so dia tukar fikiran amik merah..Pink pun pink lah..comel jugak..


Ha samakan fon kami...kuikuikui! Tiba2 cite pasal fon, tak paham kan, dah sebab snap gambar fon.. Lepas makan tu kitorang jalan-jalan je kat Mid sementara nak tunggu pukul 4, sebab pukul 4.40 kitorang dah beli tiket wayang cite Awakening kat Jusco Balakong..

Cite tu boleh la...cite pontianak, walapun mengarut, tapi orang tetap nak tengok, takde pulak orang bising2 komen pasal moral ke apa ke kan..Cer cite melayu buat mengarut2, ada je tukang komplainnye.. Tapi aku tak suka la makcik2 yang nak tengok cite 18SX bawak anak dorang yang bawah 18, tak suka bukan sebab apa, sebab dorang yang bawah 18 ni bukan boleh fikir sangat, takut dorang tiru aksi-aksi ganas pakai pisau semua..orang yang kerja kat wayang ni pun bagi je masuk. tak paham haku...

Balik-balik tu badan dah penat, memang dah macam makcik2 je tenaga aku ni... sikit2 penat, sebenarnye bukan penat la, lebih kepada mengantuk...rasa macam nak tidur je.. Sampai2 rumah tengok mak aku pun baru balik lepas shopping barang dapur kat Jusco dengan The Mines...amboi mak aku ni..sihat ke? hahaha! mak aku beli periuk masak nasi tu, kecik je, comel sangat, sebab dia kata yang nak makan nasi mak dengan abah je, tak payah la pakai periuk besar tu...Bapak aku ni dia tak ikut, dia pesan kat mak aku suruh beli kasut je..

Abah : Na, emak claim duit kasut kat abah la..kalau abah suruh kau beli takde pun kena claim..
Emak : Eh abang yang kata nak ganti balik duit Has..

Haha! Bapak aku memang, kalau suruh aku belikan kasut dia senyum-senyum je..lepas tu dapat la kasut, alah berapa hinggit je kasut bapak aku tu kan..daripada dia tanggung aku dari kecik sampai sekarang..tak terbalas...

Banyak jugak mak aku beli...sayur buah penuh peti ais rumah aku tu...peti ais dah la besar..

Aku : Emak ni tinggal dua orang pun penuh peti ais tu..hehe!
Emak : Mak ni jarang keluar shopping, tapi kalau dah pergi tu, rasa semuanya mak nak bawak balik..
Aku : Haah, mak bawak balik pasaraya pun boleh je, muat kereta tu... (tangan didada mata keatas)
Emak : Hahaha

Lepas tu syok-syok sembang kencang, terus aku dengan mak bukak TV3 sebab ada cite Vanila Coklat, aku suka tengok Izara Aishah dengan sapa eh laki tu nama dia, comel sangat dorang berlakon.. tapi nak menunggu hari Selasa tu...macam nak tunggu dapat gaji...tsk tsk tsk

Jangan lupa, tinggal beberapa je beg kat Sepet Shop dengan harga promosi :)

Jan 24, 2012

Buat Panggilan dan Menang! hanya dengan CELCOM!

Hello guys! Lupa nak bagitau uols,

Celcom adalah sangat baik hati nak bagi hadiah kat pelanggannyeeee, hanya melalui Kempen Talk-A-Thon yang bermula dari 5.12.2011 sampailah 31.3.2012 ni..sempat lagi nak menang ni..


Senang je caranye, korang kena call lebih dari previous month, contohnye, bulan lepas kau call 10 kali, so bulan ni atleast kena tambah lagi 3 panggilan untuk ko layak menang, the very the easy to participate kan..

Kalau menang boleh dapat hadiah Vespa LX150 yang mana ada 6 color yang berlainan, values at RM10,988.15. Perghhhhh!! Kau mampu? kalau tak mampu marilah kita kol banyak-banyak dan cakap cakap cakap, lebih mudah dari nak kumpul duit sehingga 10 ribu itew..hehe!
different colours, valued at RM10,988.15.

Piaggio Vespa LX 150
(tak tau warna apa yang ada, ini gambar ihsan dari encik google..hehehe)

To-date, 46 winners were identified nationwide and few winners who are able to make it today will receive an exclusive Vespa LX150. JBukan tu sahaja, masih ada lagi 74 peluang untuk pelanggan Celcom memenangi Vespa LX150 setiap hari dari bulan Januari sehingga March 2012! Customers stand double the chance to win this exclusive and trendy Vespa LX150, as they make a call to wish their friends and family during the up-coming Chinese New Year. Winners will be identified and announced on Celcom’s website

Kalau korang macam was-was berapa kali dah korang dah call, boleh dial *128#

Atau korang nak tau detail boleh pegi lama web ni ---> www.celcom.com.my
atau tak puas hati lagi, boleh call Celcom Customer Service 1300 111 000 atau 1111 dari Celcom mobile..


Jan 23, 2012

Kenapa saya perlu kerjaaaaa harini..huhu!

Harini cuti umum untuk raya cina kan, so kita yang melayu ni pun boleh la tumpang sekaki, kaki kau je la..kaki aku kena pegi kerja...choi....


Kesian perabut tu, dah buruk sangat..malu dengan patient yang datang..so kami tampal la kad raya, dan buat ikan-ikan pakai angpau..semua yang datang tertanya2, tahun ni tahun naga ke tahun ikan..

'tahun ni tahun ikan, tahun depan ikan, tahun lagi satu pun ikan, sebab kitorang tau buat ikan je..haha'


lepas tu gantung nenas ni..aku tak tau ni panggil apa, bukan tanglung kan...eh entah la...


Ahad haritu adalah belas-belas jugak discas, takde la bizi sangat, sebab aku kerja sorang, boleh la handle lagi, belum nak bertukar menjadi suria perkasa hitam ke apa ke kan..masih boleh buat kerja sambil petik-petik jari *hebat tak hebat tak..haha*


harini baru 6 orang kot, sebab sabtu haritu pakat ramai2 keluar ward, tinggal la orang yang betul2 sakit je kat spital ni..nasib baik esok aku tak oncall, kalau aku lagi...memang boleh bertukar kepada naga...siapla aku makan spital ni..kau kesah? tak bukan? huhu!

Okey lah..bye!

Gedik, so what?

Aku memang suka usik anak-anak buah aku.. sebab dorang ni dah macam adik-adik aku je, beza dengan ika pun 6 tahun.. kebetulan family aku yang perempuan semua gedik.. anak buah aku cakap kat aku..

Ajai : Maksu ni gedik betul la
Maksu Baik : Biasalah, perempuan cantik mestilah gedik.. (buat muka selamber)
Ajai : Buwek
Maksu Cun : Betul apa, cuba ajai tengok, semua pompuan gedik tu semua cantik..perempuan kalau dia tak cantik dia tak gedik...
Ajai : Yelaa (pasrah)

(maksu cantik dan maksu baik tu adalah orang yang sama, harap maklum)

Kau terima je la Jai, dah makcik2 kau ni memang gedik, takyah cakap makcik2 la, kau tengok sepupu kau je..hahaha!

Okey ajai ada blog ----> http://azraeiafif.blogspot.com/