Jun 7, 2024

Lahirnya Hanz Kenzie Bin Khairi Fizairi =)


Walaupun mak update ni masa umur Hanz dah 4 tahun, mak tetap ingat Nak kejadiannya. Jangan risau, ingatan mak ni kuat, jangan tanya semalam makan apa je, itu tak ingat, hahaha!


Hanz Kenzie anak ke 4 dari 5 beradik. Insyaallah la setakat ni 5 beradik. Tak tambah dah ye sebab umur Qery dah 40 tahun. 😆 Padahal masa aku lahir, arwah abah umur 46. hahaha. Tapi memang kalau dulu kawan-kawan abah ingat, aku ni cucu dia 😆😆😆 Jadi kita taknak itu terjadi ye, tak tambah dah kecuali eksiden, kahkahkah!!


Masa bersalinkan Hanz, anak ke 4 kan dah macam tak ambik kisah sangat dah berapa minggu. Tapi still la aku mengandung cukup bulan walaupun dah kali ke 4. Due date Hanz 19 March 2020. 


18hb March, first day MCO, pukul 1 pagi macam tu, aku dah rasa sakit senggugut. Tapi kan memang hujung-hujung pregnant, kita boleh detect false contraction dengan yang contraction sebenar macam mana. Before ni macam kerap je false contraction, tapi 18 Mac tu, aku rasa macam yang sebenarlah. 


Start la cek kekerapan sakit tu. Aku gerak Qery bagitau perut aku dah sakit. Mungkin harini boleh beranak. Aku suruh dia tidur dulu, aku nak kemas-kemas beg apa yang patut. So malam tu, aku dah siap semua and cuba tidur sekejap. hahaha. Sempat eh kau nak tidur dengan contraction bagai.


Kalau korang follow aku kat instagram, memang aku macam relax sikit nak beranak tu macam nak pi mall je kan. 😆😆😆 Aku belajar dari pengalaman anak pertama guys. Aku tak sanggup nak berlama-lama sakit kat hospital. Aku bukan jenis beranak sakit terus bersalin. Aku nak tunggu bukaan tu lama. Kalau sampai spital, dia suruh kita baring, dan pasang alat-alat kat perut. Dah la tak selesa. Nak tahan sakit sambil baring, sebenarnya lagi siksa tau. 


So, better aku dah tau tahap sakit banyak mana baru pergi spital. Orang tak sama eh, tapi aku jenis macam tu. Aku boleh sambung tidur, sebab mild contraction kan. Pagi pukul 5 lebih macam tu, aku gerak Qery, mintak siap-siap. Aku budget nak tunggu Subuh dulu, solat kat rumah, lepas tu baru lega nak pi beranak ke apa.


Kalau korang ingat, masa tu aku ada helper nama Maira kan. So aku call Maira bagitau nanti tolong datang subuh, ni jagakan anak-anak kejap. Aku nak pi beranak. ahahahahaha!


Maira ni helper aku daily lah. Aku ambik dia kerja masa Yuyu setahun lebih, sekarang dah tak ada helper lah since Leora 3 bulan, Maira dah balik Indonesia sebab nak bersalin. Ok sambung cerita, Maira akan datang Isnin sampai Jumaat, dari pukul 6.30 pagi, balik pukul 3petang. Kebetulan first day MCO, patutnya dia tak boleh datang kerja kan sebab all masa tu dah start work from home, tapi aku call mintak tolong jaga kejap. Aku nak beranak 😆


So tunggu Maira datang dalam pukul 6.30 tu, aku call mak n mertua lah bagitau nak pergi spital beranak. Tolong doakan dipermudah bla bla bla bla. Sampai hospital , (semua anak bersalin kat Pantai Hospital Cheras) dalam pukul 7 lebih, aku bagitau lah nurse.


Aku : Malam tadi dah start sakit contraction. Tak tau la boleh beranak harini ke tak, nak cek bukaan. 

Nurse : Ok  boleh, Puan bagi card appointment, masuk labor room terus kita cek. 

 

Dah cek cek, bukaan 7, hahahahaha. Bijak kan kita datang timing perfect. Mampuih kalau spital gov ni kena maki eh kalau dah sakit lama baru sibuk nak datang. 😆

 

Nurse : Ok Puan, masuk terus kita pasang drip. 

Aku : Boleh tak sekejap lagi, bagi saya nak try buang air dulu.

Nurse : Puan nak buang air je kan, bukan sakit nak beranak kan. (pastu kawan dia cakap, dia pandai la beza nak beranak dengan nak buang air, anak ke 4 dah, hahaha. aku gelak je dengar)

Aku : Haah, sakit tapi bukan nak push lagi. nak buang air dulu, sakit perut. 

Nurse : Ok nanti lepas tu kita pasang drip eh.

 

Aku paling trauma, rasa contraction bila pasang drip. Sakit dia bukan sakit biashe-biashe. luar dari kebiasaannya eh 😆 Sebab setiap kali nak bersalin, tak pernah tak pasang drip. Mesti pasang jugak, aish geram betul. Jadi aku bertenang kali ni. Mak cuba.


Duk berzikir segala, aku tak kisah la Qery nak buat apa kat tepi tu. Aku fokus selawat, zikir. TIba-tiba nurse datang tengok kat mesin tu, kan dia ada bagitau skali contraction kita berapa, time dia sakit teruk kan boleh nampak kat monitor tu. So nurse boleh tau la tahap kesakitan patient dia. 

Masa nurse datang tu, aku tengah relax zikir. Nurse cakap..


Nurse : Puan ok ke, contraction bacaan 150 ni. Nampak macam ok tak ada apa-apa pun tu.

Aku : Yeke (berbalik ke belakang, sebab aku belakangkan monitor, tak selesa mengadap sana sebab jari kan kena cucuk, jadi dia selesa mengadap belah situ)


Aku tengok monitor tu memang bacaan tinggi, tapi kita kan memang tengah tahan sakit sambil zikir.  terus bersyukur walapun bacaan tinggi tapi Allah bagi rasa kuat untuk tahan sakit.


Wei masa tu,  roh ustazah masuk dalam diri aku.😆😆 Aku cakap dalam hati, terima kasih Ya Allah bagi rasa sakit nak bersalin, ada orang tak pernah rasa sakit macam ni, ada orang nak sangat rasa bersalin tapi tak dapat, terima kasih, alhamdulillah. Gitu eh tahap syukur dia, hahahaha!


Pastu sampailah bukaan 10, doktor dah datang. Kita pun push la macam biasa (macam biasa ekkk haha). Lahirlah Hanz Kenzie dalam jam 9.51 pagi. Kiranya duration menahan sakit tu dalam 2 jam la. tu pun macam nak mati jugak aku rasa 😆


Habis bersalin Hanz, aku ngantuk gila, nurse suruh alih-alih badan nak ke katil lain pun, rasa berat sungguh bontot aku. Rasa nak tutup mata tidur terus. Sampai je ward, memang aku terus tertidur. anak ke apa langsung tak ingat, hahahaha. Dah tengok la masa lepas bersalin tu, kan nurse terus letak baby kat dada mak. kita belek-belek sikit, Qery azankan, time tu lah jahit kt bawah, keluarkan uri bagai. 

 


Masa ni Qey tengah azankan anak


Aku bagitau Qery, aku ngantuk sangat, nak tidur. Balik la dulu tengok anak-anak kat rumah. Nanti takyah datang, datang kalau nak ambik aku bawak balik je. Bagi aku tidur dulu.


So aku pun tidur, dan makan banyak-banyak (makanan hospital) sebab nak cepat baik. Kita ni nak kena kuat cepat, sebab berpantang sendiri dengan jaga anak-anak yang masih kecik. Kat tekak aku sedap je makanan spital, hahaha! Xtau la masa tu memang lapar ke apa, tapi memang sedap 😆😆


Sampai lah doktor datang pukul 2 petang macam tu tanya aku ok tak semua. (doktor yang sama masa aku bersalin Luth n Yurika, so doktor tu memang dah kenal lah. Aku pun macam biasa eh, mintak balik. Hahahaha!


Gila eh Zuhana ni memang begitu. Aku bersalin pukul 9.51pagi, hari yang sama balik pukul 8pm. Itupun sebab baby kencing lambat sikit. Kita kan boleh balik lepas baby berak dan kencing. Hari yang sama aku balik. Memang macam pergi balik kerja je la eh beranak ni 😆😆😆


Sampai rumah, budak-budak dah tunggu. Maira memang takde dah la. Masa ni kan start pasal covid semua. Kita pun tak berani mintak dia duduk lama-lama. Sepanjang covid tu berapa bulan, Maira tak datang lah, kita ada baby kecik, mana berani. Maira pulak duduk beramai-ramai. Jangan cari pasal ek.


Tapi berpantang anak ke 4 ni memang terpaling best. Terpaling relax, terpaling syok, sebab Qery ada kat rumah, hahahaha! Dulu dia kerja kan, sekarang ni dia ada teman sepanjang berpantang. Nikmat Allah bagi masa bersalin no 4. Alhamdullillah. 💖

 



 Begitulah kisah bersalinkan Hanz Kenzie 💕💕💕

 

 Yurika first time ada adik. Suka dia. hehe!

 

 Masa ni Qery ada PDPR, tolong jagakan Hanz, sementara mami mandi, masak 💚

 

Nanti kita update pasal bersalinkan Leora pulak okiessssss....

No comments: