Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 17, 2012

Banyak tanya ok ke tak?

Aku kan kuat membebel kat Qery, tapi aku pendiam sikit kat rumah. Sebab takde geng. Mak aku haritu boleh cite dekat Kak Ida, 'Ana ni masa kecik banyak tanya, sikiy-sikit nak tanya' Aku masa kecik memang asik tanyaaaaaa je. Sampai mak aku letih nak layan. Serius, bukan masa umur 5 6 tahun tau. Sampai la aku tingkatan. Aku memang banyak tanya. Dan aku ni jenis slow sikit.

Orang dulu kan *mak aku ni orang dulu la* dia garang sikit. Kalau bab-bab period dia tak bagi cakap depan orang. Jaga adab sopan semua kan. Yela malu la kan. Kalau dalam tv cite ada orang kiss, aku yang kena marah. Sebab aku tengok. Oh man....kenapa tak boleh tengok ni? Huhu!

Dulu kan, kakak aku nak kawin. Aku tak paham kenapa dia perlu kawin. Aku tanya la kenapa. Itu pun kena marah. Katanya 'budak kecik tak boleh tanya!' Fine.... Disebabkan family aku memang tak pernah cite pasal benda-benda ni. Ko bayangkan eh. Sampai aku form 2 pun aku tak tau apa itu period. Kampung sangat.

Lepas tu masa form 1, ada budak yang tak pakai bra. Sebab takde ***** lagi kan. Aku pun tak pakai. Memang pakai baju sekolah semata-mata. Lepas tu masukla ustaz bagi nasihat kaum perempuan next time kena pakai baju kat dalam. Yang macam singlet tu. Lepas tu ustaz tanya..Awak tau kenapa saya suruh pakai kan?? Semua orang cakap 'Tahuuuuuuuu'. Lepas tu ustaz tu tanya sapa tak paham angkat tangan. Sesungguhnya aku sorang je yang angkat. Demmmm!!!

Ko agak ustaz nak terangkan kat aku tak?? Hahaha! Ustaz tu cakap 'Awak tanya kawan sebelah awak' Yang lelaki depan aku tersengih-sengih. Aku memang tak paham mende la kan. Ke-slow-an aku ni kadang-kadang memang agak melampau. Kondom aku tau masa form 5. Itu pun kena gelak dengan kawan-kawan.

Seriusly aku tak berminat sangat pasal sex-sex sampailah sekarang. Dulu kawan aku perempuan tau. Siap beli vcd lucah *masa kat kolej* Perempuan okey. dasyat, hahahaha! Berebut tengok ramai-ramai. Aku sorang je lepak atas katil baca buku *aku paham dalam hati korang nak cakap apa, kakakaka* Kawan-kawan siap paksa lagi suruh tengok. Sorry la. Aku tak suka.

Sebab tu otak aku slow kot pasal benda-benda ni. Tapi kan aku memang banyak gila tanyanya... Fedap mak aku. Soalan paling bijak aku pernah tanya. 'Mak, kenapa hujan ni orang panggil hujan?' 5 saat mak tak jawab, aku bla. Kang tak pepasal dapat cubitan kasih sayang ke apa kan. Huhu!

Paling sentap mak marah aku masa kat Masjidil Haram *cea nak kata pernah pergi umrah lettew*, Masa tu baru darjah 6 jadi lembap banyak. Aku banyak tanya dalam masjid. Dalam masjid kan tak boleh cakap banyak. Kau baca je la doa kan. Aku ni tak habis2 nak tanya je kejenya. Satu pertanyaan aku.

'Mak, apa dalam Kaabah ni?'

Terus mak aku jegilkan mata sambil cakap pelan tapi gawaaaang..huhu! 'Boleh tak jangan banyak tanya! Bukak buku tu baca doa!'

Sobsss...sentap rasa nak nangis. Sehari mak pujuk aku tak layan. Amboi Qery pujuk guna air ice lemon tea je. Mak pujuk sehari tak layan. bagus betul, hahaha!

Tapi budak-budak sekarang. 5 6 tahun dah tau apa itu hubungan kelamin. Dasyat. Kadang-kadang bukan nak salahkan sapa. Parent sendiri tengok cite bukan-bukan depan anak. Parent cerita bukan-bukan depan anak-anak. Kepada semua parent dalam dunia. Pantaulah anak korang tengok cerita apa ye.

Kalau anak kau banyak tanya, jangan marah. Jawab je. Biarkan dia tanya. otak dia tengah nak berfungsi tu. Tapi kalau tanya bukan-bukan, jawab la dengan cubitan kasih sayang seperti mak aku bagi kepada anak-anaknya. Huhu!

Okbye!

7 comments:

Tracey said...

Hahaha XD banyak tanya tu bijak orang cakap. sebab nak belajar banyak benda. huhuhu

Norhaizan hakim said...

memang betul la sepet..budak2 sekarang memang advance habis...ya Allah, kau jauhkanlah pengaruh2 buruk dari anak22ku. Amin..

Z@i Z@mR33 said...

Tu la...bdk2 skrg advance tlebih

sharifah rosidah said...

Anak2 aunty semua tak pernah bertanya apa2 dengan aunty, kalau ada yang bertanya mereka bertanya sesama sendiri je,

sepet a.k.a zack_u said...

Tracey : Itula, dengar-dengar orang cakap memang bijak..kuikui! Tapi kalau tanya bukan2 tu mungkin terlebih bijak. hehe!

Norhaizan hakim : Tu la kan, budak-budak macam ni parent kena selalu tengok. Tak boleh biarkan..

Z@i Z@mR33 : Haah. Advance sangat. Tatuutt...huhu!

sharifah rosidah : Tanya pasal apa tu aunty, hehe!

mommynadia said...

Hi Sepet ;)
Sesungguhnye awak ni sgt lah cute!Selalu bc blog ceera n vp,n sebut pasal sepet.Harini,diwaktu jam pukul 12.45am,ahkak tergelak sorang2 bc entry awak ni..
Comel mcm tuannye jugak!

Irfa said...

mak dulu2 mmg garang
akak mak zaman sekarang tapi garang jugak..acaner?