Sekolah Agama je........???

Dulu masa sekolah rendah petang-petang aku sekolah agama. Masa kat sekolah agama belajar la subject Al-Quran, Sirah, Tajwid, Akhlak, Fiqah, Arab, Jawi, Tauhid, Ibadah. Aku tak tau kalau sekarang ada tambahan ke apa kan. Tapi masa aku sekolah agama, ini la yang aku belajar.

Sekolah agama dulu selalu kita ambil mudah. Tapi family aku alhamdulillah la kitorang semua sekolah agama. Even ko penat gila kat sekolah kebangsaan, ko tetap kena pergi sekolah agama. Buat-buat pengsan pun mak tetap akan hantar ko gi sekolah agama. Nangissssss. Masa tu rasa macam malas sangat nak gi sekolah agama.

Tapi bila dah tua bangka macam ni, aku bangga aku pernah sekolah agama. Serius. Kenapa?? Sebab rupanya orang yang tak pergi sekolah agama ni memang banyak yang dorang tak tau. Contoh la kan, dulu masa kat sekolah agama kita belajar tajwid, mad arid lil sukun la, mad wajib mutasil, mad silah qasirah, mad silah towilah, mad lazim, mad lim, mad badal segala mad la. Kita bajet semua orang tau sebab kita tau benda tu. Tapi rupanya ramai yang tak tau. Ramai yang tau tau pun nak sebut sebutan tu dalam Al-Quran.

Jadi bagi aku memang sekolah agama itu penting. Ada orang cakap 

'alah kat sekolah kebangsaan kan ada belajar semua tu, buat apa nak sekolah agama lagi'

Percayalah cakap aku, berapa jam je subject agama kat sekolah kebangsaan nak dilawan dengan lebih kurang 4 jam (masa aku la) yang kita belajar kat sekolah agama. Contoh ko belajar agama sejam sehari kat sekolah. Bukan setiap hari ada subject agama. Contoh 6 jam je seminggu. Tapi kat sekolah agama ko boleh belajar lebih kurang 20jam. Memang tak sama ilmu yang masuk dalam kepala. 

Kelebihan bersekolah agama memang banyak, dari situ kau didik anak kau punya akhlak, solat, rajin berdoa, tau banyak doa. Tapi tu la, kadang-kadang bila ada ibu bapa yang rasa kesian kat anak dia, takut anak penat. Serius?? Budak memang tak reti penat. Aku dulu pergi sekolah balik sekolah jalan kaki. Ada masa 15 minit je nak makan nak salin baju semua, kelam kabut gi sekolah agama. Penat time tu je. Sampai sekolah duduk je pun. Bukan berjalan kaki panjang gunung ke apa.

Kat sekolah agama la aku belajar macam mana nak solat, belajar solat-solat sunat. doa lepas solat, cara solat dengan betul. Semua kat sekolah agama. Tapi ada jugak parent yang memang nak sekolahkan anak dia kat sekolah agama. Cuma kawasan tu takde sekolah. Atau pun takde transport yang boleh bawak anak ke sana. Ada yang sekolah agama jauh sangat, korang nak hantar pun kompom sangkut jem. Yang tu tak boleh nak cakap apa dah la. Kita dah usaha, tapi tak ada rezeki untuk ke sekolah agama.

Baru-baru ni aku ternampak satu program motivasi tentang solat. Kira macam bengkel solat la. Jap aku upload gambar eh


Aku ada tanya pihak dorang ni, katanya still harga promosi. Jadi 3 hari (13, 14, 15 Nov 2012) harganya RM200. Korang hantar anak korang dari jam 8 pagi sampai 5 petang kat Universiti Malaya. Tempat pun dah tak banyak. Cepat-cepat la daftar anak korang tau. 

Program macam ni boleh la tolong mana-mana ilmu kita yang kurang. Contoh kita pun bukan pandai sangat bab agama. Boleh la hantar anak, lepas tu suruh anak ajar balik kat kita. Dulu mak aku selalu buat kat aku macam tu. Dia hantar aku sekolah. Balik tu dia suruh ajar dia balik. Kiranya belajar sama-sama la. Aku suka belajar dengan mak aku. Kalau cikgu suruh hafal doa ni, sama-sama la anak beranak ni hafal. Enjoy sangat. So korang jangan malu belajar dengan anak sendiri. Tak rugi okey.

Kesimpulannya disini, marilah hantar anak ke sekolah agama, kalau tak dapat, jom la join program ni. Hehe! =)

*Eh lupa, ini untuk yang berumur 12 hingga 18 tahun tau, jadi siapa yang masa sekolah rendah tu dia memang dah sekolah agama, pun boleh pergi. Untuk ingat balik mana-mana yang dah lupa tu.. Byee!

Comments

Unknown said…
alahai..da tlbih umo pule mau juin..hihi
Irfa said…
ni entri berbayar ke?

akak mmg hantar anak skolah agama
mmg takde peluang nak ponteng sbb akak mmg ibu yg garang
aummmmmmmmmmmmmmmmm
Sepet said…
Mira Adzlia : Sama la kite..hehe!

Irfa : Takde la.hehe! bagus la akak. nanti dia dah besar mesti dia bangga ada mak macam akak. hehe!
Cik Zu, aunty pun bersekolah agama di Johor Bahru, kat sana lagi teruk sebab kalau kita tak lulus kita tak boleh naik kelas contoh kalau darjah satu peperiksaan akhir tahun kita gagal kita tak boleh naik ke darjah dua begitulah seterus nya dan habis darjah enam kita dapat pilihan untuk belajar di sekolah khas. Aunty pernah duduk darjah 4 dua tahun sebab tak lulus peperiksaan hujung tahun.

Alhamdulillah anak2 aunty semua nya tamat sekolah agama sampai darjah enam dan semua anak2 aunty khatam Quran siap aunty buat kan pelamin seperti majlis orang kawin, sebab tu aunty berbangga jugak lah walaupun aunty dan anak dara aunty tak bertudung tapi bab2 agama tak kurang dari orang lain, Amin.
~ Huda Qamar~ said…
haha..dulu sekolah agama petang. selalu niat nak ponteng tapi tak dapat sbb mak bapak garang. jeles je tgk kwn2 boleh monteng. tapi saya terpaksa gak datang walau byk main je (zeropoin la batu seremban la entah ape lagi mainan zaman dolu kala). skolah kebangsaan blaja sungguh2 tapi sekolah agama main2 boleh =P

tapi bak kata sepet syukur sgt2 sbb dah besar ni tau le jugak hukum2 bacaan al-quran yg basic. sbb bila tanye kwn2 yg takde kelas agama ptg/dulu kaki monteng skolah agama ramai yg tak tau walau yg plg basic. nasib le makpak saya dulu garang.