Bilik sudah menjadi sempit. Huhu!

Dulu aku pakai katil queen size, lepas tu aku tak boleh bla sebab tiap kali kakak-kakak aku balik dorang duduk atas katil aku ni sampai roboh. Lepas tu tak reti nak betulkan balik. Haku jugak yang kena adjust balik. Ko bayangkanla perempuan-perempuan walaupun kurus tapi kalau dah 6 7 orang duduk atas katil. Nazak la katil itu. 

Jadi aku telah membuat keputusan bijak dengan tukar kepada katil single. Kuikui! Kebetulan aku memang bangsa pemalas nak kemas katil besar-besar. Dah la aku tidur sorang je. Lepas tu aku rasa best katil single sebab nanti bilik aku akan lapaaaaanggggg. Boleh la i menari-menari dalam bilik, tapi bukan gaya oppa gannam style okey. Hahaha!

Tapi sebab Ayie nak kawin (dah kawin pun sebenarnya, tapi kenduri belah rumah aku tak buat lagi), dah memang tiap kali orang kawin, bilik aku ni akan jadi bilik pengantin. Jadi terpaksa la aku ambik balik katil queen ni untuk jadi katil pengantin nanti. Katil single tu sumbat masuk Ayie.

 Sempit sudah bilik i. Takpe, sebulan je guna katil ni. Lepas tu kita campak keluar balik. Huhu!

 Sampah sarap kat tepi katil tu semua barang2 mak aku. Seperti telekung dan telekung dan telekung. Huhu! Semua telekung mak aku. Kejadahnyaaa ia berada dalam bilik aku. Cukup masa aku campak kat kedai.

Aku paling sayang almari cermin ni. Beli kat kedai bapak aku. Haha! Pe barang beli kat kedai bapak sendiri kan. Bapak aku jual murah je. RM400. Untung la aku, rugi la bapak aku. Kuikui! Aku suka sebab cermin dia nampak dari rambut sampai kuku kaki kau. Puas hati. Cermin panjang aku mak dah import bawak masuk bilik dia.

Itu je setakat ni. Kla babai!

Comments

Oooo jadi bilek ni akan jadi bilek pengantin ya, kalau macam tu sila kemas kan cantik2 untuk Ayie dan isterinya, genap sebulan boleh lah halau pengantin tu pulak kan.
Sepet said…
sharifah rosidah : Haah la aunty, lagi 2 3 hari dia nak kawin baru pasang langsir semua. lepas tu dia pinndah bilik sebelah. hehe!