Dah pandai jeles , good JOB!

Jangan gelak ye, tak cerita lagi ni...hehe!

Ada la satu hari tuuuuuu...baru-baru ni jugak la. Aku bukak dan CEK facebook Qery. Auwww!! Hahaha! I tau password dia hokeyh... Memang aku tau semua password-password dia, tak kira la facebook ke, blog ke, email ke, mahupun password handphone. Jangan pelik. Biasalah THE POWER OF WOMAN. Ecewah. haha!

Tak payah nak power sangat, sebenarnya aku tau sebab aku yang create semua-semua ni untuk dia. Memangdangkan dia tu buhteee IT tahap kronik. Apa pun tak boleh. Lepas tu sibuk nak suruh aku create account twitter. Amboi.....Aku sendiri merangkak dalam twitter, lagi nak ajar dia. Kim salam la der. 

Kadang-kadang kepoyooan Qery, bukan poyo la. Kesengalan Qery ni membuatkan aku bengang. Tiap kali dia nak cek email dia, dia akan kol aku tanya apa password dia. Ini sudah lebih bang. Password sendiri hafal la. Gewaaaam i, nasib i gewam pun i comel. *pitam*

Ok cukup ngutuk Qery. Aku bukak la facebook dia. Saja la sebab dah lama gila tak bukak. Aku ni jarang cek cek ni, sebab tak kuasa. Qery aku rasa dia tiap-tiap hari cek facebook aku. Penjeles. Haritu aku up status ni.


Lepas tu nanti dia mesej la kat aku

Q : Kamu curang!
S : Erm? Bila?
Q : Tu tulis kat facebook macam tu!
S : Oh...macam tu curang yeah??
Q : Iye!

Fioneeeee....itu pun nak cakap curang. Saja la tu point nak gaduh ken. Malas nak layan. Huhu! Hari-hari dia cek facebook aku. Kalau ada orang like like gambar ke, status ke, kalau nama dia macam lelaki kan, mula la dia persoalkan siapa tu siapa tu. Seteresss guwe. Contoh la, nama Fairuz kan lelaki boleh perempuan boleh. Kawan dia nama Fairuz tu lelaki, so dia ingat lelaki la. Padahal perempuan je dalam facebook aku tu. Tapi aku suka. Sebab dia gawang-gawang tapi comel. *lalalala*

Masa bukak facebook dia tu, ada notification kat inbox. Ada dua orang bagi dia mesej. Aku pun selamber je la bukak. Aku tengok satu aku bagi *entah berapa lama punya mesej aku bagi dia tak baca pun, puiii*, satu lagi ada sorang perempuan ni bagi.

Aku pun bukak la perempuan ni punya mesej. Nampak seperti comel SAHAJA *tak cemburu sambil mata ke atas*. Aku pun baca la apa yang dimesejkan tu. Sebelum tu nak cite, kerja Qery buat masa ni kena cari model. Sebab aku suruh. Sebab aku tak nak jadi model dah. *walaupun masih cantik* Euw! hahaha! Jadi dia tengah cari model la ni.

Qery : Hai awak nak jadi model saya tak?
Gadis : Saya nak tapi saya tinggal jauh.
Qery : Awak tinggal mana?
Gadis : Johor

Begitu je la mesejnya. Takde lelebih pun. Lepas tu aku pun bukak la facebook perempuan tu. Tengok dia Johor kat mana kan. Aku kan kepochi. Tengok lahir kat gombak, tapi tinggal kat Bandung Indonesia. lepas tu gambar semua cantik macam artis. Aku pun macam terfikir. Budak ni sesuatu la. Entah-entah dia curi gambar artis mana-mana entah. Mengaku diri sendiri. Tu sebab la bila ajak jumpa jadi model tak nak kan. *ni semua bisikan syaitan haha*. Lepas tu aku cek lagi, fren dia baru seratus lebih. Dalam hati berata-kata, takkan la muka lawa macam ni fren baru seratus lebih. Agak la pun kan. Kalau hot macam ni kompom la ramai fren. Contoh terdekatnya aku. *Ya Allah, riak takbur yang paling penting perasan terlebih semua cukup, hahaha*. Aku memain je tau. Korang ni......huhu!

Lepas tu aku pun buat la mesej bertubi-tubi kat Qery.

S : Sapa QA tu?? *short form nama gadis itu*
Q : Kawan kita punye kawan.
S : Gatal eh. *apakah? tetiba gatal kan, takde point la tu, haha*
Q : Bila masa?
S : Bila kamu ada masa la!

Lepas tu malas nak mesej dia. ingat Qery nak pujuk la kan..Tak dapek ye. Sikit pun dia tak hirau. Sejam lepas tu aku mesej lagi tak puas hati.

S : Merajuk!
Q : Pandai ke nak merajuk?
S : Tengah belajar, nanti lama-lama pandai la.
Q : Nanti dah habis belajar bagi tau eh.

Kong ajo. Sikit pun takde respon. Itu la aku malas nak merajuk tu. Esok pagi terjaga, baca mesej Qery.

Q : Bagusla kamu pandai cemburu sekarang. Ingat kita je sayang kamu. Kamu sayang kite eh..Eii tak malu....hehe!

Dalam hati aku...

'Apa masalah kau ni?'

Sambung tidur.

***************************************

pesanan penaja : untuk siapa yang nak order Lyla skirt boleh buat sehingga hari Ahad ini saja k. Like facebook SeQy couture. TQ fashionista!

Comments

Riena Haiqal said…
hahahahahahhaha.. sangat2 kelakar la korang ni.. hahahhaha.. tersembur ketawa saya baca "bila masa?" , " bila kamu ada masa la".. hahahahahahaha
lepas tu siap bagitau merajuk hahahahahahahahaha.. kelakar kelakar.. (^_^)
Miss arfisa said…
ada nama sy kt status fb tu.suka2.hehehe
Rina Ellisa said…
hikhik.. comillllsss!!~ :D
v08 said…
" Bagusla kamu pandai cemburu sekarang. Ingat kita je sayang kamu. Kamu sayang kite eh..Eii tak malu....hehe! "

Comel je! Hahaha...
Adoi kamu berdua ni cemburu kan tanda nya sayang, kalau dah tak ada perasaan cemburu tu makna nya kamu berdua tak payah lah lagi ada perhubungan sebab itu tanda nya kita dah tak peduli pasal dia dan dia pun tak peduli pasal kita, hah nak macam tu. Tapi apa apa pun biar lah cemburu bertempat ya jangan cemburu buta sudah.
mila said…
kahkahkah..lucu ayat last tu..
Unknown said…
sy dah buat baru...sila tgk di grapeladymyra.blogspot.com..sy anta emel di gmail sepet shop
Unknown said…
jeles tu mmg pkara bese..tnda syg kan..hihi
Sepet said…
Riena Haiqal : Saya kalau tak bagitau saya tengah merajuk, dia memang tak tau..pfftttt

Miss arfisa : Yang shafira tu ke?? =P

Rina Ellisa : Comel apakah?? huhu!

ViccMalarn : Entah pape kan, itu pun nak mesej. hehe!

sharifah rosidah : Saya cemburu sikit je, qery yang over aunty, nanti aunty marah dia eh..hehe!

Cik Cammy Lia : Iut ayat protes sebab tak kena pujuk. huhu!

thya mierachienta : TQ =) Suka sangat!!

Mira Adzlia : Haah, sayang sangat *mata ke atas, haha*
Shahada Fauzi said…
hahahahahaha..bersembur gelak den..lawak betol la kamu ni zuhana oi..hahaha..adoii..*nak sambung gelak*
Sepet said…
Shahada Fauzi : Bersembur? pastikan takde orang kat depan tau..hehe!