Kerana kerap sangat datang Jusco

Disebabkan aku banyak baju raya baru. Jadi aku selalu paksa Qery keluar untuk dating. Sebab aku dah tak kerja. Jadi aku tak tau bila nak pakai baju-baju tu. Kalau setakat keluar gi lepak minum kejap teman Qery makan tak payah la nak pakai baju baru. Pakai biasa-biasa je dah cukup. Qery pun kalau balik sekolah tu bukan segak sangat. Kadang2 pakai suar sukan baju sukan peluh-peluh busuk. *matikla kutuk boifren sendiri* Takkan la aku pakai baju cantik tetiba dia pakai baju sukan kan.. Amatlah tak sesuai..

Macam biasa aku dating , tak lain tak bukan..kat JUSCO!!

 Aku memang suka snap gambar sambil tidur. Baju ni dari Whitesoot. Ini jumpsuit. Memang cantik sangat, aku pulak kebelakangan ni memang suka jumpsuit. Tapi tengok design la. Kalau mengarut sangat design nya memang tak la aku suka. Aku suka yang simple je. Macam yang Whitesoot jual ni. Korang nak boleh tengok jumpsuit boleh cari kat sana k.

 Macam alim sangat pulak aku tengok Qery ni, janggut kemain lagi banyak. Janggut banyak daku tak kisah. Jangan kau simpan misai eh. Aku tak suka. Awas!

 Turun eskelator pun sibuk nak amik gambar. Biasalah baju baru. Hehe! Baju ni aku ada pakai time raya kat rumah Opah. Tapi kejap sangat pakai. Tak puas. Tu yang nak pakai lagi. hehe!

 Gambar blur pun nak letak kat blog ke. Sebabnya aku nampak kurus sikit bila effect gerak2 ni. Motif? hahaha!

 Qery yang obses dengan baju i ni eh..tu sebab dia snap banyak-banyak (padahal paksa Qery snap banyak-banyak ken, perangai kau takyah tipu orang dah tau kot. kuikui)


Sebenarnya, sejak aku resign takde la kerap mana datang Jusco ni. Tapi disebabkan seminggu sekali mesti datang. Kitorang pun memang dah cam la penjual kedai ni siapa, tukang masak Tepanyaki siapa, staff wayang dorang ofcoz lagi kitorang biasa tengok. Hehe! 

 Aku tak sure la baju ni ada lagi tak kat Whitesoot, korang tengok la kalau rezeki korang ada, boleh la rembat satu. Ada warna merah kot. Pun cantik jugak. Aku pun tak ingat.

 Masa tengah beli ni, aku dah biasa tengok staff TGV ni, tapi takde la nak borak ke apa, setakat senyum2 tu ada la kan. Tetiba girl yang belah kanan tu panggil aku.

Girl : Kakak, kakak... *aku pun toleh sebab aku rasa aku je macam muka kakak-kakak kat situ, euw..haha*
Aku : Ye, kenapa? *sambil senyum takut dia baca blog aku, eceh macam ko popular sangat, pui*
Girl : Kakak tinggal mana? Selalu datang sini. Kakak study lagi ke?
Aku : *OMG, malu i ini lah padahnya selalu datang sini* Akak tinggal sini-sini je. Tak study dah.
Girl : Oh akak kerja dah la? Umur akak berapa?
Aku : 24 tahun
Girl : Laaa yeke?? *Aku tak sure yang adik tu nak cakap LA YEKE INGATKAN 28, atau LA YEKE INGATKAN BARU LEPAS SPM, tapi aku redha mana-mana pun.huhu*
Girl : Kakak nak tau, kitorang semua kerja kat sini semuaaa suka tengok akak berdua. sorang cantik sorang hensem.

Aku dah start malu. Qery kat tepi pun dah malu-malu kucing. Baru kami sedar rupanya sifat pemalu masih ada dalam diri kami. Lepas tu kat belakang girl tu ada lagi kawan-kawan dorang tengok dari jauh senyum-senyum tengok kitorang. Aku dengan Qery pun senyum dah tak tau nak cakap apa.

Disebabkan girl tu kat counter jual tiket. Lepas tu ada customer lain nak beli tiket. So perbualan terhenti di situ. Fuh selamat...hahaha! kalau tak aku tak tau nak buat muka comel macam mana lagi. Auch!!

Lepas beli tiket terus gi food court. Fisrt time makan kat food court selama 4 tahun menjadi duta jusco. Sebab masing-masing tak lapa. Nak minum je sementara tunggu wayang start.

 Yang Qery tak habis-habis perasan hensem. Lepas dengar staff TGV puji dia. Nak pitam aku melayan dia. 
 
 Seluar dah la warna oren. Qery ni ada satu sikap dia, dia suka pakai warna yang boleh ambil perhatian orang. Kiranya tak semua lelaki berani pakai warna tu. Haritu warna biru terang tu. Aku rasa dia nin terpengaruh cite korea banyak sangat ni. huhu!

Before masuk wayang, tengah beratur nak beli air, ada la staff TGV ni dorang buat survey kot. Aku dengan Qery selalunya tak kisah kalau orang nak buat survey. Layankan aje. Lagipun dorang offer tiket free. Jadi kita jawab je soalan dia bukan susah mana pun ken...

Suka dapat amaber pass. Cuma dia untuk sit biasa la. Kalau kau nak couple sit add on RM5. Ada la banyak lagi dia tulis kalau kau nak sit sit apa kena tambah la RM5. Tak kisah la kan.

Korang tau aku tengok cite apa???

STEP UP REVOLUTION.. 

INI ADALAH KALI KE-3.

Aku stress betul. Tiap kali tengok tiap kali Qery excited. Nasib aku la dapat boifren macam ni. huhu!
Habis tengok wayang terus balik.

Last gambar. Jangan risau takde lagi dah..hehe!
Boleh tengok kat Whitesoot ye semua =)

Comments

~ Huda Qamar~ said…
selalu gak gi jusco balakong tapi tak pernah lak terserempak sepet =P

saya gi kadang2 pun dah boring kalau u dgn qery boleh gi tiap minggu mmg boleh jadi duta jusco balakong la =) apa kata tukar jusco mahkota cheras pulak. tak jauh mana pun dari jusco balakong. tapi boring sikit kot. tak semeriah balakong punya.
Mooniqueen said…
Both of u memang sepadan pun... Sama cantik sama padan...
attyfir said…
alor, kty ada selalu gak nampak ana..tp malas nak kaco uols.
ny+mi said…
banyak nya Qery snap gmbar akak!! memang dia minat sangat ngn baju tu kot,hehe..sy pun suka tengok akak berdua!! sepadan!! :)