Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 10, 2012

Blog yang aku suka baca =)

Aku rasa korang dah tau kot aku suka baca blog sapa. Sebab kat belah tepi blog ada tulis 'my feveret blog' kan. Takpe. Aku cerita kenapa aku suka baca blog dorang ye. Family tak yah masuk carta boleh? Sebab nanti orang kata 'eleh promot ada bradik' Tapi nak bagitau jugak aku suka baca blog family sendiri. Lantakkan orang nak cakap apa. Huhu!

1. Blog Kak Filla

Aku start baca blog Kak Filla sejak bulan 2 tahun ni rasanya. Bulan 3 tu la baru jumpa and kenal kan. Aku rasa semua yang baca blog Kak Filla pun rasa apa yang aku rasa. Ko akan rasa seronok gila. Dengan dua budak kenit tu yang comel. Dengan Kak Filla dan Abang Radie yang comel. Ok Abang Radie sejak potong rambut dah tak comel sangat, tapi dia agak macho. *kenyit-kenyit mata kat Abang Radie, haha* Tapi suka sangat Kak Filla sebab dia memang sempoi habis.

2. Blog Kak Di

Bukan sebab Kak Filla kawan dengan Kak Di, jadi aku pun suka Kak Di sekali. No no no! Aku dah lama jugak baca blog Kak Di sejak start buat blog. Tahun 2008 dah baca blog dia. Sejak ada kontroversi *ewah bunyi cam artis sangat, haha*, kontroversi gitu. Siap Kak Di pernah tutup blog sekejap. Aku tak tau sangat sebab tak nak campur. Tapi sebab Ceera dengan Jemah maybe la ada borak dengan Kak Di ke kan. So Ceera dengan Jemah selalu gak la cite pasal Kak Di ni. Kak Di ni memang rock habis. Suka carut-carut i like. hahaha! Aku ni walaupun seperti muslimah sejati. Tapi dot dot dot jugak kadang-kadang. Kalau dah start baca, ko akan nak baca yang lama-lama punye. Tapi aku ada la on off baca blog Kak Di, cuma beberapa bulan ni makin kerap baca. Aku perhati je Ephyra dia tu. Tunggu ada promotion. Haha!

3. Blog Arianna

Aku rasa ramai je suka baca blog dia ni. Aku pun tak pernah jumpa Si Yana ni. Suka sebab cara dia tulis macam novel. Aku rasa dia banyak dia banyak baca novel kot. Tu yang penulisan lemah lembut pun macam novel. Suka sebab aku rasa dia baik, ada family yang baik, dikelilingi dengan orang yang baik. Begitu. Aku tak kisah kalau dia upload gambar semata pun aku akan bukak jugak blog dia. Haha! Yang menarik dia tak pernah upload gambar dia. Kalau ada pun nampak sipi-sipi je. Aku dapat agak dia cantik dan berdarah kacukan.

Buat masa ni, memang setiap kali dorang ni update. Walaupun dorang update satu perkataan pun aku akan bukak. Huhu!

Aku suka jugak bukak blog Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Maria, Yuyu ke apa namanya. Aku bukak la kadang-kadang kalau teringat. Sebab penulisan dorang agak sopan. Paham tak? Dorang adalah contoh blogger yang baik la kan sebenarnya. yang tak baik macam aku ni. Hahaha! Maksud aku dorang memang sangat bagus. Budak-budak pintar. Setiap kali update kena jaga bahasa, tak boleh cakap salah sikit, peminat ramai sangat kan. Dorang terlalu sopan bagi aku. Tapi memang contoh yang baik la. Haha! Aku suka jugak baca. Banyak info. Tapi tak boleh selalu bukak la. Sebab aku cepat terpengaruh. Kang kalau aku baca ayat dorang sopan, aku pun terikut sopan. Sendiri boleh pitam. Haha!

Tapi aku takde la sampai tak tau blogger-blogger terkenal seperti Beautiful Nara, Irene Nadia Marcello, dan ramai lagi. Kompom la kenal kan. Sampai keluar majalah, keluar paper. Kelas kau jah. Aku kan sedikit makcik. Jadi mampu baca blog-blog makcik seperti Makcik Filla dan Makcik Di, Makcik Yana dan Makcik Pija. hahaha! Kuang aja gila panggil dorang makcik. Tak lupa jugak kepada Makcik Ceera dan Makcik Jemah. Semua Makcik di atas aku suka.

Aku cuma tak berapa gemar kalau blog tu over budak. Maksud aku over budak tu macam ejaan dia homaigod. Aku tulis jugak gedik seperti

lettew = lah tu
Anje = Manje
Nanak = Tak nak

Yang simple, *sebab aku guna, dan-dan simple lah kan, haha* yang orang boleh teka. Sebab aku makcik. Jadi selalu cakap dengan anak buah macam tu. Contohnya

Sapa wat iye tuuuuuu... Omeynyeeeee , Ucuknyeeeeee. Dap Dap. Itu aku boleh terima. Tapi kalau ayat dalam blog kau macam ni...

Aque ase sekarunk niw nantux jew.

Pleaseeeee.... Boleh terberak cikgu BM kalau baca ni. Haha! Aku kalau anak buah aku eja macam ni. Kompom aku tak bagai duit raya tahun depan. Huhu!

Senang cite. Aku suka baca blog yang funny! Kalau baca blog yang sopan ni aku rasa letih la nak baca. jadi itulah kriteria blog yang aku suka baca. Kalau ada blog yang funny boleh bgtau aku ye. Tapi tak nak blog yang buat-buat funny tau. Huhu! Okey la. Bye!

21 comments:

Mooniqueen said...

Betul tu sepet... Blog2 yg sepet suke baca, MQ pun suke... Rasanya sepet kena add satu lagi blog best... Redmummy.... Hehe...

sepet a.k.a zack_u said...

Mooniqueen : Oh dalam lamaaaaa tak baca blog Redmummy. Walaupun Redmummy pun makcik jugak seperti makcik-makcik yang saya sebut tu. Hehe! TQ sebab suggestkan =)

viruspadu said...

nak pitam.

nalsweet said...

blog Kaede Rukawa tak masuk carta top list ke dik? hihihi

* i vote for kak filla toooo *

my 2nd choice is ur blog! ehehe

sepet a.k.a zack_u said...

viruspadu : Hahaha! Kita tau kenapa andak nak pitam. Ayat haruslah artis okey. Dalam hati Allah saja yang tau..kakakaka!

nalsweet : Kak Filla best kan. TQ sebab jadikan saya pilihan ke dua. Terharu..haha! Euw blog Qery?? Terpaksa baca kot. Itupun kena paksa dengan Qery, kahkahkah!

mannira said...

sy dah lama baca blog fila..dah bertahun2..sejak si acih kecik lagi..amat berbangga sekali bila skang bila blog fila antara yg terfemes.. ko ada..

siti said...

hi zackU, nanti terjah blog ct pulak k sbb ct suka terjah blog awak. ct suka penulisan yg hepi2 mcm xde mslh :p

ibh_sue said...

Semua tu akak suka baca juga..And lg satu blog si SEPET tu jg akak suka..Sapakah SEPET tu ya..Hehehehehe

Irfa said...

blog akak konfem la awak tak penah jenguk kan?

paham..akak bukan sesapa spt diatas
majuk hentak kaki..

gurau je

sepet a.k.a zack_u said...

mannira : best kn bila blog yg kita baca tu popular. kembang2 hidung masa nk baca..huhu

siti : okey nnt sy terjah! hehe!

ibh_sue : Auwww!! malu saya. Kuikui

Irfa : Eh saya ada baca jugak la blog akak...huhu!

Shahada Fauzi said...

suka baca belog ni..sempoi! hehe..

nak p terjah sat semua link tersebut di atas..

sepet a.k.a zack_u said...

Shahada Fauzi : Link saya bagi tu semua best tauuuu...hehe! =)

Filla ~ Kasihs said...

*makcik nak pitam* hahaha.. ahkak pon baca belog adik sepet ni hari-hari *pitam berganda*

farra8979 said...

blog2 yg sepet suka baca, me also loike... hihihi... plus, of coz la blog sepet n ceera n peej. sangat best!!!

kathy jem said...

kite pon suke baca blog sepet..besttt!

bvlgarigirl @ Arianna said...

I tersenarai kewww? OMJ rasa macam baru dapat Oscar. Hehe. Tq very much anyway.
Your blog pun selalu aku baca ye. cuma tk tinggal komen jew. tau kan kan kan. Penulisan yang sempoi, banyak idea, gambar comel2 sbb tuan dia comel dan telus.

Love u always XOXO

sepet a.k.a zack_u said...

Filla ~ Kasihs : Kak Filla, kalau tak baca blog saya hari-hari tape, tapi depan saya cakap hari2 tau..kalau tak sentap..hahaha!

farra8979 : Best kan blog dorang, rasa baca tak jemu, ada je dorang nak citekan..

kathy jem : Auwwww!! Malu la camni..hahaha!

bvlgarigirl @ Arianna : Yana, kau takyah puji aku sangat eh, hahaha! Tapi aku rasa ko memang comel pun...huhu!

Nuratikah Abd Rahim said...

kite suka blog sepet. sbb ade dialog manje2 ngn qery, haha

Arianna Melissa said...

i think u shud know d truth.
pls read
http://bvlgarigirl-sebenar.blogspot.com/

misz sheyla said...

diorang ramai kecoh kate arianna penipu..betul ke??? blog die dah tak dpat bukak.. sedih x dapat baca dah cerita sal kevin

Nuriesya Nadia said...

Apalah agaknya kesudahan Arianna tu. Kesian makcik nak baca dah tak boleh. Shedih !! Y____Y