Nak tutorial pakai shawl?

Nak tersedak aku korang suruh buat tutorial pakai shawl ni. Sebenarnya dah lama sangat orang suruh aku buat tutorial. Tapi aku rasa macam korang buat lawak ke apa kan. Aku rasa dah banyak tutorial kat youtube. Semua ohsem! Cuma aku tak reti pakai yang macam yuna tu. Bukan tak reti la sebenarnya. Rimas. Rimas sebab dia macam tak terletak kan.

Ye aku tau tu fashion n trend sekarang. Aku tengok pun memang cantik menarik je bila pakai gitu. Cuma bila aku pakai aku jadi rimas. Sebab kalau angin-angin datang dia macam tak tentu arah sikit. Kecuali kalau kau letak 10 pin memang tak jadi apa lah. Aku ni dah la pin pun pinjam emak. Sedih? Jangan percaya yang tu. Huhu!

Aku tengok orang pakai tudung memang macam-macam gaya. Mungkin bentuk muka aku ni tak lonjong macam korang, jadi aku tak berapa nak sesuai pakai macam-macam gaya. Kalau korang tengok pun macam tu jugak la gaya aku.

Kalau aku diberi pilihan, sama ada suka selendang (yang licin dan pendek sikit tu) atau shawl, atau tudung bawal, atau tudung lebih kurang fareeda tu. Aku lebih suka shawl. Kerana?????

Kalau tudung licin tu, aku ada pakai. Tapi dia tak tutup dada. Dia agak pendek sikit. Kalau kau pakai dengan jaket sesuai la kan. Jaket tu boleh la cover sikit dada tu.

Kalau tudung bawal, leceh sikit kena pin tengah sebab kadang-kadang angin kuat sangat sampai terbukak bahagian tengah tu so nampak pulak leher. Ok je la kalau dah biasa pakai.

Kalau pakai tudung gaya fareeda yang keras kat atas tu tak sesuai dengan muka aku. Lagipun aku tak berapa suka sangat tudung yang ada plastik, teringat zaman kat sekolah dulu siap beli plastik nak nampak tudung kemaskan. Oh ketahuilah aku pakai plastik tu memang amat buruk, Nampak muka aku besar. Ceera berapa kali dah nyorokkan plastik aku tu sebab dia tak sanggup tengok adik dia gi sekolah sehuduh itu. kekeke! kat orang lain aku tengok cantik je. Kat aku je la tak cantik sangat.

Aku suka shawl sebab dia jenis panjang, lebar, boleh tutup dada terus dan selesa. Aku tak tau kenapa orang asik tanya aku 'tak panas ke pakai tudung macam ni'. Jujur cakap, aku tak pernah rasa panas pakai tudung. Mungkin sebab aku ni jenis cepat sejuk. Dulu kat rumah pun, kalau tidur Ceera selalu letak kaki dia atas kaki aku. Sebab kaki aku sejuk dia suka. Aku yang selalu tolak-tolak kaki dia, panas okey badan dia tak sukeee.. Hahaha! Lepas tu dalam bilik aku tu memang panas gila. Tapi aku boleh je tak pasang kipas. Sebab aku suka macam tu. Aku jenis lambat panas. Mungkin sebab tu la aku tak kisah pakai shawl belit-belit pun. Tak de la rasa panas ke hape kan.

Kena pandai pilih material la. Kalau kau pilih material yang macam kain polister tu memang la agak panas. Bukan sebab apa, kain jenis tu tak serap peluh. Jadi dia akan buatkan ko rasa basah kat leher kan. Ye aku paham. jadi pilih la kain yang boleh serap peluh. Supaya ko tak rasa rimas ke apa.

Nak tutorial? Tunggu la aku kawin nanti baru aku buat. Sebab takde sapa nak tolong aku amikkan. Atau susah sangat korang cari kat youtube je k. Aku pakai ni pun hentam je. Asalkan tutup mana perlu sudah.


Sepesen je aku pakai kan?? Haha! Mak aku kan, kalau tengah pakai shawl kan, dia duduk je sebelah aku tengok cara aku pakai. Aku rilex je pakai. Aku pedulik apa orang tengok ke tak kan. Lepas tu dia cakap nanti nak cuba macam aku pakai nampak cantik. Tapi sampai kesudah tak pernah lagi tengok dia pakai macam aku.

Malu kot. Haha! Ye la kan. Ada certain orang benda dia tak pernah buat, first time nak buat adalah malu sikit. Ada je orang macam tu. Kalau ikut aku, aku bedal je. Tak cantik takpe. Asalkan dah pernah try.

Aku penah pakai tudung yang macam yuna tu. Qery kata macam bibik. Kuang aja. Aku tengok cantik je. Okey je aku pakai. Lepas tu dia cakap aku pakai tak ok. Dia kata aku sesuai pakai macam kat atas ni je. Sobsssss! Qery ni bab-bab fashion dia pandai komplen. Aku ni kan fesyen kampung sikit. Dia selalu la kutuk aku semua. Memang dasar dot dot dot.

Tapi aku tau, sebenarnya aku pakai apa pun cantik je. *riak takbur semua ada ni, Jumaat ni sepet! Jumaat! Hormat sikit!kuikuikui*

Takpe korang semua tau aku macam mana kan. gedik dan memenyampahkan...itulah Sepet. =)

Comments

Diana Ishak said…
akak teringin nak pakai shawl mcm sepet takyah pakai anak tudung tapi dahi akak alahai 2 jari je lebarnya so kalau pakai shawl melekap kat dahi mcm ni sangatttttttttttt tutttt wajahku.
Hanna said…
eh baru perasan Sepet dah pakai tudung. Cantik sangat la awak ni.
Riena Haiqal said…
teringin betul nak lilit macam sepet tapi mmang nampak macam tak sesuai..sudahnya saya pakai bawal.. kalau pakai shawl pun kena ada inner. ajar la
Sepet said…
green apple : Kak Di, saya punya dahi jendul kot. Sebab tu sesuai. Hahaha!

Hanna : Jangan la puji, malu saya =P

Riena Haiqal : Inner? Saya tak pernah lagi pakai inner sepanjang pakai shawl ni. Memang shawl semata-mata. Huhu! Sebab shawl dah panjang. Dah boleh tutup semua. Cuma rambut kena ikat kemas-kemas la supaya dia tak keluar.
Anonymous said…
sy dlu pun xsuke sgt pkai shawl sebab nampak jendul.hehehe
tapi bile sy cipta INNER MUNCUNG kalu kua ke g kerja ke mesti pakai shawl...selesa sgt..

p/s:sepet ni bukan promot tau.tp fakta.terus sy buat blog dan jual..sy suka dpt share gan owg:)
lina said…
suka la tgk sbb u pakai shawl kemas.
izaryda yasin said…
sila jual shawl plak lepas ni..
muahahahaha ;))

selamat hari raya zuhana. #tetibe
Sepet said…
Tu la, sebab saya jenis tak suka pakai inner kat dalam. Sebenarnya pemalas. Hahaha! Tapi kalau rambut basah saya pakai jugak la inner.

lina : Kemas ke? Biasa je kot. Huhu!

izaryda yasin : Amboooiii dia tu. Hahaha! Selamat hari raya iza ku sayang!!
eda said…
alaaaaa ...
huhu ok ok tggu sepet kawen nt ye ..
nmpaknye , lmbat lagi la nak cantek cam sepet hehehe ( ayat pancing muahahah )
Sepet said…
eda : Hahahaha! Sajaaaa jeeee kannnn
sepet...

tunjuk la cmne tutorial shawl yg sepet pkai...yg pic tengah tu...