Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 21, 2012

Jumpsuit comel sangat-sangat!!

Seperti biasa, aku dapat je baju terus ajak Qery dating. Hehe! Baru dapat baju dari Whitesoot =) Jadi kalau banyak muka aku syok sendiri korang pepaham je la yeahhh..

Kitorang dating kat 1Shamelin. Dekat je dengan rumah aku. Sini ramai chinese, kalau kau masuk pun banyak kedai makan chinese je. Aku suka sebab kalau tempat chinese kompom wayang tak ramai. Sana ada TGV, baru lagi, tempat duduk dia selesa jugak. Besar. Sound effect pun kedebabom. Good. Yang paling penting, parking pun tak payah bayar lagi. Sebab dorang still tak siapkan lagi palang naik turun tu. Tapi tempat pak guard untuk bayar parking dah ada la. Sementara tak payah bayar parking ni, marilah kita berjoli di dalam sana...

 Gambar pertama dari aku. Qery yang paksa i posing. I layankan je *padahal.....*

Baju dari Whitesoot ittew
 Cantikkan baju ni. Aku sukaaa sangat. Korang beli la. Warna hitam pun cantik. Boleh nampak slim melim..

 Kain dia licin, sejuk je.

 Aku tengok wayang cite jerung tu. Ok la cite tu. Ada pun tanjat sikit-sikit la. Takde la over masukkan kepala dalam baju. Qery ni dia penakut sikit. Kalau terkejut memang terpelanting segala apa yang dia pegang. Malu i. Nasib orang tak perasan.

 Maafkan dindaaaa......hehe!

 Jangan maafkan beliau...

Aku tak tau kenapa Qery begitu. Dan tak nak tau.

 Turun eskelator. shopping kompleks sana sampai 5 tingkat. Tapi kedai tak banyak la. Area depan je ada. Belakang2 takde.

Jadi kitorang lepak kat old town saja lah. Nak jalan-jalan kedai tak banyak ni tak stok. Orang pun tak ramai. Kalau nak tengok wayang je ok

 Ngeri tengok tangan sendiri. Sebab Qery dia guna apa eh, ala effect kat fon tu. Aku pun tak tau. Elok kulit aku warna lain, dah jadi gini. Aku tengok macam orang tua. Tapi takpe aku tetap upload.

Balik rumah snap gambar lagi kat rumah

 Baju berlonggok kat belakang, baru amik dari jemuran *motif explain? takut orang kata kau pemalas baju bertahun tak nak lipat-lipat kan, hahaha*

Perlu ke kaki begitu mak hincik???

Itu saja dari baju dan saya yang cantik ini
Byeee!!

17 comments:

nalsweet said...

alahaiii..comelnye saiz..kalo akak pakai kompem macam hulk! hahahaha

btw, sepet pun comel..tu yg pakai ape pun nampak comel! ;)

sweethOneY said...

sumpah baju tu mmg comel !!

sepet a.k.a zack_u said...

nalsweet : Boleh la kak, pinggang dia stretchable. hahaha!

sweethOneY : Comei kan, ko beli la satuuuu..ko kan tinggi. mesti cantik!

reyna said...

comel la akak ,,best kan jadi orang tinggi ,,,kite pendek

aneem said...

sewweeet lah...
awk pown somel
kalau mcm sy x somel lah dah lah perot boncit....
pakai nampak lah kebuncitan perot hehheh

♥nurul♥ said...

cantiknyaa.hehe

kak,jenis kain dy jarang tk?pena beli stu jumpsuit,tp bukan dkt whitesoot la. femes jg blogshop tu. dy kata tk jrg,skli,bile dah beli,tak penah pki pun sbb nmpk line panty tu.hoho

GOLD FINGER said...

hi sepet..comel u dik..slm kenalan..akak ni tgh cuti bergaji..BW sana sini..akhirnya ke blog sepet..nice blog..

ieqa said...

BAIT! Nak tengok jugak cerita tuuu, weekend ni mesti pergi! Hehee

Rara Nasiha said...

serious cantik baju you :)

sepet a.k.a zack_u said...

reyna : Boleh pakai kasut tinggi. hehe!

aneem : Akak tahan napas ni, haha!

♥nurul♥ : Kain dia tak jarang, tapi biasalah kain licin dia selalunya nampak line spender, tapi akak pakai leggingg kat dalam. Jadi takde la nampak sangat.

GOLD FINGER : Wah cute bergaji, bersalin yeah??? Hehe!

ieqa : Tengok jangan tak tengok, huhu!

Rara Nasiha : Cantik sangat kan =)

sharifah rosidah said...

Memang cantik baju ni, perut awak tak buncit pun. Kata nak kuruskan badan sebab perut nampak buncit padahal yang hadooo ,oooo tipu ya.

Azleen said...

sgt sgt sgt santtekkknyer sepet ni.. jeles nyer k.leen tgk..
btw mmg patut laaa buat tutorial sepet pakai shawl..sgt cantik berkenan sgt tengok...

JUE said...

sis awk nmpk sgt gojes !! :)

A.I said...

tingin nk pakai mcm kau. tp mana nak aku sorokkan pewot aku yg boroi ni? huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

sepet a.k.a zack_u said...

sharifah rosidah : Aunty, saya tahan napas la tu..huhu!

Azleen : Kak Leen, saya rasa macam malu nak buat tutorial tu, sebab pakainya senang gila, haha! Tak tergamak nak buat.

JUE : Yeke, wuwuwu! Makin kembang hidung ni..huhu!

A.I : Kak, jangan nak tipu saya la. Saya tengok akak selim melim je. huhu!

rerehalim said...

mak oi. mane pegi perutttt???:O

sepet a.k.a zack_u said...

rerehalim : ada situ..hehe!