Kemalasan Berganda

Aku memang malas. Tu semua orang dah tau. Nak update harini pun rasa malasnyaa haku. Semalam gi rumah Ceera, tengok baby Yunnan. Dulu masa Ceera nak bersalinkan anak pertama, dia memang ada bagitau. Kalau anak lelaki dia nak namakan Yunnan. Aku terus pelik. Sebab kan nama tu jarang gila orang pakai. Apakah macam nama detektif Conan? Ataupun macam jenama rambut Yunnam Hair Care?? Apakah?? Huhu! Tapi sekarang ni bila dia dapat anak lelaki rasa macam unik jugak nama tu. Mak aku cakap Yunnan tu nama tempat. (maklumlah i geografi memang fail). Maksud Yunnan aku memang tak tau. Dan malas nak google. Tunggu la tanya Ceera je nanti.

Semalam tengok Yunnan kulit dia terkopek-kopek. Comei sangat. Main dengan Keisha sampai lupa nak snap gamba. Lepas tu try penimbang kat rumah Ceera, nak tengok betul ke tidok timbang dia tuk kan. Haha! Haritu Ceera timbang seminggu berat dia turun sampai 55kg. Auw!! Cepatnya kurus. Aku yang nak diet ni pun rasa lambat gila nak kurus.

Mesti korang rasa jijik kan aku cakap aku nak kurus, hahahaha! Aku ni nampak je macam kurus. Perut aku ni buncit la. Buncit sikit-sikit memang la sexy *nak jugak sexy ye* Tapi kalau macam tak jaga, aku takut buncit ni akan menjadi kekal sampai ke tua. Oh no no no! Dah la aku tak kawin lagi kan. Harus la jaga sikit badan ni. Lagipun kakak-kakak aku semua badan cantik uols, malu lah i kalau tetiba belum kawin badan serupa anak 5. Nangis....

Kakcik aku yang beranak 4 kali, 3 kali tu bedah pun still slim lagi. Berat pun 50 je. Sentap lah kan. Jemah tu pun beranak 3, 2 kali operation? ke sekali eh? Still kurus. Homai...Ceera pun kurus. Kalau aku gemuk ini adalah memalukan. Mak aku yang beranak 9 kali, dah tua metabolisma dah kurang tu pun berat baru 60. Menyampah sangat la. Korang boleh agak kan kenapa aku tak nak gemok. Kitorang adik beradik boleh je nak gemuk. Tapi sebab emak mawaaaaahhhhh. Huhu! Sapa gemuk kena maki. Gemuk sikit je kena ejek. Kalau kau mampu hadap, sila lah gemuk. Hahaha!

Orang lain gemuk aku tak kisah la kan. Aku cuma nak bgtau kenapa aku tak nak gemuk sangat. Lagipun kalau ko gemuk, ada lah ayat-ayat menyakitkan hati seperti 'ko anak angkat yeh?' Sentap i. Dah la muka aku je lain dari semua adik bradik kan. Dulu dah la kata aku anak kutip, amik kat nyonya jual sayur. Aku masa kecik memang percayaaaa je la. Hahaha! Mak aku la cite tu. Mak cakap dia jalan-jalan, ampak nyonya jual sayur naik basikal. Pastu nyonya tu bagi aku kat Mak. Mak pun amik. Sobsss...

Dah besar sikit baru mak cite macam nak lahirkan aku. Dah la lahir songsang. Muka dah biru tak boleh napas. Sebab aku la jugak doktor tak bagi mak beranak lagi. Sebab boleh bahayakan nyawa mak aku. Masa mak lahirkan aku umur mak baru 37 tahun. Anak no 9 ye umur 37. Lepas tu ada hati nak anak lagi. Kuikui! Mak aku ni memang suka baby.

Semalam borak dengan Ceera, tak ingat la borak apa. Banyak nau boraknye. Cite pasal tukang urut dia la, cite pasal iklan la. Yunnan nak tido pun tak senang. Kejap eh aku sebenarnya malas nak upload gambar. Tapi macam takde gambar pun rasa pelik jugak.


Gambar dengan Kak Yana. Masa ni kat Pameran Pengantin. Kacau Kak Yana buat kerja. Kak Yana ni memang kelakar gila tau. Kalau lepak dengan dia adaaaaa je nak cite. Kenal Kak Yana ni masa jadi model Pameran Pengantin. Sebab dia yang arrangekan nak duduk mana pakai baju apa kan. Tapi dalam gambar ssnyum tak ikhlas. Hahaha!

Ok la ini cite lain. Kat facebook kan. Korang jangan la invite aku main-main game tu. Aku tak main game kat facebook pun. Tak kuasa aku nak main. Beberapa game aku dah block kan. Kenapa lah ramai nau orang main game kat facebook ye. Best sangat kot. Aku je yang macam tak kuasa nak main.

Lepas tu jangan la invite aku join skim cepat kaya ke apa. Jana pendapatan dari Facebook kejadahnya. Aku tak nak join pun. Tak teringin pun. Aku tak pernah tengok lagi orang kaya jana pendapatan dari facebook. Mula-mula memang kau kaya, lepas tu?? Memang orang akan kaata halal halal. Sejauh mana halal tu korang kena la selidik. Sumber pendapatan tu kita kena jaga ye. Huhu!

Lepas tu jangan la tag aku benda-benda yang entah pape. Ewah banyak pulak aku nak komplen kan. Kekekeke! Aku rimas sebenarnya. Aku pun bisnes jugak kat facebook. Tapi takde la orang aku tak kenal pun aku tag kan. Aku lagi suka orang share. Kalau orang suka, then orang akan share. Kecuali kalau orang tu nak kau tag dia. jadi kau tag la. Ikutkan aku aku tak suka sangat orang tag. Sebab nanti wall aku penuh dengan tag ko je. Apahal pulak kan??

Itu sahaja bebelan dari aku harini. Sebab update sambil takde mood. Bye!

Comments

Filla said…
unfriend kan ajer.. macam ahkak.. orang mood sedih-sedih.. ko boleh tag gambar ubat kurus.. gambo girdle segala baju dalam.. haihhh tensi gila okey!
CikPuan FiDa said…
USAH lah nak diet lagi sepet... kuruss daaaaaa tuu....
Sepet said…
Filla ~ Kasihs : Tak sampai hati pulak la nak unfren kan, tapi ikut hati memang nak unfren je. Hahaha!

Cikfi : Diet sikit-sikit je. Huhu!
NenetPenne (NP) said…
ceera dah bersalin? oooh sekejapan jer rasanya...

Lelaki said…
dalam malas2 panjang berjela gak ni...hehe
ibh_sue said…
Uih!..Udah2 la tu..Dah kurus pun. Nnti kerempeng tak lawo tau..Elok dah tu..(^_^)
Adoi bercakap pasal orang ajak main game dan letak benda yang merepek repek memang aunty tak layan langsung, dia orang ni tak tahu ke nak jaga privasi orang? Menyampah betul.

Oooo ceera dah kurus ya senang nya, aunty ni ha dah 4 hari dah makan sekali sehari, nasi langsung tak makan harap harap dapat lah turun dalam 10 kg. Kesian kat baju baju aunty yang dah menjerit jerit tu.
Sepet said…
NenetPenne (NP) : Lama dah bersalinnya, dah seminggu lebih..hehe!

LelakiSemalam : Ini maknanya malas tapi kuat membebel gitu. huhu!

ibh_sue : Nak kempiskan perut je.hehe!

sharifah rosidah : Kan, saya tak suka orang tag tag semua. 10kg banyak tu aunty. U can do it! Hehe~
Unknown said…
hoho.. perut akak da muncit gak.. mintak tlg mak sepet maki akak leh tak?? ade kesedaran sket.. hahaha
Riena Haiqal said…
tak nampak benor gemokss nya sepet ni... tang buncit tu tak tahu la kan.. huhuhuhu..
alamak anak nyonya rupanya.. (^_^)
saya pun masa lahir songsang juga.. tapi mak saya beranak normal la..
mila said…
kebetulan plak ngah pegang buku panduan menamakan anak ni..

kalo ikut pada buku ni yg ada nama YUNAN bukan YUNNAN..maksudnya YUNAN Nama Ulama..

-semoga anak ceera menjadi insan soleh nanti :-)
Sepet said…
adriea : Hehe! mak saya dia laser kat anak-anak dia je..

Riena Haiqal : Buncit ni...huwaaaa! Haah mak saya pun beranak normal, tu la saya biru-biru sebab takleh napas..huhu!

Cik Cammy Lia : Wah! TQ! Huhu! Nak cari maknanya sendiri memang tak la kan..huhu!
cikji said…
haha dalam malas malas nak hupdate,berjela jela jugak karanganya ek.

nk diet lg ke? body kamu dah santek ok.tp klu masalah perut muncit memang ssh nk atasi,cikji pun sama.huhu
Irfa said…
gemuk kena kutuk?
sib baik kita bukan adik beradik
hehe