Terjebak dengan Ephyra Kak Di

Assalamualaikum!! dan Salam Sejahtera!! *ni bukan jerit tau, ini cakap kuat-kuat tapi mesra sambil lambai tangan*

Korang tau la aku kan suka baca blog Kak Di, jadinya aku dah lama gila la perhatikan Ephyra beliau. Mula-mula aku tak ambik kisah pun pasal Ephyra ni. sehinggalah satu saat, aku tengok testimoni pasal lebatkan rambut. Hahaha! Terus terkinja-kinja nak beli.

Rambut panjang memang kerap putus. Aku redha je sebenarnya. Rambut aku memang banyak. Tapi banyak-banyak pun dia selalu putus. Tak sure la aku putus atau gugur ke apa kan. Yang penting kalau wash rambut ke, ikat rambut ke, mesti banyak. Ngeri la aku tengok. Lepas tu Qery pun kata rambut dia dah banyak gugur. Dan jarang-jarang. Dan kami yang bijak ini telah order Ephyra dari Kak Di, kerana kami bukan orang kaya. Kami beli satu kotak share dua orang, hahahaha!

Sebenarnya aku tak nak share,cerita dia macam ni. Aku tapi secara tak sengaja tercerita la kat Qery yang aku beli untuk rambut, dia pun sibuk jugak nak. Bengang betul. Takpe kita cuba dulu, kalau berhasil kita beli lagi ye. =)

Ephyra ni akau beli minggu lepas lagi, tapi aku paham Kak Di busy lepas tu aku paham yang stok dia tak sampai banyak. Jadi aku tunggu la. Aku ingat turn aku lambat lagi. Sekali semalam dah sampai. Wuhuuuuuu!! Itupun mak aku yang amikkan. Siap tanya aku lagi apa benda berat sangat tu. Kasut ke??

Sebab kotak dia besar. Mak aku ingat kasut la kan. Pastu aku cakap kat mak, untuk kulit dan tenaga. Mak aku pun macam nak jugak. Ewah.....dah kongsi dengan Qery, kena kongsi lagi dengan mak, dapat minum berapa je ni? Hahahaha!


Inilah dia Ephyra nya. Tak sabar aku nak minum.


Ada jugak selitkan risalah untuk korang pahamkan apa yang terkandung dalam Ephyra ni. Jadi boleh baca kalau beli ye, harga Ephyra ni sekarang RM228 kot. Kalau tak silap aku la. Korang gi tengok dekat blog Kak Di ye.


Dalam ada 30 sachets, minum pagi satu paket. haritu aku tengok kat blog Kak Di dia cakap minum dengan air apa entah lagi sedap. Aku lupa. Kalau ada apa-apa perubahan kat aku, aku akan roger-roger. Tapi nak tengok sebelum sesudah rambut tak dapek la ye. huhu!

Kotak dia cantik sangat, aku terfikir-fikir, kalau la orang beli tiap-tiap bulan (Ephyra ni boleh minum dalam jangka masa yang lama) macam mana nak simpan kotak-kotak ni, nak buang sayang. sebab kotak dia keras tau. Boleh simpan barang2. Hehe! Tapi kalau dah kaya sangat buangkan aje. Hehe!

Ok la Bye!

Comments

shentalvent said…
hi sepet,dulu i prnh share dgn abg pkai produk skincare,tp yg buat i rs peeelikkkk sgt tu,abg pkai produk tu bkn main bkesan lgi!!! bila i pkai xde plak nmpk hasilnya??nape ye??? sdgkn produk tu both men and women leh pkai..fedap i!!!! hrp2 u consume ephyra tu tiptop hasilnya...kekeke...biar si abg qery u tu jelesss....wahahaha!!
shentalvent said…
hi sepet,dulu i prnh share dgn abg pkai produk skincare,tp yg buat i rs peeelikkkk sgt tu,abg pkai produk tu bkn main bkesan lgi!!! bila i pkai xde plak nmpk hasilnya??nape ye??? sdgkn produk tu both men and women leh pkai..fedap i!!!! hrp2 u consume ephyra tu tiptop hasilnya...kekeke...biar si abg qery u tu jelesss....wahahaha!!
Sepet said…
shentalvent : Ha tu la, ada certain produk bukan tak bagus, cuma tak berkesan kat kita je. Tu la kena cuba-cuba dulu. Kalau ok boleh teruskan, kalau rasa biasa je baik stop kan. Sebab ada orang kesan dia lama baru nampak. Ikut nasib la. hehe!
NHML said…
ermm kak di kata campur oren sedap eh memandai jek hehe...
nk jugak beli untuk rambut,sekrang nie hari2 kena vacum rumah sebb rambut gugur dgn hebat sekali...akn ku miliki juga nanti lepas ikat perut beberapa bulan kekekek
Nur farahiza said…
kak sepet , minum dengan susu sedap gila sampai terangkat , hahaha ,. susu full milk , jangan risau ta gemok tapi comel . hehehehe :)


* kotak dye saye buat isi pad , bagus tersusun , :D
Sepet said…
Nur farahiza : Susu ke? ok la lepas ni kena cuba. hehe! TQ
Anonymous said…
sepet, tulun inform kat akak tau kesan die ok ke tak.. coz akk pon ade mslh kguguran rmbut.. bukan sikit tp banyak giler.. tenkiu sepet... :)
Amir Firdaus said…
salam nak tanya camna ngan keguguran rambut? dah ok tak? ke dah x makan dah? hehe
Amir Firdaus said…
salam camna ngan keguguran rambut uols? dah ok ke? ke dah x makan epyra ni lagi da? hehe
izza ephyra said…
Salam,

being an authorised EPHYRA dealer, im so excited to share with you the product that has giving wonders to most of the ladies out there.

FYI, im selling EPHYRA at a very good deal!(below market price for sure!!)

let me know if you are interested :)

spread the love!

Izza (EPHYRA Authorised Dealer)
0192198619