Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 9, 2012

Makanan Pelik-Pelik?

Minggu lepas, lidah aku pecah. Kau tau la nak makan kan hazab gila. Lagi-lagi kalau makanan tu kena kunyah. Memang bercinta la kan nak makan. Kebetulan masa lidah aku pecah tu, aku barul lepas baca blog Kak Filla gi Korea, *tak dapat pergi Korea, baca blog orang pun jadilah*. Tengok makanan kat sana. Semua tak ada minyak. Semua main rebus-rebus and bakar. Lepas tu mula la aku pun nak rebus-rebus je. Terpengaruh betul.

Malam tu mak aku masa apa entah. Minggu yang aku sakit tu. Semua masakan mak aku memang yang berminyak la. Ikan goreng la, sambal la. Aku kunyah sambil nak nangis pun ada. Jadi disebabkan terpengaruh dengan makanan kat Korea. Aku pun masak la bubur. Nama bubur ni 'Bubur apa yang ada cincai asalkan kenyang'

Mula-mula aku rebus telur. Eh aku bukan nak bagitau cara-cara masak. Nanti korang nganjing aku masa bubur dah la cincai ken..aku dah la cepat sentap. Huhu! Aku cuma nak bagitau korang aku suka masak telur luar masak dalam lembik. Macam gambar kat bawah ni.

Kau nampak macam masak kan, tapi hakikatnya dalam dia still lembik lagi. 3/4 masak la. Aku pun masa la dengan senang hati. Sambil dalam hati nanti cantik la kulit aku makan rebus-rebus je. Padahal seminggu je pun. Tetttt! Hahaha!

Beberapa hari jugak la aku makan bubur. Tapi dalam dia tukar-tukar la kan. Bosan jugak kalau kentang memanjang. Tapi aku tak snap pulak. Mak aku kecik hati kot sebab aku tak makan apa yang dia masak. Aku ada bagitau mak yang lidah aku pecah. Mungkin dia lupa. Siap cakap kat aku

'Pasal apa dua tiga hari ni kau makan pelik-pelik?'

Aku dah....pelik?????? Apa yang peliknya?? Bubur je kennnnn... Aku yang pelik sekarang ni. Huhu! Mungkin mak aku pelik sebab dia dah masak, lepas tu aku masak lagi. Aku kan jenis pemalas. Selalu tak kisah n hadap je apa yang mak aku masak. Mak aku masa sedap kot. Jadi dia curiga la kenapa aku makan rebus-rebus. Dalam pantang ke apa budak ni kan. Huhu!

Aku sengaja tak nak bagitau balik yang lidah aku ada ulcer. Biarkan mak diselubungi misteri nusantara. Kuikuikui! Tapi kulit tetap gitu jugak. Sobs... Aku ni kalau diberi pilihan untuk masak. Aku lagi suka masak yang ada kuah. Semua bubur style la. Sayur ada kuah apa pun ada kuah. Sebab senang. Hahaha! Tapi kalau kat depan muka aku ada sambal ikan bilis. Aku dah bahagia dah. Tak nak cakap pape lagi. Hehe!

Aku suka je makanan ada kuah. Tapi aku tak suka yang pelik-pelik la. Kalau kuah warna dia putih kabur-kabur tu aku ok lagi. Tapi kalau kuah dia pelik warna merah la, warna hijau la. Hilang selera aku. Tapi sup yang orang Jepun makan tu sedap sangat! Aku tanya budak kat Ichiban Ramen tu macam mana dia masa sup, budak tu cakap masak sup pakai soya. Takde la dia gitau cara masak ke apa. Budak tu pun amik order je. Bukan tukang masak kan. Dia bagitau je la bahan utama dalah soya. 

Sapa tau??? *Cea macam la aku nak masak, haha*

Kalau sup kat Korea tu pun aku tengok meleleh air liur. Macam sedap je kan. Aku harap takde la letak arak ke, babsssss ke kan...Jadi aku boleh rasa benda yang sama macam dorang makan kat sana. Dapat makan sup petang-petang memang best.


Bukan aku rajin nak masak ye. Kadang-kadang je teringin. Aku kalau lapar masak Maggy cukup. Dah jangan nak komplen. Huhu!

5 comments:

reyna said...

saya pun suka tengok orang korea makan,,macam sedap je ,,,akak pun macam korea dah,,

sepet a.k.a zack_u said...

reyna : nampak sedap kan makanan kat sana. Eh muka akak macam britney kot, takkan la macma korea.. Huhu!

black_mel said...

lidah ada ulcer?dah ok?makan bubur pun sedap..

"CT CoMeL" said...

cik sepet..jom jenguk2 blog ahkak pulak...hehehe

sepet a.k.a zack_u said...

black_mel : Dah ok dah..bubur memang sedap, tengok la sapa masak. huhu!

"CT Comel' : okeisssss =)