Aku dah bertudung, jadi?


Erghh tajuk mestilah sedikit poyo, bajet macam orang nampak kau punya tajuk orang akan kelam kabut nak baca. Hahaha! Sebenarnya aku memang malas nak buat entry ni memandangkan macam trend pulak orang pakai tudung kan. Aku memang ada rasa diri ini seperti artis bila ramai artis yang berhijrah pakai tudung. Well, tinggal takde orang mintak sign lagi je. Hahaha!

Tudung atau hijab. Sama je la. Aku macam kampungan sikit jadi sebut tudung pun boleh la kan. Korang semua orang melayu je yang baca blog aku. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku pakai tudung? Adakah sudah sampai seru, atau adakah aku ada mimpi pelik-pelik di malam hari, jadi keesokkannya terus rasa nak beetudung semua? Malangnya...tidak sama sekali. Huhu!

Orang pertama yang tau aku nak pakai tudung, ofkos bukan parent la kan. Hahaha! Keji gila. Orang ada boifren beginilah ye. Mesti semua nak bagitau boifren dulu. Kecik hati bonda i..First time bagitau Qery aku nak bertudung dia mula-mula gelak. Kong ajo. Tapi lepas tu dia suka, sebab aku dah tak pakai baju yang ketat suar ketat semua. Tet!!!! Malas nak cite pasal ni. Korang sendiri akan tau dulu aku adalah orang yang macam mana. Jadi diam-diam sudah.

Aku takde la bangga sangat bila pakai tudung. Macam ada orang yang bila dah pakai tudung tu rasa dunia dia sangat perfect. Seperti 'oh i dah pakai tudung, so i adalah orang yang baik'. Seperti yang aku fikirkan, manusia tak perfect. Sekalipun kau dah pakai tudung, itu tak bermaksud yang kau dah perfect. And for sure, aku tak suka sangat bila ko baru pakai tudung, then kau kutuk orang yang tak pakai tudung. Please... Aku bukan nak cakap yang tak pakai tudung tu bagus, yang pakai tudung tu sangat bagus. Bukan begitu.

Ingatlah, bertudung bukannya LESEN untuk kita mengutuk orang yang TAK MEMAKAI TUDUNG.

Kerana dosa orang yang bertudung tu adalah dosa dia dengan Allah SWT. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jangan disebabkan orang yang tak pakai tudung tu ko pulak yang sibuk jadi Tuhan nak menghukum sesukahati. Kita boleh nak nasihat, banyak cara yang kita boleh nasihatkan orang. Tapi fikir dulu, betulke cara kita tu? Kalau betul teruskan. Kalau tak berapa betul, belajar dulu cara-cara macam mana nak tegur someone supaya apa yang kita nak tegur tu berhasil dan dia tak kecil hati.Kalau kau rasa still tak boleh nak nasihatkan dia, cara senang adalah BERDOA. Senang je kan doakan untuk orang lain.

Aku pun bukan baik. Sebab tu aku tak nasihatkan orang. Aku sendiri tak betul sangat kan. Aku cuma pakai tudung, perlahan-lahan kayuh. Complete kan dulu solat, tau batas aurat semua. Sebab ada je orang yang pakai tudung tapi tak solat. Ada jugak orang perempuan yang sibuk cite pasal hukum Allah tapi dia keluar pakai make-up jugak. Kita semua tak perfect. Tak ada yang perfect dalam dunia ni kecuali Allah la kan. Jadi kau layak ke nak mengutuk orang?

Sebab tu aku tak bangga sangat bila aku pakai tudung. Aku tak nak jadi riak. Aku tau apa niat aku sebenarnya bila aku pakai tudung. Apa tujuan aku pakai? Korang pakai sebab apa? Adakah sebab ko rasa nak ikut trend? Atau ko rasa nak join perbahasan orang pakai tudung dengan orang tak pakai tudung??

Memang ramai gila orang pakai tudung, tapi sangat BERBEZA antara orang pakai TUDUNG dengan orang yang MENUTUP AURAT. Adakalanya orang pakai tudung, tapi nampak leher, ada yang pakai tudung, tapi bajunya ketat. Ada yang pakai tudung tapi tak tutup dada *aku banyak kategori ni kot*. Ada yang pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek. Aku sediri tau aku tak perfect. Banyak gila nak kena perbaiki kan..

Jadi, sama-sama la kite muhasabah diri. Sama ada nak menjadi insan yang lebih baik, atau sama sampai bila-bila, atau sukati kau lah...hehe!

Untuk aku, aku pakai tudung bukan sebab nak nampak cantik atau nak nampak style atau nak nampak baik ke apa. Aku pakai tudung sebab dalam fikiran aku terdetik 'SAMPAI BILA?' Allah akan tarik nyawa kita bila-bila. Jadi sampai bila??

Itu je. Sebab aku fikir dosa aku memang banyak gila. Dosa dengan melawan cakap mak ayah lagi, jiwa muda ni memng ko pepaham je la. Hahaha! Dosa duniawi lagi. Jadi aku rasa dah tak nak tunggu sampai seru ke, atau hidayah ke. Watever...Sebab itu semua bukan semua orang boleh dapat. Allah dah bukak hati aku untuk bertudung ni pun aku dah bersyukur sangat.

Jadi buat masa ni, aku try untuk ubah apa yang aku boleh ubah. Yang susah nak ubah tu aku terus doa supaya Allah permudahkan segala yang aku nak buat, jauhkan aku dengan benda-benda yang tak bagus, dekatkan aku dengan perkara-perkara yang bagus.

Kepada yang selalu doakan aku, TQ so much!! Nak suruh korang jangan berhenti berdoa untuk aku tu agak over pulak kan, haha! Tapi kalau korang teringat nak doakan aku tu, hanya Allah mampu membalasnya. Tapi apa pun, aku tau aku comel bila bertudung, jadi tak payah puji eh..larikssssssssssss!!

Comments

Mooniqueen said…
Patutlah skrg pic byk pakai Tudung je??? Alhamdulillah... Kita sama2 memperbaiki diri ... kita semua belum sempurna n takkan sempurna... So jangan malu or bodoh sombong utk belajar dari kesilapan...
safra said…
sepet buat la tutorial camane awk paki shawl pashmina itu.....awesome and kemas jew bile tgk u pakai.....
alhamdulillah..

menutup aurat itu adalah wajib dan perempuan itu adalah aurat :)

muhasabah diri dan semoga kita smua mendapat keberkatan dr Allah dunia akhirat ye..i'Allah..

cantik!!!
nalsweet said…
Alhamdulillah..anda sangat comel wahai cik sepet..bertambah comel bila bertudung ;)
means akak punye soalan tu betulla kan masa entry lame dulu tu..hehe

akak penah baca ayat ni:
"yang bertudung tak semestinya baik..tapi yang baik semestinya bertudung!" ~ ada betulnye kan?
Mya said…
alhamdulillah..
itu je akak nak cakap.
:-)
ita citot said…
Alhamdulillah.... =)
semoga kita same2 sentiasa berusaha menjadi yg lebih baik disisiNYA. Aamiin... =)

cantek sepet bertudung.. lagi2 pkai shawl tutup dada. sojuk mato mandang aih... hehehee (^_^)
Intan said…
Alhamdulillah, tahniah sepet :)
Irfa said…
ye,kamu comel bila bertudung.

dyna syamsuri said…
sepet, Alhamdulillah. nampak lagi cantik.
I pun baru pakai tudung jugak, semoga kita istiqamah. Amiin.
Memang kita tak boleh kutuk-kutuk orang yg tak bertudung sebab maybe satu hari nanti diorang lebik baik dr kita.
anw, ang memang comei
Ayat sepet yg ni mmg akak thumbs up ibu jari kiri kanan akak tau...'Aku takde la bangga sangat bila pakai tudung. Macam ada orang yang bila dah pakai tudung tu rasa dunia dia sangat perfect. Seperti 'oh i dah pakai tudung, so i adalah orang yang baik'. Seperti yang aku fikirkan, manusia tak perfect. Sekalipun kau dah pakai tudung, itu tak bermaksud yang kau dah perfect. And for sure, aku tak suka sangat bila ko baru pakai tudung, then kau kutuk orang yang tak pakai tudung. Please... Aku bukan nak cakap yang tak pakai tudung tu bagus, yang pakai tudung tu sangat bagus. Bukan begitu.'

Exactly dik...bila kita dah bertudung tu, tak perlu la rasa kita ni dah 100 peratus sempurna...byk lagi yg perlu diperbaiki...& jgn sesekali memandang serong pada mereka2 yg masih belum bertudung, kerana di suatu masa dulu, kita juga pernah berada di tempat mereka, sbg cth, pernah merasa pakai skirt pendek ke majlis2 tertentu or gi jenjalan(tp akak tak pernah la sama sekali kecuali zaman kekanak kot)pendek kata, pernah tak menutup aurat dgn sempurnalah kan...Then bila kita melakukan perubahan diri...dan-dan tu nak tunjuk bagus & kritik kekurangan mereka2 yg masih belum terbuka hati utk bertudung dan sebagainya la kan....
so, diam2 sudah..perbaiki diri sendiri dulu..itu yg lebih baik...
takyah sibuk2 hal org sangat la kot kan...

Shahada Fauzi said…
statement last tu memang tak menahan oke..hahaha..tapi memang betol dah tu..comel sangat hana pakai tudung..sweetttttt..semoga terus istiqomah..sama-sama kita perbaiki diri..insyaAllah..dipermudahkan..
Asmara said…
Alhamdulillah.. n tahniah!

*Lama tak baca blog sepet. baca since I was in Japan 2008 until now! pastu lama berenti, setaun ada beberapa kali baca. ni baca semula tak terkejar pulak entry yg lepas2. hehe.. anyway nice to read your blog n semoga jodoh dgn tersayang berkekalan hingga ke syurga. Ameen.. :)
Unknown said…
alhamdulillah...
happy for u sis..
perubahan ke arah kebaikkan,
sokongan padu dari saya selalu untuk awak...
:)
good luck sis
SHAFIKA AMIN said…
Jom sama-sama terus perbaiki diri. Alhamdulillah akak.. :)
Chot said…
aku nk letak tanda je


:)
meera said…
alhmdulillah... selangkah lagi menuju ke jalan Allah.
Sepet said…
Mooniqueen : Betul tu, bodoh belajar tu tak boleh salahkan sapa-sapa, hahaha! Tapi jangan la malu belajar sehingga pandai..kuikui!

cikadikcumellss : Insyaallah akan dipertimbangkan..haha! Tunggu dagu runcing sikit baru buat tutorial..boleh? Haha!

CikFi : Makaseh yaaaa Cikfi!! =)

salwana nordin @ che'wa : Betul tu, marilah kita muhasabah diri bersama-sama ke arah yang diredhai dan diberkati Allah

nalsweet : Hahaha! Ye kak. Betul la tu..

Mya : Time kasih kak =)

ita citot : Mata sejuk?? Acane tu? Hikhik!!

Intan : Time Kasih =)

Irfa : Saya tau, eh? Hahaha!

dyna syamsuri : Tu la kan, mana tau satu hari dorang lagi hebat dari kita yang entah pape ni. Hehe!

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara : Saya stuju kak! Kadang-kadang kita lupa nak tengok cermin..tu yang tak nampak kelemahan diri. Hihi!

Shahada Fauzi : Insyaallah, Amiiinnn

Asmara : Oh lama sudah baca blog ni ye. Tapi skip-skip tu biasa la. Kita ada life kita sendiri kan. Saya pun selalu gitu baca blog orang. Hikhik! Thanks doakan saya. =)

purpleryna : TQ! Saya memang perlukan sokongan semua orang. Sebab kalau orang kondem akan cepat sentap. Hati tissue memang macam ni. hehehe!

Eka_Amin : Jom jom!! =)

ishy77 : Tanda apa tu??? ;P

Tracey : =P

meera : Amiiinnnn
ita citot said…
mata sejuk tu mcm letak ais kat mata. heheheee ;p