Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 25, 2012

Tutorial Video Bergambar : Cara Sepet Pakai Shawl Tutup Dada

Tajuk macam good good sikit, hahaha! Sorry la, video memang aku fail sikit, lagipun hidup keseorang ni takde sapa nak tolong ko. Jadi gambar saja la ye. Ni malam semalam baru aku buat. Malam-malam begitu gigih sekali. Aku harap korang paham la ye. Dan esok boleh pakai gi kerja terus. Kalau berjaya buat tolong la email gambar korang, *bajet testimoni* poyo habis dah aku ni.

Tapi jangan ko kondem eh, aku ni dah la cepat sentap. Nanti i tutup blog i dan berhijrah ke luar negara *mungkin bandung* Motif? huhu! Sebenarnya malu sikit la nak buat tutorial ni. Sebab memang senang sangat pakainya. Takpe, korang nak tau jugak. Aku sanggup korbankan sifat pemalu aku yang ada sikit ittew. Kuikui!

Maafkan aku sebab aku tak mekap. Berada di dalam bilik dan bermekap adalah sangat sesuatu. Jadi korang teguhkan lah iman sambil tengok muka aku yang tak berapa ni. Mulakan dengan bismillah. Hehe!

1. Pilih shawl yang sesuai. Yang selesa untuk dipakai. Yang serap peluh. Supaya korang tak panas. Maklumlah shawl kan pakai berlilit-lilit. 

 2. Shawl korang akan nampak seperti ini.

3. Disebabkan aku nak nampak kemas sikit time pakai shawl. Jadi aku lipatkan sikit supaya dia tak lebar sangat. Lebih kurang banyak ni la lipat dia ye. Korang tak nak lipat pun takpe. Kalau aku, aku suka lipat.

 4. Aku pakai shawl tak pakai anak tudung tau. terus pakai. Korang nak pakai inner atau tak terpulangla. Bagi aku tak payah pakai sebab shawl ni bukan jarang. Memang boleh cover apa yang ko nak cover kan.

 5. Ambil bahagian shawl paling hujung, ngam-ngam untuk korang pin dengan yang sebelah tu. Tak payah sebelah pendek sikit sebelah panjang. Memang sebelah sanaaa je yang panjang ye.

 6. See? Sebelah je yang berjurai panjang. Pin kan.

 7. Lilitkan yang panjang tu ke belakang. Macam dalam gambar ye.

 8. Macam dalam gambar ni. Dia akan jadi pendek sikit la dari sebelumnya.

 9. Then pin kan sekali. Ko kena bukak balik pin tadi. Lepas tu ko pin semua-semua. Gambar macam kat bawah.

 10. Boleh paham?? Kemas-kemas kan sikit la. Pin kan semua sekali.

11. Balance yang tertinggal tu ko naikkan sampai betul-betul atas kepala. Amik yang hujung tu dan pin.

 12. Nampak kan? Boleh bayangkan tak??

13. Amacam?? Senang je kann??

Balik ni boleh try. Semoga berjaya. TQ for reading =)

pesanan penaja : untuk siapa yang nak order Lyla skirt boleh buat sehingga hari Ahad ini saja k. Like facebook SeQy couture. TQ fashionista!

33 comments:

Norhaizan hakim said...

Tq for the tutorial ..boleh cuba..tspi kak zan lebih suka pakai tudung expres..cepat!

nalsweet said...

eh,awak memang comella dik..
buat tutorial pun nampak comel..

tau x, semalam akak tengok citer karate kid tu (dah byk kali tengok pun..yg lama tu) then tengok amoi(heroin) tu..pastu duk rase mcm muke seseorang je amoi tu..
duk pikir-pikir baru tingat sama macam SEPET!

hehehe

*eh, bersungguh akak citer..harap paham la yek citer tu..hiks!

mama irfan said...

thanks... cantik ^_^

Sazana Zakaria said...

comel..backview cm mna yer?

Sazana Zakaria said...

Comel..backview cm mna ye?

Riena Haiqal said...

terima kasih utk tutorial ni.. sangat2 berguna..

sepet a.k.a zack_u said...

Norhaizan hakim : Haah, saya pun suka pakai tudung express, tapi tudung express yang keras tu tak sesuai untuk saya, yang sesuai adalah tudung sekolah je. Tapi apakan daya nak pakai tudung sekolah kak. huhu!

nalsweet : Oh kak, saya tengok cite tu. budak perempuan cina yang pandai main biola (biola ke namanya? huhu) ish lain sangat kot. dia kurus kerempeng, saya mantap *perasan gila, haha*

mama irfan : Tenkiuuuu..hehe!

Sazana Zakaria : Alamak, lupa nak snap. Cuba try dulu. Nanti awak tengok camne backview dia.

CikFi said...

comel dan comel yer

Filla ~ Kasihs said...

homel hangat ;)

sepet a.k.a zack_u said...

CikFi : Buat-buat comel je tu.

Filla ~ Kasihs : hanngit pun ada kan..hahaha!

Irfa said...

pakai shawl ni kena kreatif tu psl susah nak ajar org.pasni buat video lak ye ;)

::cik asha:: said...

boleh la try style sepet pulak lepas ni..mcm senang jer tgk gayanya...hehehe..

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Sepet tengkiu eh...
leh akak terai pakai shawl ala sepet...
Sepet ada snap gambar dari belakang tak? nak tengok part belakang tu pendek ke tak?

sharifah rosidah said...

Ala aunty tak bertudung lah, tapi tak apa mana tahu lain kali bila bertudung boleh lah ambik tip2 memakai tudung yang awak ajar ni.

sepet a.k.a zack_u said...

Riena Haiqal : Same2, hehe!

Irfa : tu la, orang kena bayangkan lebih, tak paham tak boleh buat apa la =)

::cik asha:: boleh sangat, nanti email gambar tau.. =P

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara : Akak kalau nak belakang panjang, akak jangan lipat macam saya, akak pakai terus je. Macam saya tu dah pendek sikit. hehe!

sharifah rosidah : Takpe la aunty,mana tau nanti ada majlis2 yg kena bertutup ke boleh la pakai camgini kan. hehe!

eda said...

haaaaa ade pun tutorial .. sgt sgt hargaii .. TQ TQ !!

nik ros said...

ok.nanti nak cuba :)

zawani badri said...

thanks for the tutorial :)

purpleryna said...

macam senang je sepet... nie yg napakai shawl balik nie..

tetibe terpegun ngan awak..
walaupon tanpa make up
awk memang cantik lah sepet..
rasa cam nak hug awk kuat2 je
kasi lepas geram..

purpleryna said...

macam senang je sepet... nie yg napakai shawl balik nie..

tetibe terpegun ngan awak..
walaupon tanpa make up
awk memang cantik lah sepet..
rasa cam nak hug awk kuat2 je
kasi lepas geram..

Siti Shuhadah said...

CANTIK !!! nak cuba gak.. nanti saya pos gambo yer..hehehe..

Nady ryd'na said...

cantik cgt2.. kalo tudg kecik kne lebh2 kn ckit blkg.. kalo x mseti nmpk tengkuk titeww kn kak sepet..
hehehe.. da try mse jamuan rye kelmrin.. xD

s h a said...

Wahh...nampak mudah.boleh cube ni.thanx for sharing :) kamu sgt comel.

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

nice :)

Sofia Karim said...

Seyesly dah cuba buat tadi... ehehe.. memang saya jadi cute.. kekeke.. padahal nak pergi tesco aja pun td.. hehe.. tq for ur tutorial

Faizah^Ramli said...

Orgnya cantek pakai apa pun cantek... :)

boongafarra said...

style ni lom pnah cube lagi,nampak comel jer :)

#inginkan keunikan dalam gambar keluarga?bayi?layari
http://vectorartxpert.weebly.com/

Cik Tanpa Nama said...

wahhh simple je...:)

mama leen said...

ok nak try.. :) tq

Aida the Pinky said...

he..dah lama nak tau mcm mane sepet pakai shawl..okey got it..thanks..

Aida.Ohno said...

serius.tutorial bergambar lagi senang faham dari tutorial video.thank you sweetie!thumbs up :D

nurxaheera abdullah said...

Seriously, the best la tutorial ni.. Sbb nya sy ni naik moto, so susah la nak begaya kalau pakai shawl.. Tp skrg boley tiru kak sepet!

fairuzia azmi said...

hm..skrg ni mmg banyak cara pakai shawl..creative betul orang ni.. tapi still ada yg susah nak lilit2 ni..ada yg tau lilit2 mcm i tapi kadang2 xde time nak lilit2 so time cmni best klu ada tudung express..but i don't like tudung expres..it's just not my type sbb i suka shawl-type tudung..so, i pn jumpala tudung bokitta dari Lebanon..tudung shawl yang dah siap lilit (xpayah pening kepala nak belit macamana), xpayah pakai pin ada sekali matching inner...easy to wear..ni mcm tudung express version shawl la..heheehe..skrg i pakai tudung jenis ni..biasa i beli kat this website www.myvalorem.com ...telekung bertahta rhinestone..ni baru 1st time tgk telekung camtu..so, i pun belila 4 helai..untuk my mom, my sisters and i pun nak la jugak..hehee... sume tgh ada sale..banyak jugak discount.