Malique feat Black - Teman Pengganti

Aku ni jarang dengar radio, mungkin aku slow sikit pasal lagu terbaru. Sapa-sapa yang macam aku, jenis tak selalu dengar radio, boleh dengar lagu Malique ni k. Lagu Malique dengan Black ni memang sedih sangat. Wuwuwuwuwuwu!! Sedih okey kalau terjadi kat sapa-sapa. Dengar seratus kali pun sedih jugak. Lagu Malique setiap kali mesti penuh makna dan best!!



Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

*******************************************************

Aku dah hafal, oh pleaseeee la. Poyo sangat kan..hahaha! Siap cari apa maksud 700000 hijab semua, over. Tapi aku suka. Aku tengok kat youtube siap dorang cakap Malique ni memang sakit, buat lagu ni untuk wife dia. Tapi aku harap Malique tak sakit la. Sebab lagu-lagu dia memang best. Kalah lagu KRU okey. Ok sekarang nak minat lagu-lagu Malique je. =)

Comments

terus bukak download folder, terus cari lagu teman pengganti.. :( "ketawa bersama..menangis bersama....."
Unknown said…
1st time me dengar lagu ni terus jatuh hati! hari-hari pun nak dengar lagu ni.sangat penuh makna!
singgah blog me ya! zahidahnur.blogspot.com
Sepet said…
my name is ivana : Mendalam kann maksud dia..huhu!

zahidahnur : Betul-betul. Tak sabat nak tunggu malique nyanyi live.
Chot said…
huhu...langsung xbley dgr lgu ni...pilu....kuar time sy breakoff....once i know dia tunang dgn org lain atas wasiat his latefather?..

*Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba..

*part paling harubiru....sobs......

thumbs up for malique n black...

Sepet said…
ishy77 : Alorh ye ke? Siannyaaaaa... =( Bertabahlah ye. Ada orang yang sesuai untuk awak nanti. Amiinnnnn =)
zureen said…
lagu ni mmg best...sy pun suka dan dah letak pun kat blog.. apa masuk 700000 hijab tu ek?
Sepet said…
zureen : Ini maksud saya tengok dari komen-komen kat youtube. Bukan saya sendiri yang cari tau. hehe!

70 000 hijab harus ku singkap ---> 70 ribu halangan dalam mengenali tuhan

Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap --> sorok kitab (tinggalkan kisah silam) penjara hinggap (dunia)

Dalam diam ada, seorang yang ku puja --> seseorang yang kupuja (Muhammad)

Kau teristimewa tapi dia yang sempurna --> Kau (dunia / nafsu yg lalai dgn dunia)

dia yang sempurna -- (Allah) ...