Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 15, 2012

Qery pegang Diary Aku!!!!!

Dah lama gila diary aku hilang. Aku ada cite dulu kat SINI, kemain lagi cari kot-kot la terselit celah katil sebab aku suka tulis diari atas katil kan. Baru la feeling sikit. Huhu! Lepas tu aku tanya Qery, dia beriye-iye kata takde. Siap marah aku sebab tanya banyak kali. Sobs....

Aku memang selalu keluar buat kerja dengan Qery akan bawak diary tu. Sebab banyak benda nak tulis dalam tu. Bila hilang rasa lost jugak sekejap. Orang yang pelupa macam aku ni memang kena banyak tulis. Semua benda penting atau tak penting pun aku tulis dalam tu. Dah berbulan jugak hilang. Baru-baru ni  dapat MMS, sebab gambar tu kecik. Jadi aku tak perasan. Ingatkan Qery salah hantar MMS.

Lepas tu try la save sebab nak tengok jugak.. Sekali....

HAMEK KAU...

Maluuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!

Aku tak sangka aku ada tulis benda ni dalam diari. Kahkahkah!!

Yang second point tu terpaksa dirahsiakan..aku tak sanggup nak suruh korang baca. Kuikuikui!
Terus aku reply mesej dia.

S : Hoi tipu cakap takde dengan kamu!
Q : Ada dalam bonet. Kita ingat buku kita selama ni. Tak pernah bukak. Sekali tengok nama kamu kat depan.
S : Kan dah tau diari jangan la baca!
Q : Dah habis baca pun..

Erghhhhh!!! Ini kali kedua dia baca diari aku. Please....i nak privacy boleh?? *libasshawl*

7 comments:

Hanif Redland said...

Hehehe..mcm2..kelakr la sepet & Qery ni..

LelakiSemalam said...

naya2...hehe

Hanna said...

hehehe habislah kantoi ye...tapi takpe sebab korang dua comel..

sharifah rosidah said...

Dah ada dalam kereta dia, mestilah dia baca.

sepet a.k.a zack_u said...

Hanif Redland : Mana ada kelakar..hehe!

LelakiSemalam : nasib takde tulis suka kat sapa2 dalam tu. kalau tak lagi naya..hehe!

Hanna : Qery tak cemol. huhu!

sharifah rosidah : Tu la kan, tertinggal dalam kereta dia. malangla...

Irfa said...

akak pun tulis diary dr zaman skolah menengah smpi skrg.masa skolah x mampu beli diary,akak tulis dalam log book.sekali...lupa simpan sbb nak mandi,mak dah baca.malu satu dekad

mmg tulis diary kena baring2 atas katil baru ada feel

Jumria Alimuddin said...

uda lma tglkan tabiat tulis diary...means real dairy....last yr da gak try ber'diary' gna hp application...last2 ank aku yg comel tu g delete...hm...

http://jumnutriblog.blogspot.com