Tiga tips dan teknik anda untuk menawan hati si dia

Ini adalah contest dari Nuffnang. Ye aku tau aku adalah orang yang sangat tak gemar join contest sebab dah tau akan kalah. Hahaha! Tapi saja la cuba nasib kot-kot tiba-tiba menang. Tuah manusia siapa yang tau kan. Syarat dia simple je. Bagi 3 TIPS dan TEKNIK untuk menawan hati si dia. Aku bab-bab gedik ni memang no 1. Serahkan saja pada yang pakar. Kalau nak tau lebih pun takpe. Tapi apakan daya, dia nak 3 je kan. Kita bagi apa yang dia nak je ye. Jangan over sangat. Hehe!

Kalau korang nak buat contest ni boleh asalkan status korang gliterrati. Last buat hari Ahad ni. Jadi sempat je kalau ko nak buat k

Pape pun letak gambar diri sendiri dengan pasangan dulu.

Bagi aku nak tawan hati si dia adalah sangat mudah seperti makan kacang, mana yang tak makan sayur tu boleh tukar kepada ayam. Ok tak klaka. Ewah cite macam playgirl sangat. Ouch!! Tips pertama... baca dengan teliti ye siapa yang single mingle, oh kalau dah kawin pun takpe, mana tau suami/isteri sebenarnya tak tertawan pun lagi dengan kite. Sentap pat ratus kali sambil baca tips i okey..hikhik!

1. Ambil peluang untuk tatap mata pasangan. 

Tekniknya??? Ha dah ada tips mesti kena ada teknik sekali ye tak. Maksud aku pandangan tu jangan la kau pandang atas bawah 10 kali. Itu namanya pandangan tidak berapa senonoh. Hehe! Tatap mata pasangan ni adalah salah satu benda yang bukan semua orang boleh buat even dah kawin pun. Ada pasangan atau belum jadi pasangan pun, mereka ada sifat pemalu yang amatlah tebal. Nak pandang pun malu inikan nak tatap lama-lama. Acane?? Tapi kau janganla pandang dengan penuh tak berperasaan. Contoh kau pandang kat anak buah adalah lain dengan pandang kat orang yang kita suka/sayang/cinta kan. Mata haruslah bersinar-sinar kalau bagus sampai berkaca-kaca. Kompom terus tertawan! I selalu buat ni. Kuikuikui!

2. Pandai ambil hati pasangan.

Tekniknya?? Kalau yang belum kawin tu before kuar dating tu kena la tau boifren tu suka korang pakai macam mana. Sopan ke tidok. Tau boifren/girlfren suka perfume apa, buat-buat tersama warna baju, boleh la tetiba 'eh macam mana boleh sama ni??' Begitu. Kalau pasangan yang dah kawin ni, kena tau apa yang wife/husband suka. Kalau husband kau suka makan sembal belacan, sila belajar dengan aku. *boleh?? tetiba promot diri sendiri? haha* Buat perkara yang sweet-sweet seperti letak note dalam poket hasben tulis 'i love u', atau kalau hasben kau jenis garang tak main la jiwang-jiwang ni. Boleh la beli tiket panjang gunung kinabalu bersama tersayang. Atau husband pulak boleh la belikan bunga untuk wife *ini kes aku tak pernah dapat bunga, jadi aku teringin gila nak dapat bunga, sungguh kasihan...huhu* Perempuan ni senang, kau buat apa je dia akan tertawan. Percayalah..
3. Tau keadaan pasangan serta ambil berat

Tekniknya senang je. Sentiasa bertanya. Jangan asik nak buat kesimpulan sendiri. Aku tak suka *eh tetiba aku tak suka kan??* Tapi jangan la kau tanya setiap sejam. Kalau aku tu dah tak nak tertawan la. Rasa macam nak sawan pun ada. Tanya beragak la kan. Contoh tanya simple-simple pun okey dah kot. Dah makan ke belum? Ayat kena comel. Kalau tak tau meh belajar dengan aku..

'Awak dah makan ke? Jangan lupa makan tau nanti sakit semua orang susah, saya susah hati, doktor susah nak fikir ubat apa nak bagi,doktor nak kena tulis ubat, nurse nak explain ubat, awak nak kena makan ubat, saya kena paksa awak makan ubat, susah kan...Semua sebab awak tak makan je. Kalau awak tak makan saya merajuk! Tak kira!'

Okey kalau macam ni tak comel sangat sebab selalunya aku mesej kat Qery macam ni dia tak layan. hahaha! Mesej yang comel dan kena dengan piawaian konsep tertawan kita

'Awak dah makan? Kalau belum nanti makan ye, love u'

Cukupla kan. Kalau nak tambah Muah kis sikit kat belakang pun boleh je. Hehe! Tau keadaan pasangan tu adalah seperti tau dia berharta atau tak. Paham keadaan kewangan dia. Tau dalam dompet dia ada berapa. Tapi jangan la kau pergi cek pulak kan. Lelaki/Perempuan tak suka pasangan yang suka meminta-minta ni. Kecuali kalau dia offer kau. Sila jangan tolak. Sebab peluang sebegini jarang berlaku. Hehe! Tau masalah yang membelenggu diri dia. Dengar semua keluhan atau luahan, tau macam mana nak tenangkan dia. Semua ni penting ye.

Cukup tak 3 Tips & Teknik? Nak suruh i tambah lagi boleh je. Tapi tadi nak 3 je kan. Hehe!
Semoga tips ni berkesan dan mujarab kat korang semua. Tips yang simple tapi peratusan nak pasangan korang tertawan adalah 100%. Aku sendiri buat praktikal. So semua menjadi. Semua jatuh hati kat i. I kan dot dot dot sikit. Hahaha! Ok tak fun. 

Harap-harap entry ni menang! Fuh kanan fuh kiri. =)

Comments

Chot said…
ok..tips susah sgt..

lain?
Unknown said…
da join..hohoho...^_^
viruspadu said…
nak buat jugak lah :)
Sepet said…
ishy77 : Susah ke? Hahaha! Senang le...Cer buat dulu

Tracey : Jom join sama-sama. =)

Zaki Ayuni : Syabas!! Hehe!

Viruspadu : Buat jangan tak buat!!