Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 18, 2012

The Making Of Part 1 : Bukan aku

Tetiba bukan aku, huhu! Bukan aku yang bertunang atau pun kawin. Tapi abang aku si Ayie tu. Kitorang plan gi sana tujuh kereta, memang tak ajak sedara sebab kitorang je pun dah ramai. Lagipun kalau ramai sangat konvoi pun susah jugak. Plan pergi Segamat hari Sabtu petang sebab Nikah and sanding adalah hari Ahad. Beginilah plannya.

Tema : Tekois

Kereta :
1. Family Akak
2. Family Kaklang
3. Family Kakcik
4. Family Ode
5. Family Andak
6. Myvi Putih (Abah n the geng)
7. Myvi Hitam (Aku n the geng)
(Ceera tak ikut sebab still dalam pantang)

Poyo gila and the geng, malas nak tulis nama sorang-sorang. Jadinya 7 kereta la kite pergi ye. Itu pun tak konvoi sekali, yang konvoi pagi adalah kaklang, kakcik dengan andak, tengah hari ode dengan aku, petang abah dengan akak. Kitorang janji jumpa kat segamat je la. 

Ontheway tu dorang wassap la gambar dorang berenti ker perhentian sana sini kan. Aku takde la snap gambar. Memang nafsu nak bergambar takde sekarang ni. Semua paksa dorang wassapkan gambar-gambar senang aku nak update. Dorang pun tau dah aku amik gambar kat wassap je. jadi semua hantar kat wassap. Huhu!

 Kalau nak upload semua gambar dorang makan, memang tak larat la aku nak edit kan. Pergi segamat je tapi berenti makan sampai dua kali. Tak paham sangat kan. Macam la pergi Perlis ke apa. Perut manusia ke apa. Huhu!

 
 Makan banyak tapi tak gemuk pun. Menyampah.

 Abah and the geng. Saja bawak geng (jiran terbaik) sebab dorang ni orang Johor. Jadi kalau ada tol time nak kawin nanti (orang johor kan suka tol tol tol) ada la orang boleh tolong mintak diskaun ke apa. kekeke! Kitorang ni apa  pun tak tau.

 Inilah rumah yang kitorang duduk tu. Besar kemain. Rumah yang sama masa tunang Ayie dulu. 

 Budak-budak la paling gembira sebab dorang boleh main lari-lari dalam rumah.

 Budak-budak laki ni, dari pagi sampai ke malam dengan bola. Ko bagi sebijik bola. boleh hidup sehari. Malam nak tidur baru hegeh-hegeh lapar bagai. Huhu!

Aku baru sampai 
Baju dari FemmeFashion2u

 Time ni lawak sangat. Ayie dia taknak pakai inai. Lepas tu kena kejar dengan kaklang and abanglang. Paksa dia pakai jugak. Aku gelakkan je. Lanttakkan korang.

Aku mula-mula tak nak pakai inai sebab malas nak jaga. Nanti nak buat apa-apa kena control jaga jari. Tapi bila dah malam sikit. Baru aku pakai.

 Comel kan? Hikhik!! Anak buah aku semua cemburu. Aku angkat-angkat kening sakitkan hati dorang. Kuikui!

'Maksu kite nak macam Maksu'

Nak macam aku, tapi kuku semua dah full inai, acane aku nak buatkan, takkan nak kikis balik..sampaikan kuku kaki dorang pun full. Hover sangat. Huhu!

Malam tu abangndak buat seprise kat andak. Belikan dia kek. Aku perasan abangdak keluar sorang-sorang, tapi takde la nak tanya dia gi mana semua kan. Lepas tu andak tanya aku..

Andak : Abangndak mana?
Aku : Dia dah keluar dah. Masa andak pakai inai tu.
Andak : Dia tak pernah keluar tak bagitau andak. Selalu mesti bgtau, atleast bisik ke apa.
Aku : Dia tak kisah dah dengan andak. Ini la kot masa dia nak kuar pun

Rupanya abangndak belikan kek.
Untungggglaaaaaa~~~ *mata ke atas*

Tunggu abah and akak sampai baru kita potong kek. Ika nampak aku..terus dia cakap,

Ika : Maksu, pakai la elok sikit, kan nak sambut befday makndak, nanti masuk blog tak cantik
Maksu : Ala maksu duduk tepi je, tak payah amik gambar maksu la.

Memang time dorang amik gambar aku lari ke sana ke sini. Hahaha! Malas nak pakai tudung. Tak kuasa. 



Inilah dia satu hari sebelum Ayie Nikah

Bukan aku ye.

6 comments:

Hanna said...

Meriahnya ramai adik-beradik.. =)

Cik Mimie said...

bestnya..meriah kluarga awk ye hana..
eh, segamat kat mana tu??
sebab kmpng kta pn kt sgmat jgk.. :)

sepet a.k.a zack_u said...

Hanna : Meriah sangat! Hehe!

Cik Mimie : Segamat alamak, mana eh. lupa la. huhu!

sharifah rosidah said...

Seronok nya ramai adik beradik, bila konvoi kemana mana jadi meriah.

zureen said...

La nape xckp ada kt segamat...kita org segamat tau... Nk tau juga segamat kat mana?

Irfa said...

kalau dah family saja pun dah ramai..tak payah ajak org lain pun dah cukup meriah