Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 28, 2012

Sulung VS Bongsu

Qery = Sulung (Tak fun)
Sepet = Bongsu, Comel, Anje, Kiut, Jelita, okbye

Kita berdua selalu gaduh. Sumpah tak tipu. Hehe! Aku tak sure la, sama ada benda ni jadi kat aku je atau apa. Tapi inilah perangai anak sulung LELAKI.

1. Penyayang.

Mula-mula kita puji dulu, selalu abang sulung ni dia penyayang. Sayang Ibu, Sayang Awek, gitu. Ok cukup. Aku tak selesa nak puji Qery lebih-lebih *poyo sangat cakap selesa selesa, lempang tau la, huuh*

2. Nak kena dengar cakap diaaaaaaaaaaaaa je. Erghhhhhhh

Biasalah..dah terbiasa mengarah adik-adik, dah terbiasa orang ikut cakap dia, semua dia punya cakap betul. Cakap orang lain tak boleh terima. Geram.

3. Lebih serius.

Sikit-sikit nak serius, nyampah. 

4. Tak boleh dengar cakap awek. 

Contoh kan, aku dah cakap dah benda ni, tapi dia tak nak dengar. Kawan dia cakap baru dia dengar. Tak berbulu lubang hidung kau??

5. Tak ada perkataan 'tolong'

Dia suka suruh aku buat, tapi tak mintak tolong pun. Contohnya..

'Nanti replykan email kita kat Dr Saidon'

Takde pun 'Tolong replykan email kita kat Dr Saidon' Takdeeeee perkataan tolong pun....Sebab apa takde?? Sebab itu ARAHAN. Bukannya PERTOLONGAN. Guwa perhatiii je perangai dia.

6. Kalau A, A la jawabnya.

Kau nak cakap a kecik pun tak boleh. Alif pun tak boleh. Sungguh lurus sekali. Huhu!

Ini perihal Sulung, Perihal bongsu pulak..

1. Kalau nak, nak jugak!

Hahaha! Aku pedulik apa. Kalau tak dapat, mula la nak protes. Paling dasyat pun off phone 5 minit. 

2. Buat-buat matang.

Ehem ehem, macam selalu buat je, hihihi! Well, selalu aku mesti nak nampak lebih berfikiran matang dari Qery, kalau Qery kata itu, aku akan kata ini. Sebab tu dia selalu cakap aku kuat melawan. Lalalala~~

3. Mengada-ngada.

Harus.... Kalau tak mengada baik tak payah jadi anak bongsu. Itu lumrah dan harus diterima sama ada rela ataupun tidak.

4. Degil

Aku rasa, bukan bongsu pun degil jugak, tapi degil aku ni macam..aku dengar jugak cakap orang, tapi dalam masa dengar tu dalam hati akan berkata-kata 'eleh kau bukan betul sangat pun, dulu kau lagi teruk dari aku, dulu kau bla bla bla bla' begitu, hahaha! Aku macam ada perangai syaitan sikit.

5. Pendam

Wah, pendam..kerlass kau..hahahaha! Aku memang tulis kat blog yang happy happy je. Sebab yang sedih2 semua aku pendam. Aku jarang melawan balik kalau orang mengata aku ke apa, sebab aku pendam. Kalau aku balas, aku tak tau la apa nasib orang tu. Huhu!

Jadi, bila gaduh dengan Qery, aku selalu suruh Qery mengalah.. sebab dia sulung. Padan Muka. Tapi bila gaduh, Qery selalu suruh aku dengar cakap dia, sebab dia sulung. Acane??? 


Kesimpulannya, dua-dua perangai amatlah menjengkelkan

14 comments:

Pinkjambu said...

Ya ampun, tergelak baca entry nih, sangat tepat!! Saya dengan suami pon Sulung vs Bongsu! hihihi..

salam kenal2 :D

Irfa said...

akak sulung.suami pun anak sulung
tp sbb dia tersgt kool maka akak ubah jd anak bongsu ;)
hehe.hidup saling melengkapi gitu

ceritera-chinta said...

hahhah hsbnd sulung n sy 2 bongsu....mmb betul semua tu tepat sekaliiii kalau A mesti A tak ley Z
nasib hsbnd kena ler ikut nanti tka ley nk buat muka kesian nk shopping apa2 hahahah

cikji said...

memang betul.my husband anak sulung. yg paling terserlah sekali sifat yang tegas lah tp nasib baik ada jugak sifat penyayang tuh hikss

Riena Haiqal said...

hahahaha.. sesuai sangat.. husband saya anak sulung. saya anak tengah2.. takder la bongsu pun.. tapi memang sama dengan kenyataan diatas

tomikai said...

Hai sepet, sorry sgt Komen xde kene mengene ngn entry, tapi I betul2 nak tahu pasal beg lv yg u Salu Bawak tu.. Bukan apa I perasan itu je yg u Salu Bawak g mana2, shopping, dating, even kenduri.. I berkenan beg cmtu tp xtau lv model apa, u beli berapa rm? Maybe u boleh Buat an entry pasal beg ni, I mmg nak tau sgt2, pleaseeeee..

sepet a.k.a zack_u said...

Pinkjambu : Sama la kita rupanya, hehehe!

Irfa : Terpaksa la akak feeling bongsu kan..untunglaaa.hehehe!

ceritera-chinta : Nyampah sangat kan, kalau boleh nak buat muka meluat depan dia 24jam, hehe!

Riena Haiqal : Takpe boleh feeling bongsu jugek la..hehe!

tomikai : Hai, oh haritu ada tanya kan, saya cari tapi tak jumpa kat entry mana nak reply, beg ni dah 2 tahun saya pakai. card dia entah kemana. Lagipun beg ni pesan kat aunty Qery masa dia gi Korea. Dia bagi saya half prize, hehe! Saya tak sure la amount dia berapa. Sebab saya beli sekali dengan purse. Sorry tau..nanti saya tanya aunty kot-kot dia boleh ingat ke.. =)

siti said...

btol tu, ct pon bongsu. tapi bila hsbd anak tgh so slalu dia mntk pendpt. nk cari tmpt mkn pon susah sbb asek tnye nk mkn mane?? fedup i tao ;))

Rina Ellisa said...

nice header!!~ :D

oh! sy sulung & si dia bongsu.. acane tuwwwww.. :P

sharifah rosidah said...

Hahaha tak boleh blah lah kamu dua orang ni tapi apa pun aunty tetap nak menang kan si bongsu sebab kita sama jom calit tangan.

Zanira Noh said...

Ciput tak macam tu pun... Cuma yg penyayang tu ye la... And yang dgr kata kawan dr atam tu... Mmg berbulu bulu hidung haku.

Zanira Noh said...

Ciput tak macam tu pun... Cuma yg penyayang tu ye la... And yang dgr kata kawan dr atam tu... Mmg berbulu bulu hidung haku.

ain kadir said...

sesungguhnya kita sama kak. gimme 10! hehe

♥nurul♥ said...

klu anak kedua dgn anak kedua pula acane?hihik