Tahniah Shila Hamzah

Terasa blog ini umpama blog artis bila tajuk memang artis sangat, hahaha! Well, aku memang suka gila kat Shila Hamzah ni since dia jadi penyanyi lagi ye. Dia punya suara memang strong. Dia tak pernah la kelaut. Tapi aku tak tau la kalau mana-mana lagu dia ada bawak kelaut kan. Setakat ni yang aku dengar semua good good je.

Baru-baru ni Shila terpilih untuk pertandingan Asian Wave. Kiranya semua negara asia hantar wakil la. Jepun, China, Singapore, dan Malaysia hantar Shila Hamzah. Ya ampun...suara dia masa nyanyi lagu ni meremang-remang bulu tangan aku. Memang superb sangat!

Dengan imej dia yang sopan tu. Ohmyshila. I love u so much la! Korang boleh tengok video dia kat youtube nyanyi lagu Adele : Set Fire To The Rain



Dan dia dapat ke pusingan seterusnya. Serius aku dengar banyak kali. Juri pun meremang dengar dia nyanyi. Siap nyanyi lagu chinese lagi. Aku tak paham la, tapi aku dengar sedap je. huhu!



Suara aku ada la lebih kurang Shila ni jugak *hahaha! meninggal lipas-lipas kat tong sampah rumah aku*, cuma aku malas je nak asah bakat. Kakakaka!

Jadi marilah kita support artis Malaysia. Ramai je artis Malaysia yang berbakat. Seperti Farah AF, Zahid AF, calon AF yang lain semua hampeh. Suara so so sooooo je. Bagi lagu lain sikit dah kelaut. Me dont like. Aku tak salahkan dorang, aku nak salahkan juri sebab tak reti pilih calon masa nak masuk audition. Semua tengok muka cantik hensem je *padahal muka hensem mana pun dorang pilih*. WTfish!

Watever... Yang penting Shila Hamzah memang terbaik.

Video Adele ni memang terbaik la. Geli jugak aku tengok lelaki dengan lelaki. Tapi tengok jugak la sampai habis, hahaha!



Vote for Shila!! Eh ada ke vote. semua juri kot. Hehe! Klabye!

Comments

Anonymous said…
kitaaaa pun sukaa giler dgn Shila Amzahhh ! seriousslyyy ^^
NHML said…
memula dengar tadi rasa mcm asa aura tersendiri rasa bangga *mcm sy yang nyayi hehe pitam *
tapi mmg best lah dgar banyak kali
eh baju yang dia nyayi lagu cina tu cantikkkkk heheh
Unknown said…
Suka shila Amzah jugak.. Hehe
Filla said…
suara sedap... muka cantik... berbakat besar... serious mcm aku... *pangggggggggggggggggggggggggg* hahah
Unknown said…
suara shila hamzah mmg best.. rugi xsupport artis yg berbakat macam dia kan..
smlm, akak tgk youtube yg dia nyanyi lagu 'Forever Love' (lagu cina)mmg perfect dia bwk lagu tu..
sedap sgt suara dia...
kalau tak, takkan juri cina tu smpai meremang bulu roma kennnn :D

harap dia menang la kan...
tgk tak amoi rambut pendek pakai kebaya pink (pun peserta Asian Wave ni jugak) dia bwk lagu CT Nurhaliza 'Bukan Cinta Biasa' ekeke :D ok la..cubaan yg baik jugak...
tp suara tak sepower Shila la kan...
sbb lagu CT yg dia nyanyi tu tak mencabar sgt tang korusnya...
chewahhhh :P
Sepet said…
Miss Tieyha :Best kan dia. comel sangat! Suara pun sedap!

ceritera-chinta : Kan, sedap gila kan. Baju dia cantik eh? Tak pasan pulak. Tapi shila dah berisi sikit, tu je perasan. huhu!

Sally Yatiey : Sama la kite..hehe!

Filla ~ Kasihs : Kak Filla nak saya lempangkan ke apa?? Hahaha!

purpleryna : Kan, kalau tengok kat youtube lagi banyak lagu dia nyanyi lagi sedap dari penyanyi asal.

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara : Sedap kan. Saya tengok yang cina nyanyi lagi siti tu. Ok Ok je la. Tapi kahum la dia boleh hafal kan. even ada yang dia hentam2. Still bangga. haha!
Haah suara Shila Hamzah memang sedap, aunty pun suka bila dengar dia nyanyi.