Before Ceera bersalin dia memang dah siap-siap mesej aku untuk belikan bantal panas ni. Sebab aku tau kat mana yang murah kan. Tapi demi menjaga hati semua penjual-penjual bantal panas ni aku tak boleh la bagitau berapa harganya ye. Kalau korang nak, silalah beli kat panjual bantal panas ni. Fungsi bantal panas ni lebih kurang tungku la. Untuk proses pencairan lemak gitu.
Kalau ikutkan tradisional. Memang rumit gila. Balut dengan daun. balut lagi pakai kain. Lepas tu panaskan tungku. Memang panas gila la tungku tu. Aku tak pernah lagi bertungku. Tapi kakak-kakak aku memang semua mak aku letak tungku ni. Berat dia toksah cite. Itu la pasal semua kakak-kakak i slim selepas berpantang. Beberapa bulan lepas pantang eh kau paham-paham lah ye. Hahaha!
Aku dapat bayangkan bantal panas yang Ceera cari ni rupa dia lebih kurang gini la.
Ini gambar dari google. Tak tau la sapa punya bantal panas. Ceera punye aku malas nak snap. Dia punye yang ada magnet sekali la. Aku beli upgrade sikit. Kalau yang takde magnet lagi murah. Aku nampak ada satu lagi bengkung ni. Dia pun letrik jugak. Tapi dia jenis boleh lipat kat perut. Aku terus konfius. Eh mana satu eh Ceera nak. Jap eh aku lukis rupa bengkung tu..
Aku rasa bantal biasa tu je kan. Sebab Ceera kata untuk tungku. Terus call Ceera.
Aku : Atam nak bantal kan? Warna apa?
Ceera : Tak kisah warna apa, yang penting bukan pink.
Fioneeeeee! Yang murah semua warna pink la mak hencik. Itu pasal la aku beli yang ada magnet tu. Hahaha! Itu je yang ada warna lain. Tapi warna dia biasa je la. Aku amik yang comei sikit. Tunggu la kalau Ceera ada publish kat blog dia nanti kan.
Lepas tu bantal panas ni ada kat rumah aku sampai la dia bersalin. Aku pas kat mak aku. Sebab mak aku akan duduk rumah Ceera untuk urut and jaga dia kan. Aku pun bagi la kat mak. Sekali mak cakap bukan yang ni. Erk??
Mak : Eh mak suruh atam beli yang macam lain.
Aku : Atam cakap kat kita bantal panas. Ini la dia kan?? Ke mak nak yang balut pinggang tu?
Mak : Haaaa! Mak nak yang tu la
*&(*^&%*^*^&**(^&
Ok tak apa. Lepas Ceera kuar ward. Dia datang rumah aku sebab nak angkut mak gi rumah dia.
Aku pun terus tanya dia.
Aku : Atam sebenarnya nak yang macam ni kan?? *sambil tunjuk kat dia bantal tu*
Ceera : Haah! Ye la kan. Ini la
Aku : Tapi mak cakap kat kita bukan yang ini. Mak nak balut kat perut tu.
Ceera : Ada yang lain ke?
Aku : Ada, kite memang ada nampak satu yang lain. Tapi kita ingat yang ni.
Ceera : Takpe la. Kalau kau gi sana kau beli la yang tu. Hehehe!
Konfius mak hencik. Tapi bantal tu pun okey je kot kan....hikhik! Dasar malas nak gi beli lagi...
4 comments:
uhuii sdp tau bntl pns
sy pun guna bantal tu je... yg pernah pulak tau yg balut kat pinggang tu...
eqa : Penah try ke? Eh lupa nak tanya awak dah dapat ke beg nya? Takut posmen tak sampai rumah awak je.
zureen : ada yang kat pinggang punye. Panjang sikit dan leper. Tak tau la kalau yang terbaru ke apa kan..huhu!
Assalamualaikum,
beli kat mana ni yang? daku nak pi belijugak ni...tengah cari benda alah ni
Post a Comment