Feeling unsecure



 Poyo sangat kan, tetiba rasa tak selamat ke hape. Itula perangai aku sejak dulu lagi. Sentiasa rasa diri aku tak selamat. Otak aku ni tak boleh stop fikir benda bukan-bukan. Even dalam bilik masa nak tidur. Tengah baring-baring, aku terfikir tiba-tiba UFO pecah masuk bumbung aku ni. Memang mengarut tahap gaban kan. Tapi walau kat mana pun aku berada, aku tetap rasa tak selamat. Kerana perangai aku yang entah apa-apa ni. Secara tak langsung, perkara ni membuatkan perangai aku jadi super annoying.

Meh la aku cite sikit dari zaman sekolah menengah dulu eh. Sejak tingkatan lagi. Aku rasa masa tingkatan ni otak dah berkembang sikit. Dah start nak dengar cerita dari kawan-kawan. Masa tu banyak kes abang rogol adik, bapa rogol anak, kawan lelaki rogol girlfren, abang dan rakan-rakannya rogol adik. So diskasting kan. Start dari aku tingkatan aku memang tak trust sapa-sapa termasuklah encik Qery kita. Kahkahkah! Well lelaki tetap lelaki.

Macam ustaz aku kata dulu. Lelaki bagaikan anjing. Walaupun bangkai, dia tetap akan hidu. Bukan aku samakan lelaki dengan anjing yang haram tu. Maksudnya disini. Lelaki, walaupun perempuan tu tutup aurat sekali pun, kita tutuplah macam mana pun, tapi dia tetap boleh scan kita dari atas sampai bawah complete dengan saiz apa semua. Percayalah...ini memang fakta. Hahaha!

Disebabkan mak aku dulu kerap pergi umrah, dulu masa sihat suke gi umrah. Lepas tu pergi haji first time dia sorang-sorang. So maksudnya kat rumah tu tinggal aku je yang perempuan. Ceera dia kat UUM dengan Jemah. Yang ada kat rumah semua lelaki. Aku kan annoying. Bila balik rumah, aku selalu ajak kawan-kawan aku study kat rumah aku. Petang baru aku suruh dorang balik. Dulu kan sekolah pagi. Petang tu kawan-kawan datang kite study sama la *poyo study padahal gosip je kot*. Saja ajak dorang datang rumah supaya dorang boleh teman aku yang penakut ni.

 Lepas dorang balik selalunya memang aku terperap dalam bilik. dan yang paling penting tabiat aku 'KUNCI PINTU'. Aku selalu kunci pintu walau apa pun terjadi. Even dalam rumah tu ada abah, dan abang-abang aku. Aku tetap akan kunci pintu. Well u know me..hahahaha!

Kerana perangai aku yang menjengkelkan, aku selalu fikir aku tak selamat. Even aku tau family aku tak de la teruk n buruk sangat perangainye kan. hahahaha! Entah la. Sikap aku dari dulu memang macam tu. Walaupun begitu. Aku tetap ada boifren. Auw! Hahahahaha!

Alasan pertama aku kenapa aku ada boifren.

1. Tuduhan lesbian ke atasku yang comel ini. Pui..hahahaha!

Ekceli aku bukan lesbian. Maybe sebab aku ni manjaaaaa sangat. Aku kan bongsu *mata ke atas* Jadi aku memang berperangai macam tak berapa nak matang dan mengada dan menggedik dan memenyampahkan jugak sekali sekala. Cuma kalau dengan family, aku cuba menjadi seorang yang rilex dan cool kerana bila berada dalam rumah, percayalah yang paling manja dan mengada adalah anak lelaki. Trust me! Bila dorang nak menjadi manja dengan mak, kita bagikan saja laluan kepada mereka. Kasihanilah mereka kerana tidak menjadi anak bongsu. Kahkahkah!

2. Sebab i rimas orang asik nak mengorat i (lempanglah i, kuikuikui)

Mungkin korang pun pernah melaluinya. Sampai naik rimas dan menyampah. Lepas tu kena catwalk setiap masa sebab tau ramai yang pandang n suka n minat i. Dush! Hahaha! Kebetulan aku agak gatal time tu, jadi aku rasa aku pilih la sorang dan berharap agar tak ada lelaki yang berani nak ngorat i. Sapa ngorat jugak i suruh boifren i siku-siku dia. *amboi macam boifren kau sasa sangat ken..tetttttt! hahaha*

Kerana perangai aku yang menjengkelkan ini tadi. Setiap kali lelaki yang mesej 'hai boleh berkenalan?' WTF gila kan mesej macam ni. Dulu selalu dapat entah la macam mana dorang boleh dapat nombor telefon aku. Aku akan terus reply, 'sorry aku dah ada boifren' Ewahhh...macam good good je kau nak bagitau kau ada boifren kan. Hahaha! Sebab aku rasa SELAMAT sikit bila aku bgtau aku ada boifren sebab lepas tu 'peminat misteri' *rasa nak lempang diri sendiri* takkan ganggu aku lagi. Tapi ada jugak yang tak reti bahasa. Kalau yang kes tak reti bahasa ni aku bagi je no dia kat boifren aku. Pandai2 la setel. Der?? Boleh?? Hahaha!

Dua alasan je kenapa aku ada boifren. Sebab bila ko alone, ko akan rasa tak berapa nak selamat. Tapi bila berdua sangat pun tak de la selamat mana. Selalu Qery cakap kat aku

Qery : Takpe, kita ada kamu jangan risau
Sepet : Dengan kamu selamat ke?

Lepas tu kena la jelingan maut ke apa kau terima je la kan. kekekeke! Walaupun dalam blog aku cite pasal Qery, bercinta bagai, tapi tetap ada orang email nak berkenalan. Aku memang tak berapa nak paham. Sama ada yang baca blog aku tu dia tak nampak atau tak perasan atau memang buta bila ada nama Qery atau ada gambar Qery. Aku tak suka orang nak berkenal-kenalan ni. Tak kisah kalau nak baca blog. Silakan je la. Tapi kalau ada niat nak kenal lebih, atau nak kawan-kawan. So sorry. Aku memang tak berminat. Bukan aku berlagak ke apa. Tapi aku dah ada boifren. Korang paham-paham la kan. Sama ada boifren aku tak suka orang lelaki kacau-kacau girlfren dia, atau aku yang rimas orang ngorat-ngorat aku. Atau kedua-duanya sekali. hahahaha!

Ikutkan, aku memang tak suka lelaki yang gatal nak mengorat-ngorat perempuan ni. Selalunya, aku yang akan mengorat lelaki. Seriusly, selama aku ada boifren, aku yang ngorat lelaki. So true. Hahaha! Sebab aku tak suka orang ngorat aku. Aku cite macam Qery yang ngorat aku kan. Sebenarnya aku pun tak pasti sama ada dia pun ada ngorat aku atau tak. Tapi memang aku yang ngorat dia. U know the power of woman. Kita ada power untuk nampak seperti bidadari kat mata lelaki. Itulah yang aku selalu buat kalau aku ngorat lelaki. Setakat ni semua berjaya. Boleh?? Hahahaha!

Kalau lelaki yang mengorat aku, aku rasa tak selamat. Aku rasa lelaki ni mesti ada agenda lain. Mesti jenis yang ayat manis berapa ramai perempuan dia 'makan'. Jadi aku amatlah berhati-hati untuk pilih lelaki yang aku rasa ok. Yang takkan 'makan' aku walau apa pun terjadi. Walaupun berdua di dalam gelap. Phew!!

Perasaan tak selamat tu ada sampai harini. Aku rasa akan ada sampai bila-bila. Bukan setakat tu je. Dulu masa kerja. kalau aku jalan kaki sorang. Beg tangan aku kosong. Yang ada dalam tu payung, dan rm5. yang lain semua dalam poket aku. Aku rasa tak selamat bila ada motor lalu, takut dia nak merompak. Tiap kali jalan memang aku kepit beg kuat-kuat. Bila ada kereta lalu dekat tempat aku jalan pun aku seram. Takut orang nak culik ke apa kan. Memang aku jarang keluar sorang. Sebab aku ada perasaan tak selamat ni. Even orang akan kata kau ni bukan jenis berdikari bagai. Aku telankan je. 

Dan aku amat bertuah sebab ada Qery yang memang paham dan tau tentang perangai aku yang annoying ni. Dia tau aku takut nak gi mana-mana sorang jadi dia akan temankan aku. Rumah aku ni memang berkunci dengan mangga 24hours, tak kira la pintu mana memang akan di kunci. Setiap kali Qery keluar isi minyak memang aku akan terus lock pintu. Qery benti tepi jalan nak singgah beli paper pun aku akan lock terus. Sebab aku takut. Huhu! Qery memang paham dah tabiat dan tebiat aku ni. Masa balik kampung haritu, abang aku kuar gi isi minyak, dia boleh tak tutup pintu. Memang aku membebel la. Mak aku la yang dengar aku bebel kat sebalah. Pening kepala dia. Huhu! Ye la dah la tak tutup pintu, kalau orang masuk terus drive macam mana? pulak tu kunci tinggal je kat dalam. Bahaya tau tak? Aku memang paranoid sikit, suka bayangkan macam-macam benda.

Tapi ada bagusnya bila kita feeling unsecure macam ni. Kita akan lebih berjaga-jaga. Tapi apa pun. Semua kehendak Allah kan. Kita berdoa je la untuk rasa selamat ke apa. Kepada korang semua, jangan fikir korang selamat sangat. Fikirlah yang bertentangan. Atleast korang bersedia dan dah fikir apa yang korang nak buat kalau terjadi apa-apa yang tak diingini berlaku. 

Okbye!

Comments

Meg-ct said…
Akak pun cenggitu jugak. Kalo dok dalam kereta dengan anak-anak sambil tunggu husband beli barang akak cepat-cepat lock pintu. Kalo jalan sorang-sorang pun mesti nak toleh-toleh belakang takut ada orang ikut. Nak buat camana kan, dunia sekarang makin tak selamat. Kenalah berhati-hati selalu.
iela said…
Yeah...setuju sesangat
Unknown said…
Haha. Ada bagusnya jugak kalau jadi macam tu ;D Kita akan lebih berhati-hati.
SHAFIKA AMIN said…
Betoi.. bagos kot ada perangai camni. InsyaAllah, Allah pon jaga. :)
Aunty pun macam cik zuhana kalau duduk dalam kereta uncle beli rokok aunty terus lock sampai uncle datang, kita takuuuuut wak.
Unknown said…
malang x berbau, biar kita sebagai perempuan berjaga2. :)
mrs kayrul said…
sekarang zaman dah tak selamat..memang mana2 pergi sentiasa kena kunci keta walaupun tengah panaskan keta kat parking depan umah...huhuhu