Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 24, 2012

Gosip Cik Kiah Di Petang Hari

Takde apa nak update, belek-belek fon nampak gambar-gambar ni. Gambar ni aku saja capture. Takde niat nak update dalam blog pun, poyo saangat sampai tak berniat, kuikui! Lempang sekali tau la nasib kau.

First gambar teddy bear aku.

 Dah koyak. Kat kaki dia. Selalu aku campak ni bagi Mia main, kalau dia datang masuk bilik aku. Memang dia tunjuk-tunjuk kat aku teddy bear ni. Hamiklah. Aku tak kisah sebab aku tak main pun dengan bebear ni. Lepas tu takutkan Mia, aku cakap la

"Mia!! Kaki bebear luka, Mia buat eh"

Nanti dia tunjuk la jari dia kiri kanan sambil cakap 'no no no' dengan muka bersalah. huhu! Aku suka.. Lepas tu kelam kabut aku suruh Mia 'cepat carikkan ubat untuk bebear' 'mana minyak sapu kat luka dia' 'Mia cepat baringkan bebear, bebear sakit dia nak rehat' . Eh macam aku je over kan, hahaha! Mia sabar je la melayan aku. Bertabahlah anak buahku. Maksu main bebear 10 minit je. Lepas tu dah boring Mia punye turn main pulak k =P

Ok ni cite lain pulak. Haritu Qery kena jaga guru praktikal. Biasalah setiap kali ada guru praktikal masuk, mesti dia akan dapat dalam 2 3 orang gitu la. Kalau bernasib baik dapat la sorang. Kena observe semua kan. Bila guru-guru ni dah habis buat praktikal, dorang bagi la souvenir kat Qery, Qery tunjuk kat aku. Dapat botol air besar. Whoaaaa. Cantik warna pepel. Qery suka la dapat hadiah. Lepas dia menunjuk kat aku botol air cantik dia tu, dia letak kat tempat duduk belakang. 

Lalu aku pun tersenyum di dalam hati. Kenapa?? Bila dia hantar aku balik. Aku keluar pintu. Lepas tu aku bukak pintu belakang. Ambil hadiah dia, kahkahkah! Qery tanjattttt!!

Q : Woi tu kita punyaa la!
S : Cakap kat cikgu praktikal kamu thanks eh, warna pepel memang sesuai dengan kita

Masa aku nak tutup pintu dengan dia jerit, tapi aku abaikan saja. Masuk dalam bilik terus MMS gambar ni kat Qery

 Thank you la cikgu praktikal, kalau lepas ni sapa under cikgu khairi bagi la warna hijau yeah... *amboi*

MMS berbunyi : Kita tau kamu ikhlas =) Thanks

Berbuluuuu je Qery, hahaha! Pedulik. Kau berlagak dengan aku ken...hadapilah kenyataan ini.

 Sejak harini aku akan minum air secukupnya. 

Ni cite lain pulak. Aku kan jarang makan kat rumah. Kalau dah buat kerja kat hall, mak aku panggil makan kat dapur memang akau payah gila nak turun. Bukan sebab aku diet sangat, tapi sebab kerja tak siap lagi so aku rasa nak pospon makan. Agaknya mak aku sentap la anak dia ni dah tak nak makan sekali ke kan.

Terus bawak makanan depan laptop aku..

 Makan malam, pukul 10 lebih kot. Mak mana tak sayang anak ye tak. Hehe!

Mak aku ni suka marah aku sebab aku selalu cite pasal dia kat blog, pedulik. hahaha! Dia malu la tu, eleh malu tapi bila orang amik gambar nak selit-selit jugak. Acane??

Sepanjang rumah aku ada pokok. Mak memang suka tanam pokok. Aku ni tengok pokok pun takde nafsu. 

Ada la satu hari mak baru tanam pokok beri, dah berbuah pun. Punya la excited bagitau aku..

Mak : Na, pokok beri mak dah berbuah dah, banyakkkkkkkkkkk
Aku : Yeke??? Mak buat air la yeeeee??? *nada excited yang fake gila*
 
Aku memang keji. Hehe! Nak tanam pokok pun tak tau. Tapi mak ada la ajar, dia cakap pokok ni ada macam-macam jenis. Kalau yang bagusnya, hadapkan pokok yang berbunga tu ke arah matahari pagi. Kalau ko tengok matahari terbit depan rumah atau belakang rumah, letak kat situ. Ada yang jenis bagus kena matahari petang, ada yang bagus kena matahari tengah hari. Ohoi...aku tak tau la.

Aku bukannya type orang yang macam itu. Tapi wahai lelaki, kalau nak cari perempuan, cari yang pandai menanam pokok, cari perempuan yang pandai masak, cari perempuan yang rajin. Jangan cari macam aku, kalau macam aku apa pun tak boleh. Huhu!

Okla, babai

4 comments:

Irfa said...

hahaha..aku tahu kamu jeles sbb cikgu praktikal tu pompuan kan?hehe

akak gurau je ye,jgn risau qery konfem x cari lain bila dah dapat kamu

so minum air byk2 ye

sepet a.k.a zack_u said...

Irfa : eh ada sorang laki under dia, saya aim laki tu sebenarnya, kikiki! Tu la kena minum air banyak-banyak

sharifah rosidah said...

Aunty pun tangan memang haram lah, kalau menanam apa2 pun pokok tu akan mati, memang tangan aunty jenis yang tak berseni, hehehe.

Riena Haiqal said...

sentap Qery kalau macam tu kan.. hahahahaha.. dia yang dapat hadiah sepet pulak yang lelebih.. jadi pada Qery terimala kenyataan tu ye.. hahahha
Nak puji mak awak lebih2 supaya dia tak segan kalau anak dia cerita pasal dia kat dalam blog