The Making Of Part 2 : Nikah

Hari Nikah adalah hari yang paling ditunggu-tunggu. Aku takde rasa apa la. Sebab bukan aku yang nak menikahnya. Kekeke! Pagi tu bangun pagi-pagi. Kitorang semua kelam kabut bangun pagi. Maklumlah ramai sangat yang nak mandi... Nasib baik bilik air banyak dalam rumah tu. Ada 3 kot. 

Tema baju kitorang tekois. Aku pilih baju putih, tudung yang tekois. Tapi aku tak sure la aku punya tudung tu sebenarnya lapik meja ke apa, hahahaha! Sebab aku tak tau tu sapa punya tudung. Tudung tu dah berada lamaaa gila dalam laci tudung aku. Aku tengok corak dia macam corak lapik meja. Tapi bila pakai nice je. Tapi apa salahnya pakai lapik meja pun kan, kakaka! Kalau aku tak cakap pun orang tak tau.. Tapi aku saja nak cakap jugak.

Bangun siap-siap terus tolong Ayie masukkan duit dalam sampul. Kononnya nak prepare la kalau kena tol nanti kan.

 Nampak tak Ayie tengah bersungguh masukkan duit dalam sampul. Lapik meja ittew, huhu!

Nikahnya pukul 10. Perjalanan dari rumah yang kitorang sewa ni ke Felda Selancar dalam 30 minit macam tu la. Jadi kitorang decide gi sarapan kat kedai mamak dulu. Keluar rumah jam 8.30. Mamak dekat kawasan rumah je pun.

 Kaklang dengan Abanglang, amboiii...huhu!
Habis semua orang yang ada kat kedai mamak tu tau Ayie nak menikah. Nasib ko la Ayie oi..huhu!

Ayie bersama kakak kesayangan. Euw!! ~bunyi perempuan jeles, haha~

Masing-masing dah pilih tempat masing-masing. Order roti kosong teh tarik. Ohsem!! Mamak ni buat cepat gila! Good job!!

Geng Anak buah perempuan. Akak sesat kat situ? Why?? huhu!

Geng orang dewasa. Emak masuk geng dewasa. Apakah? Tak bahik haku..hahaha!
Ada lagi la geng anak buah lelaki dan geng orang tua. *kong ajo, huhu! Tapi tak amik gambar, atau aku yang malas nak edit, antara tu la ye.

Kaklang and me

Kaklang, Me, and Kakcik

Andak dan Kak Ida dan Angah.

Amboi gambar korang je banyak dalam wassap. Patut ke ini berlaku? Huhu!

Habis makan, terus gerak gi Selancar. Dorang nikah kat surau area rumah.

 Abanglang sebagai ketua rombongan. Tetiba jadi ketua rombongan sebab dia jalan dulu. Kekeke! Semua hantaran letak kat sini. Jadi aku pun terus la angkat buah-buahan, dah la paling berat. Cis! Tak boleh la aku nak kotrol cun ke apa kan.

 Hantaran kitorang yang warna biru tu. Haritu ada dua beradik kawin. Wife dia dengan adik wife dia. Tu yang banyak set hantaran korang tengok kan. 

 Pak Imam ni kelakar sangat. comel. Nasib baik Ayie sekali lafaz je. Aku yang nerves ok. Berdoa-doa supaya dia tak nerves. Huhu!

 Masa ni kakak-kakak aku gelak tak hingat punye. Dia nak kiss dahi Kak Ninie. Tapi sebab tudung dia tu keras. Jadi tak sampai mulutnya, hahaha! Aku pun gelak tapi sopan lagi la. Last-last berlakon kiss je la.

Sarung-sarung cincin

 Salam-salam dengan mak mertua.

Inilah dua pengantin ittew.

 Sekali mak abah pun nak posing. Boleeeeeeh la.....huhu!

Orang lain sibuk dengan acara kat depan. Aku kat belakang melayan anak buah. 
Dengan Merah

Dengan Ayin

Lepas habis semua, kitorang jalan kaki ramai-ramai gi balai (macam dewan jugak la) sebab dorang punya makan-makan kat balai.


Sebab semua orang pakai spek, terpaksa jugak aku pakai.

Nanti sanding entry lain ye.

Inilah abang aku yang dah kawin itu. Bukan aku yang tunang atau kawin. Mulanya mak abah aku suruh kawin sekali dengan Ayie. Hello????? Plssss....hahahaha!

Muka kitorang memang tak sama, aku ikut muka mak, Ayie ikut muka abah. Masa kat sekolah dulu pun ramai tak caya kitorang ni adik beradik. Tengok nama ayah baru dorang percaya. Ayie ni dulu masa kat sekolah suka masuk aktiviti yang aku masuk. Kawad kaki dia ada, aku camping pun dia ada. Huwarghhh! Tension mak noks..hahaha!

Aku time tingkatan kan baru nak up. Mana best kita nak social sikit tetiba ada abang join sekali. Youuuuu....!! Tak besttt okeyhhhhh!! Aku form 3 dia dah berambus. Jadi aku suka. Kahkahkah! Ekceli dia bukan nak sangat join aku. Sebab abah suka paksa dia tengokkan aku kat sekolah. Terpaksaaaa la jugak dia tengok n join apa yang adik dia ni nak masuk. Pulak tu adik dia ni HOT habis masa kat sekolah *pitam* hahaha!

Sekarang sudah kawin. Aku seperti tidak percaya. Haha! Oklabye!

Comments

shentalvent said…
This comment has been removed by the author.
RieNa said…
pengajaran tu sepet,nanti nikah ke sanding ke jgn pakai tudung yg awning keras,susah nak kiss. senang pakai shawl je. hahahaha
Unknown said…
kenduri sakan yer sepet nie
dapat lah kakak ipor bru yer,,,
hehheheh
shentalvent said…
sori la x sngja asyik TERtekan publish,sbb tu 'hi sepet' tu jd byk...hehe...i slma ni silent reader u je...jauuhhh dr sarawak..kekeke...i suke u punye blog tau...MACAM2 ADAAA.....:-D and utk pgthuan u,i nie chinese...agk2nye i sorg je chinese reader ka t blog u ni kot....kan?anyway,nice 2 know uuu...
Sepet said…
shentalvent : hai, wah orang sarawakian..hehe! TQ baca blog. U punye malay sangat lancar. I liokeeee =)

aneem : Haah! Dapat kakak ipar baru la nampaknya..huhu!

RieNa : Memang takkan pakai la kan, haha! Lagipun muka tak sesuai pakai yang keras tu. nampak macam 'mahluk apakah ini' huhu!
shentalvent said…
hmmm....myb ada psefahaman,sbb tu i rs enjoyed bc blog u...kite ni same ages....kekeke...tp u still anak dara,i nie plak anak dh nk msuk duaaa...hahaha! blog ceera dan vp pun i ada fllw tau....... :-P ekceli i x suke bc blog cina wpun i ni cina,u tau tak blog diorg tu tlalu sentimental,biasanya kalau yg ompunya blog tu chinese girl,topik diorg msti pasal cintan cintun yg melebih,pastu crite clash dgn boifren la,sdih la nangis la......hoihhh!!!!! ntah ape2! SO yg BEST nye blog korg adik bdik ni sbb byk crite ttg kehidupan,tips pun bole pkai.....hehe... I LIKEEEEEE UOlsss.....
Dah agak dah abang awak kawin, abang awak ni handsome betul, selamat penagantin baru untuk dia, awak bila pulak?.
Irfa said…
bab lapik meja akak tak tahan nak gelak.eh!dah gelak la..hahahahaha