Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 25, 2012

Baju baru lagi , sowwy, hehe!

 Minggu lepas ke 1Shamelin lagi la kite. Qery dia dah malas nak gi Jusco kot. Sebab malu dengan staff tgv, hehe! Sebelum Qery sampai kita perasan-perasan dulu snap gambar syok sendiri.


Baju yang aku pakai ni dari FemmeFashion2u


Sebenarnya dalam dia cantik, tapi aku tutup dengan tudung, so tak nampak la ye. Jap aku copy baju sebenar.

Cantikkan, murah je. tiga puluh bape entah. Korang gi tengok sana yeah

Sebenarnya tak tau apa motif Qery snap gambar ni.

Tapi dah dia snap, aku letak je dalam blog. Ada satu gambar berdua dengan Qery, dia boleh delete. Hangin aku. Sampai habis wayang pun aku tak nak cakap dengan dia. Sentap gila. Aku suka gambar tu. Dia pegi delete, alasan dia sebab gambar tu nampak dia gemuk.

Serius macam gegirl. Buruk sikit tak boleh la? Nak orang tengok muka ko hensem je? Pui..bengang aku sampai harini kalau ingat balik. Dalam kereta tu aku membebel sampai lapar. Lepas tu Qery bawak makan sizzling.


Lepas tu malas nak marah sangat, tapi still marah sikit la. Puas la Qery say sorry banyak kali. Rasa nak lempang okey. Aku tak sure kenapa aku perlu berangin sampai macam tu, hahaha! Gambar je pun. Lantak la. Pedulik apa aku ken. Sukati je nak delete2 gambar aku.

Balik tu dia cakap la dengan aku..

Q : Sorry, nanti kite tangkap lain eh
S : Tak sama la! Kite nak yang tu jugak.
Q : Gambar je pun sayang.
S : Kamu diam, kite tumbuk muka kamu kang.

Hamboi...Kuat sangat la kau nak tumbuk Qery tu sepet, hahaha! Tapi sememangnya aku bengang gila. Aku tumbuk lengan dia. Kan dia drive kan. pegang stering tu. Aku tumbuk lengan dia sekuat hati, banyak kali. Ber 'aduh aduh aduh' jugak la Qery. Baru puas hati aku.

See? Adalah ngeri kalau kapel dengan aku, haha! Kesimpulannya, aku memang tak suka Qery delete2 gambar aku. Sekian Terima Kasih.

***********************************************

pesanan penaja : untuk siapa yang nak order Lyla skirt boleh buat sehingga hari Ahad ini saja k. Like facebook SeQy couture. TQ fashionista!

8 comments:

sharifah rosidah said...

Amboi garang nya, kesian qery. Ala tak apa lah nanti ambik gambar berdua yang lebih cantik habis cerita.

Name What You Want said...

Visit www.namewhatyouwant.blogspot.com for chic and trendy accessories. :)

sepet a.k.a zack_u said...

sharifah rosidah : Haah, saya pun rasa saya garang time tu, hehe! saya nak gambar tu jugak, tak kire..huhu!

Name What You Want : Will do dear =)

Filla ~ Kasihs said...

hahaha bagus!! haku suke pompuan garang *ketukketukdadamcmgorila*

Riena Haiqal said...

garang sangat la pulak.. gara2 gambar jer tu.. siyes betul garang dia.. sangat2 ngeri pulak. huhuhuhu

♥ dak pink said...

Adoi, terus lapar tengok gambor nasi sizzling tu. Haishh

Nur Hayati @ nur.. said...

hahaha..kelakarla sepet ni...sib baik qery sayaangggg

Irfa said...

mmg biasa berlaku.kita delete gambar yg kita rasa kita buruk w,pun org lain nampak comel dlm tu.hahaha