Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Sep 4, 2012

Oppa Gangnam Style

Aku rasa ramai yang dah tengok video kat youtube pasal Oppa Gangnam Style ni. Aku mula-mula tak tau jugak. Tengok banyak gila orang share video raya Gangnam Style. Tapi video orang melayu buat la. Aku kalau orang pos video macam ni aku memang malas la nak tengok kan. Banyak jugak orang pos. Aku kan slow sikit. Bila semua orang dah sibuk-sibuk cakap baru la aku terhegeh-hegeh nak ambik tau.

Beberapa hari lepas la. Ada keluar kat paper Kosmo ke Metro entah la aku tak ingat. Siap kat muka depan lagi. pasal Gila Gangnam Style. Aku pun terus tertanya-tanya apakah yang best sangat gangnam ni? lepak dengan Qery, bukak laptop. Terus suruh Qery bukakkan video Gangnam Style. Qery kata memang berpuluh juta orang tengok. Time aku tengok tu lebih kurang 84juta. 

Nasib la internet kat sana laju. Jadi aku boleh tengok dengan aman tanpa tersekat-sekat. Mula-mula aku tengok. OMG apa yang bestya joget macam ni?? Macam gila meroyan je aku tengok. Apakah ini yang orang suka sangat?? Aku memang tak dapat terima langsung..

Aku rasa orang sekarang ni suka gaya yang tak senonoh kot, ke aku je yang tak suk?? Tapi Qery pun tak suka. Ini sudah pelik. Qery kan selalu suka je benda pelik-pelik ni. Dia kan suka menari. Tapi yang ni tak suka pulak. Ait? Aku tak suka sebab nampak tak senonoh. Goyang over sangat. Iyek! Tak tergoda langsung i...hahahaha! Lagi nampak scary ada. Uwek!!

Lalu terus komplen kat fesbuk

Tapi Ceera suke pulek. Minah ni memang semua pun dia suka je. Nyampah iols, tak boleh buat geng. Boo Boooo!!  


Masa aku cek, aku bukan nak tengok video tu, cuma nak tengok dah berapa orang yang tengok *ceaa cover line lettew*, dah 99 juta, OMG! Lagi rasa pelik tahap gaban..


Ini adalah salah satu gambar penyanyinye. Tapi apa-apa pun aku lagi suka Acai Jahanam Style by Johan (dalam radio era) meh aku bagi link Johan nyanyi lagu ni eh.



Tu je, kepada yang suka style Oppa Ganngnam Style ni, boleh korang terangkan kenapa korang suka?? Mana tau jawapan korang tu boleh menjawab segala pertanyaan aku ni.

13 comments:

viruspadu said...

andak suke je
ko tu mengade sangat
sbb tu la
andak siap hafal dah step dia hahahaha

ViccMalarn said...

Haha.. Aku tak tau apa best benda tu..

Nur Iffany said...

assalamualaikum..jemput singgah n follow shoppylegacy.blogspot.com ye, tenkiu :D

fit said...

kitew pon tak sukee..hehe..sorry menyampuk..

https://www.facebook.com/notes/rose-vermin/buat-semua-yang-mempromosi-tarian-gangnam-style-dirayu-untuk-dihebah/174062216062512

saja share..wallahualam..

nazirulhazwan~ said...

taste orang skang pelik gile.

mummy alisha said...

kadang-kadang best... kadang2x mcm tak sesuai... hehe...

Meg-ct said...

Tak pernah perhati pulak step menari dia tu tapi lagu gangnam style kat radio mmg akak biasa dengar. Akak suka je dengar rentak lagu tu. hehehhe

adriea said...

akak pon tak suka! menari cam pelik je.. huhu

misz sheyla said...

aku suke tengok la bideo die..sebab mcm kelakar..mcm set2 3 suku nari...tapi xde la smpai 10 kali bukak youtube tgok bideo die..pas tu ikut menari....

ishy77 said...

tak shukee jugekkk...bwekkk

mekchu said...

ohh mekchu suka johara exp jahanam style by ahcai tawuuu :)

peej said...

suka sbb rasa dia macam menganjing segala kpop segala ni. kpop kan nak best2 je. tapi ni macam pelik n merepek sangat.

sepet a.k.a zack_u said...

viruspadu : Andak tak senonoh tu memang andak suka kan..hahaha! Tettt!!

ViccMalarn : Sama la kite..huhu!

Nur Iffany : Insyaallah saya usha nanti k =)

fit : Dah baca, TQ untuk info =)

nazirulhazwan~ : Hehe! Taste orang lain-lain..tu la pasalnya

mummy alisha : Saya suka dengar lagu je, tapi kalau tengok dia joget memang out. Huhu!

Meg-ct : Sama macam saya jugak, haha!

adriea : Saya pun rasa pelik jugak tarian dia tu macam lucah...kuikui!

misz sheyla : Kalau qo kali bukak memang kompom boleh hafal setiap step, haha!

ishy77 : Give me 5!!

mekchu : Rasa nak lempang Johan kan mekchu. hahaha!

peej : Kpop mesti rasa tergugat gila kan, dah la step dia ulang-ulang itu jugak tapi ramai yang suka.