Merajuk dapat apa?

Sekarang ni aku dah pandai merajuk siap off phone. Rasa hebat gila bila buat macam tu. Hahaha! Selama ni merajuk campak fon atas katil tiap 5 minit akan jeling sikit-sikit kat fon. Motif? 

Kenapa aku merajuk? Adakah korang tertanya-tanya? Atau korang tau kalau tak tanya pun aku akan bagitau. Nampaknya bagitulah...hehe!

Qery kan bizi je minggu ni. Menyampah sangat. Dia kena jadi pengawas untuk jaga UPSR. Tapi aku rasa jadi pengawas tu lagi best sebab kalau habis awal boleh balik awal. Tapi tak boleh jugak. Begini ceritanya.

Isnin tu belum UPSR. Tapi kena attend kursus untuk Upsr tu la sampai petang. Baiklah. Petang dia ada traning budak bola. Kebetulan budak bola dia menang semi final. Tu yang tiap-tiap hari gi berlatih sebab minggu ni fight balik. 

Selasa dah start UPSR. Habis UPSR terus gi bengkel untuk ganti break ke apa entah aku pun tak tau. Petang training bola lagi.

Rabu lepas habis exam dia gi bengkel sebab ada ahso gi langgar kereta dia sampai kemek. Kejap aku curi gambar kat facebook dia. Sampai petang baru siap. Pastu training bola.


 Khamis sepatutnya habis awal kot. Tapi sebab dia jaga sekolah elit. Ada pulak jawab exam untuk kemasukkan asrama. Aku tak tau la kalau semua sekolah ada. Petang tu training bola untuk ke sekian kali nya...

Jumaat, yakni hari ini. Aku dah sentap habis. Asik biziiiiii je okey, I tak cukup kasih saayang ni.....kuikui! Terus mesej merajuk tak nak makan sampai hari Selasa. *percayalah ini tak mungkin terjadi, hahaha*

Off phone 5 minit je. On balik. Ingatkan dapat la 50 unread mesej kan. Sekali satu pun takde. Ini boleh mendatangkan marah. Takpe la. Bertabah je la kan. Sambil tu berfikir 'mampu ke kau berlapar sampai hari Selasa? Sehari pun belum tentu. Dasar....'

Lepas tu Qery call 5 kali, i tak angkat you....wuhuuuuuuu! Berjaya tak angkat fon adalah mencapaian yang baik! Hahaha! Ok sebenarnya aku kat dalam bilik air. Tak dengar sebab tu tak angkat. Cer kalau aku dengar. 3 saat fon bunyi terus angkat. Tapi merajuk..Acane???

Rupanya dia dah kat luar rumah. Hikhik! Aku kan anje hangat...sunyi sikit tak boleh. Merajuk tapi still nak gi kat kereta dia. Muka muncung tak hengat la. Korang takkan boleh bayangkannya. Huhu! Oh dont worry i still kiut. *mata ke atas sambil gigit bibir, sexy kan, hahaha*

 Lepas tu Qery bagi samting dalam plastik. Berat jugak la. Tapi aku merajuk tak nak la tengok apa ke benda kat dalam tu kan. masuk rumah tengok-tengok ice lemon tea.

BESAR!!!!

Amboi....pujuk dengan air ice lemon tea je. Booooleeeeeehhhh la....... Janji ada. Huhu!
 Terus mesej Qery

S : TQ beli air
Q : Bukan susah pujuk kamu

Fioneeeeeeeeeeee

Comments

Hahaha ini merajuk apa ni senang sangat kena pujuk dengan ice lemon tea je dah ok.
Lelaki said…
mudahnya cair...hehee
NHML said…
hhahah gitu ler pengorbanan jadi awek/wife kpd cikgu...dulu masa bercinta jumpa 3,4 bulan sekali jek time cuti sekolah sebb dia kena trnsfer ke sarawak, cuti bulan 12 pun jumpa sekali dua jek sebb jauh sorang perak sorang penang hehe...dugaannnnnn
Sepet said…
sharifah rosidah : aunty, saya tak reti merajuk lama-lama. Hehe! Okey la tu ice lemon tea hantar depan rumah kan..anggap je bunga. kakaka!

LelakiSemalam : Tak cair pun tu, malas nak merajuk. Huhu!

ceritera-chinta : sarawak? Wuwuwuwu! Sanggup dia balik tiap kali cuti sekolah ye. Uhukkkk
Chekgu Azrine said…
haha..akk pun jenis yg pyh merajuk..tu pun ada yg kata chekgu xbizikan?*sentap
cikji said…
alololo so cuwitttt pujuk ngn lemon tea je hihi
ceera said…
Murahnya ko. Dgn ice lemon tea pun dah cayor...
Hahahaha..l
v08 said…
" Bukan susah pun pujuk kamu "
HAHAHA!! Comel giler.
Sepet said…
Chekgu Azrine : Kan, malas nak merajuk. Nanti nak mintak ice lemon tea lagi susah..huhu!

cikji : tu malas nak merajuk tu..huhu!

Atam : lepas ni kena upgrade sikit la. Maybe yogurt ke, kakakaka!

ViccMalarn : Sebenarnya susah. ini saja bagi dia can..huhu!
Irfa said…
ice lemon tea okeylah tu dr mineral water.hehe