Rak amat diperlukan di sini..

Sebelum cerita pasal rak, kite cerita sikit pasal Kak Jemah kita masuk TV. Alahai...hahahaha!

Beberapa hari sebelum dia masuk TV *imagine Jemah masuk ke dalam TV*, dia memang ada war-warkan kepada family.  So pagi tu (Isnin lepas) semua family dari rumah masing-masing dah tercongok depan tv3. Selama hidup memang tak tengok Wanita Hari Ini, tetiba haritu bersemangat waja. Emak siap stop masak kejap. Over. Tunggu sampai 12.30 baru Jemah punya turn.


Nampak tak? Kemain bersungguh aku snap dari jauh. Sebelah dia tu iza? Ke izza? Huhu! Jemah kata blogger jugak. Dorang bincangkan pasal nestle, segmen 'Ibu Bijak'. Mak aku masa tengok terus tertanya-tanya, 'Andak masuk segmen Ibu Bijak???' sambil kerut-kerut dahi. Wakakakaka! Bijak la tuuuuuu sebab pilih nestle, kekeke! Jemah jawab dengan penuh saksama dan kemain laju lagi, hahaha!


Tak kisahla. Aku dah rasa Jemah sangat Hebat! Kalau aku tak mungkin boleh buat. Nak cakap pun nak gigil-gigil mulut. Dush!! Bukan main lagi tunggu lama. Sekali 6 minit je. Yennadei?? Tak feeling langsung. Huhu!

Ok habis cite pasal Jemah. Nak cite pasal rak. Rumah aku kan ada rak. Tapi rak mak aku la. Rak tu memang bertahun dalam bilik aku. Sejak Jemah tak kawin lagi. Rak tu memang tempat aku letak beg dan buku-buku aku la. Sekali beberapa bulan lepas, mak aku boleh ambik rak tu. Pffffttttt!!!!

Kau nak kata apa. Bukan ko yang beli rak tu. Lepas tu mak campak je beg-beg aku kat lantai. Sobs.. berkecai hati aku time tu tengok beg-beg diperlakukan sebegitu rupa. Huhu! Lepas tu mak bagi aku rak besi gantikan rak kayu dia tu. Aku tak kisah la. Niat memang nak beli rak baru je. Tapi macam benda tu tak penting sangat. Kita susun je la mana yang boleh. =(

Ini je buku yang aku simpan dalam bilik sekarang, majalah semua mak aku angkut bawak masuk bilik dia. Dia yang simpan. Sebab dia tengok aku takde tempat nak simpan.


Novel Kabus Adeela?? Haha! Entah zaman bila aku beli tu. Aku rasa zaman praktikal kot. Nak baca balik dah lemau. Maksudnya dah tak kuasa la. Tengok la nanti lagi 10 tahun baca balik.


Nasib beg-beg itu. Sabar la beg, kalau susah sangat aku sedekah je kat kakak-kakak aku, ataupun aku jual balik. Aku guna satu beg je pun. Huhu!

Rasa nak gi Ikea tengok rak pun macam malas. Sebab ramai makhluk kat sana. Rimas. Rimas takpe, nak melalui dugaan masuk parking, jem. Alahai...Ikea ni takde online yeah???

Comments

Amboi, banyaknya koleksi beg (:
hehhe.

ada baca pasal ni kat blog mak jemah.

hehehe.

ikea mahal, ko gi tesco ke giant ke.. murah je 1rak leh dapat tak sampai RM 30.
Sepet said…
syakirah izwanie : Itu pu banyak dalam bilik mak, sebab mak suka amik beg dalam bilik ku ini..huhu!

Syazwan Che Deraman : Haah! Dia dah update dulu dah. Hebat kan dia..hikhik!

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P : Yeke? Camtu beli kat Tesco je la nampaknya..huhu!
Alamak tak dapat tengok lah, hari isnin tu aunty gi beraya rumah kak Nani ( mak peeja burhan).
Irfa said…
alahai..rugi tak tengok jemah kat tb
huhu
Irfa said…
tajuk tu memula akak baca
'pak amat diperlukan'
kelakar kan?tak kelakar ke?huhu